Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, October 25, 2011

Laporan Audit: Enrolmen pelajar IPTIPs semakin menurun

8.4.2.2. Sasaran Kemasukan Pelajar

Kekuatan dan keteguhan sesebuah IPTS bergantung kepada jumlah pelajar. Peningkatan enrolmen pelajar menjamin sumber pendapatan bagi membiayai kos operasi terutamanya elemen kos tetap agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. IPTIPs tidak menetapkan sasaran tahunan enrolmen pelajar.

Semakan Audit mendapati enrolmen pelajar yang mendaftar pada setiap tahun mengalami penurunan. Bagi sesi bulan Julai 2010, keseluruhan pelajar IPTIPs adalah seramai 85 orang terdiri daripada 39 orang atau 46% pelajar Malaysia manakala pelajar luar negara pula seramai 46 orang atau 54% orang pelajar. Pelajar luar negara terdiri daripada pelajar Kemboja 25 orang, Thailand 18 orang manakala Indonesia, Singapura dan China masing-masing seorang pelajar.

Walaupun IPTIPs telah menubuhkan Unit Promosi Dan Kemasukan bertujuan menarik minat pelajar, namun kemasukan pelajar baru masih rendah. Malahan, trend 5 tahun menunjukkan enrolmen pelajar semakin berkurangan. Rekod IPTIPs menunjukkan jumlah kemasukan pelajar terendah dicatatkan pada sesi Julai 2010 iaitu seramai 22 orang pelajar. Pada sesi Julai 2010, jumlah pelajar berkurangan kepada 85 orang pelajar atau 45% berbanding 150 orang pelajar pada sesi Julai 2009. Maklumat enrolmen pelajar pada sesi pengajian Mei 2008 hingga Julai 2010 adalah seperti di Carta 7.1. (Foto di atas)

Mengikut pihak IPTIPs, penurunan jumlah pelajar baru disebabkan IPTIPs hanya menawarkan 3 kursus peringkat Diploma sejak ditubuhkan sedangkan IPTA dan IPTS di seluruh negara menawarkan lebih banyak kursus yang relevan dengan kehendak pasaran kerja. Selain itu, tahap prasarana yang kurang memuaskan, kemudahan yang terhad dan ketiadaan kampus serta asrama sendiri turut menyumbang kepada kekurangan bilangan kemasukan pelajar.

Pada pendapat Audit enrolmen pelajar IPTIPs adalah tidak memuaskan. Kekurangan pelajar mengakibatkan masalah sumber pendapatan yang serius kepada IPTIPs.

No comments: