KANGAR - PAS Perlis meminta kerajaan negeri dan pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini supaya prihatin dengan beberapa isu utama membabitkan para pesakit yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, para pesakit yang ingin mendapatkan khidmat rawatan hemodialisis di hospital tersbut terpaksa berhadapan dengan kekurangan peralatan sehinggakan mereka terpaksa mendapatkan khidmat tersebut di luar.
"Masalahnya sekarang tidak semua orang mampu mendapatkan hemodialisis di luar kerana kosnya yang tinggi. Bayangkan betapa siksanya seorang pekerja bertaraf kontrak dengan sebuah sekolah kerajaan yang terpaksa mendapatkan rawatan hemodialisis di pihak swasta.
"Dengan pendapatannya yang tak seberapa beliau, terpaksa membelanjakan lebih RM 200 setiap kali mendapatkan perubatan yang terpaksa dilulangi tiga kali seminggu. Ini bar satu contoh, jadi saya meminta pihak kerajaan supaya mengambil perhatian yang serius terhadap kes sebegini khsusunya dalam membantu golongan yan kurang berkemampuan," ujarnya.
Mengulas lanjut, Rus'sele yang juga Ahli Dewan Undangan Ngeri kawasan Simpang Empat meminta pihak hospital menyegerakan penggantian
beberpaa perlatan seperti mesin Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang rosak akibat banjir besar pada November tahun lalu.
Mesin terbabit adalah antara peralatan penting yang mengalami kerosakan ketika banjir menenggelami hospital tersebut sehingga kini pesakit terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk menjalankan perkhidmatan MRI, Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Floroskopi.
"Masalahnya sekarang, pesakit terpaksa datang awal ke HTF dan dibawa ke Alor Seta sekitar jam 9.00 pagi dan pulang pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.
"Kerajaan kena prihatin isu sebgini yang melibatkan kepentingan awa. Kalau sesak-sesak sangat saya rasa boleh ambil duit Baitul Mal yang banyak tu. Lebih baik daripada digunakan bawa JKKK pergi melancong," katanya.

No comments:
Post a Comment