Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, September 07, 2011

Solat Aidilfitri di MADI










ARAU - Kira-kira 3,000 umat Islam membanjiri Balai Islam MADI di Markas Tarbiah PAS Perlis, Jejawi Dalam dekat sini untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama pimpinan PAS.

Walaupun tanpa kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din seperti kebiasaannya, orang ramai tetap memenuhi ruang solat di tingat bawah dan atas Balai Islam.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta barisan pimpinan Badan Perhubungan PAS Perlis.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang pulang berhari raya di Perlis pada tahun ini.

Solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob, manakala khutbah hari raya pula disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Selepas solat, orang-ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan para pemimpin. Timbalan Presiden PAS bersama Ustaz Hashim serta pimpinan lain kemudiannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

No comments: