Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, September 28, 2011

Sekitar Ijtimak Pilihanraya PAS Perlis



Ijtimak Kepimpinan dan Pilihanraya PAS Perlis di adakan Ahad lalu di Kompleks PAS Perlis.

Dari atas:- Perbarisan Jabatan AMAL, Ucapan Ketua DHPP, Ketua Dewan Muslimat, Timbalan Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak


Ucapan Timbalan Presiden


Anugerah Penyertaan teramai (DUN Sanglang) DUN Titi Tinggi (Bilik Gerakan Terbaik) Ikrar !!!

Tuesday, September 27, 2011

'Sabuisme' cetus minat sejarah, kata profesor

Malaysiakini

Ucapan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera secara tidak langsung merancakkan perbahasan baru berhubung sejarah tanah air, kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sambil menyifatkannya sebagai fenomena "Sabuisme", Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, ia selari dengan erus globalisasi dan tuntutan pelbagai pihak supaya versi lain dirakamkan bersama dalam penulisan sejarah.

"Saya baru-baru ini dalam satu forum dengan Mohamad Sabu, puluhan ribu orang hadir. Di Jabatan sejarah baru-baru ini ratusan hadir.

"Sebelum itu, kalau forum pukul 8, pukul 8.30 baru orang hadir," kata Dr Mohamad sambil disambut ketawa kira-kira 500 yang hadir dalam forum "Wajarkah sejarah ditulis semula" anjuran Sinar Harian di Shah Alam hari ini.

Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan sejarahwan Prof Datuk Ramlah Adam.


LAGI

Lawatan ke Pasti An-Nur, Lubuk Sireh



Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis diketuai Ustaz Yussaine Yahya mengadakan lawatan kerja ke Pasti An-Nur, Lubuk Sireh pada 22 September lalu.

Wednesday, September 21, 2011

Majlis Makan Tengahari Pemuda PAS Negeri di Hotel Seri Malaysia




Majlis Makan Tengahari Mengumpul Dana Pemuda Prihatin bersama Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh di Hotel Seri Malaysia

Majlis Aidilfitri DUN Sanglang dan Simpang Empat



Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Zainal Kling



Dewan Pemuda PAS Kangar turut membuat laporan polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kangar, Mior Hassan Sazali di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kangar, 16 September lalu

Laporan yang sama turut dibuat oleh Pemuda PAS Padang Besar di IPD Padang Besar pada hari yang sama.

Wednesday, September 14, 2011

Remaja koma dibaling topi keledar oleh polis meninggal dunia


Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi.

Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu.

Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas.

Artikel berkenaan:

DI SINI atau DI SINI

Majlis Raya PAS Kawasan Padang Besar dan Arau

Kawasan Padang Besar di rumah Hj Anuar Tahir
Kawasan Arau di Jejawi

Monday, September 12, 2011

YB Rus'sele: Selesaikan segera pelbagai masalah di Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR - PAS Perlis meminta kerajaan negeri dan pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini supaya prihatin dengan beberapa isu utama membabitkan para pesakit yang mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, para pesakit yang ingin mendapatkan khidmat rawatan hemodialisis di hospital tersbut terpaksa berhadapan dengan kekurangan peralatan sehinggakan mereka terpaksa mendapatkan khidmat tersebut di luar.

"Masalahnya sekarang tidak semua orang mampu mendapatkan hemodialisis di luar kerana kosnya yang tinggi. Bayangkan betapa siksanya seorang pekerja bertaraf kontrak dengan sebuah sekolah kerajaan yang terpaksa mendapatkan rawatan hemodialisis di pihak swasta.

"Dengan pendapatannya yang tak seberapa beliau, terpaksa membelanjakan lebih RM 200 setiap kali mendapatkan perubatan yang terpaksa dilulangi tiga kali seminggu. Ini bar satu contoh, jadi saya meminta pihak
kerajaan supaya mengambil perhatian yang serius terhadap kes sebegini khsusunya dalam membantu golongan yan kurang berkemampuan," ujarnya.

Mengulas lanjut, Rus'sele yang juga Ahli Dewan Undangan Ngeri kawasan Simpang Empat meminta pihak hospital menyegerakan penggantian
beberpaa perlatan seperti mesin Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang rosak akibat banjir besar pada November tahun lalu.

Mesin terbabit adalah antara peralatan penting yang mengalami kerosakan ketika banjir menenggelami hospital tersebut sehingga kini pesakit terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk menjalankan perkhidmatan MRI, Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Floroskopi.

"Masalahnya sekarang, pesakit terpaksa datang awal ke HTF dan dibawa ke Alor Seta sekitar jam 9.00 pagi dan pulang pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.

"Kerajaan kena prihatin isu sebgini yang melibatkan kepentingan awa. Kalau sesak-sesak sangat saya rasa boleh ambil duit Baitul Mal yang banyak tu. Lebih baik daripada digunakan bawa JKKK pergi melancong," katanya.

Pejuang haluan kiri ditangkap, Umno tak disentuhpun....

KANGAR - Kerajaan tidak harus bersikap berat-sebelah untuk mengiktiraf jasa para pejuang kemerdekaan termasuk golongan berhaluan kiri yang terlebih awal melaungkan slogan kemerdekaan, kata aktivis veteran Wan Khazim Wan Din.

Wan Khazim, 80, yang ditemui Harakah baru-baru ini meminta semua pihak mengenang kembali penderitaan yang dialami keluarga pejuang kemerdekaan berhaluan kiri yang pernah ditahan oleh penjajah British sekitar tahun 1940-an dahulu.

Menurutnya, apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bercakap tentang kisah Bukit Kepong ramai keluarga mangsa kejadian pada tahun 1950 itu berkecil hati, sedangkan nasib keluarga ahli-ahli parti berhaluan kiri tidak pernah diendahkan pun pada masa itu.

