Oleh LanH
JIKA Pakatan Rakyat memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan alternatifnya yang bertemakan 'Kesejahteraan Untuk Semua', peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak (yang kerap menyebut angka 'bilion dan bilion ringgit' di majlis-majlis ekonomi), pada pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober adalah lebih besar - RM232.8 bilion
Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya. Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran.
Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan.
Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan. Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi 'memberi makan' kepada jerung dan buaya terbabit.
Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung. Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah.
Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi bukan Islam termasuk gereja, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya. Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup).
Di sinilah kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini. Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa 'hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah'.
Berdasarkan porak perandanya masyarakat yang hidup nafsu nafsi hari ini, marilah kita kembali kepada hukum Allah termasuklah bagi membanteras pembela jerung dan buaya serta buaya dan jerung itu sendiri bagi membolehkan kekayaan negara berbilion dan berbilion ringgit itu dikembalikan kepada rakyat.
Hukum-hakam Allah ada kehidupan, insya-Allah dengan kembali kepada hukumnya, kita bukan saja selamat dan bahagia di dunia tetapi juga di akhirat sejajar dengan penghulu doa yang kerap kita baca: 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar". Amin
[Penulis adalah Pengarang Harakah]

No comments:
Post a Comment