KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis semalam dikejutkan dengan pendedahan oleh Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) yang menunjukkan buku teks yang diedarkan kepada murid Sekolah Rendah Islam yang begitu usang.
Berucap membahaskan Bajet 2013, Rus'sele menyelar pihak kerajaan yang tidak memberikan penekanan tentang aspek pendidikan dan pembangunan insan dalam pembentangan bajet tersebut.
Beliau mendedahkan bahawa terdapat sebuah Sekolah Rendah Islam di mana buku teks yang dibekalkan kepada pelajar sudah terlalu usang dan ada pula yang telah dimakan anai-anai.
"Bajet kali ini sekali lagi tidak menyentuhpun tentang peruntukan untuk pendidikan khususnya berkaitan Sekolah Agama Rakyat. Apa yang kita buat sekarang adalah untuk generasi akan datang. Kita kena didik anak-anak untuk menjadi orang yang cerdik dan bertakwa, barulah selamat dunia dan akhirat.
"Dalam Pesidangan Agung Umno baru-baru ini, cakap hebat nak bela Melayu, nak bela Islam, tapi macam inikah yang kata nak bela nasib rakyat. Bagi buku teks pun sampai murid-murid nak tengok pun tak lalu,"jelasnya.
No comments:
Post a Comment