"Pengalaman saya sendiri mengalami sendiri pengalaman itu apabila bapa saya ditahan di bawan Ordinan Darurat selama lima tahun. Adakah pada masa itu kami tidak berkecil hati? Masa itu siapa yang ambil peduli keluraga kami? Kami dipulaukan dan dianggap bersekongkol dengan komunis.

"Zaman itu, siapa yang sebut merdeka dianggap komunis. Semua pertubuhan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) serta Hizbul Muslimin telah diharamkan, aktivis ditangkap sehingga mencecah angka 18 ribu orang. Mereka yang tak bersalah dituduh subversif atau komunis. Yang tak disentuh masa tu hanyalah Umno," ujarnya yang menjadi ahli API sejak berusia 14 tahun.

Tegasnya, sejarah pejuang kemerdekaan negara menentang penjajahan British perlulah disingkap semula supaya menjadi pengajaran kepada generasi akan datang sejarah ini merupakan fakta yang tidak boleh disembunyikan.

"Pada zaman itu, pandangan orang-ramai khususnya orang kampung tentang parti berhaluan kiri cukup negatif. Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan awal lagi oleh Ibrahim Haji Yaacob, kemudian diikuti PKMM bersama saya API dan AWASnya, diikuti Hizbul Muslimin. Umno pula ditubuhkan dengan dipimpin oleh mereka yang berpendidikan Inggeris yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan pada masa itu.

"Bila mereka memimpin Umno, orang takut.Mereka mempergunakan orang-orang kampung untuk perburuk pejuang-pejuang haluan kiri dengan momokan sebagai komunis sedangkan orang kampung bukan tahu pun apa dia komunis tu. Pengisytiharan darurat menyebabkan parti-parti berhaluan kiri berpecah, ada yang lari masuk hutan, lari ke Indonesia, ke Singapura dan ada pula yang masuk Umno.

"Masyarakat Melayu khususnya pada masa tu kecuali yang ada sedikit kesedaran boleh menerima, tapi orang-orang kampung ni susah sikit kerana mereka telah ditanamkan pemikiran bahawa komunis itu jahat.Sebenarnya British tak mahu bagi kemerdekaan pada masa itu, cuba kita fikir kan, kenapa Umno tak disentuhpun, org lain yang sebut merdeka kena tangkap ," jelasnnya.

Menyentuh tentang pengiktirafan terhadap seluruh pejuang kemerdekaan, Wan Khazim berkata perkara inilah yang sepatutnya paling membanggakan beliau, namun soalnya mengapa parti pemerintah tidak mahu memberikan pengiktirafan tersebut?

"Nampak gayanya nak kena tunggu kita ambil-alih Putrajayalah kot, Insya Allah barulah kita boleh tulis balik sejarah yang cuba disembunyikan. Yang mereka susah sangat nak iktiraf tu sebab apa? Sebab apa orang nak merdeka dulu ditangkap tapi Umno tak ditangkap pun?

"Saya tegaskan di sini sebab Umno tak mahu merdeka dan mereka buka pejuang kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya menerima kemerdekaan dari British. Umno lahir dengan slogan Hidup Melayu tapi sampai sekarang nama mereka sendiripun masih tidak menggunakan bahasa Melayu," katanya lagi.

Wednesday, September 07, 2011

Kerajaan Umno/BN pun iktiraf bekas ahli PKM sebagai pejuang kemerdekaan





PADANG BESAR - Di sebalik pelbagai kecaman oleh pelbagai pihak ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berikutan isu kononnya beliau menyokong perjuangan komunis, kerajaan Umno/BN Perlis memberikan pengiktirafan kepada bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) selaku pejuang kemerdekaan.

Osman Teh, 82, anak jati Kedah, yang pada mulanya aktif dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) kemudiaanya semasa darurat bergerak dalam PKM bersama platun Melayu rejimen ke 8 dan sebelum berhijrah ke Rejimen ke-10.

Osman, ketika berumur belasan tahun, pernah berjuang di dalam Rejimen Ke-8 PKM pimpinan Allahyarham Rashid Maidin yang bergerak di kawasan hutan utara semenanjung.

Matlamat perjuangan mereka ketika itu adalah untuk menentang penjajahan Jepun dan British bagi menuntut kemerdekaan.

Osman yang kini menetap di Kampung Tersusun dekat sini pernah dianugerahkan dengan Anugerah Pejuang Kemerdekaan pada tahun 2007 sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara oleh kerajaan Umno/BN pimpinan Dato' Seri Shahidan Kassim pada masa itu.

Dr Asri kecam tindakan Jais


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

Nak cakap politik, letak jawatan bertanding pilihanraya

KANGAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta pegawai kerajaan untuk bersikap bersikap professional dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik.

Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkaitan isu Bukit Kepong, Mohamad melihat kenyataannya itu sebagai bersifat politik.

"Dengan penuh hormatnya, saya sanjung kedudukan Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, tapi janganlah kamu terlalu banyak bercakap politik. Dia suruh saya pergi melawat Bukit Kepong. saya dah pi empat kali dah ke sana," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah penerangan anjuran PAS Perlis pada hari raya ketiga baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohamad meminta semua pegawai kerajaan supaya menjadi pegawai yang bersikap profesional dan dihormati ramai.

Malah katanya, sebarang isu yang bersifat politik tidak perlu diulas oleh pegawai kerajaan.

"Isu-isu macam ni bagi puak-puak Umno yang ulas sudahlah. Kalau nak cakap politik, tolonglah letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya,
biarlah kita jadi pegawai yang profesional,"katanya.

Program ceramah tersebut diadakan di Kompleks PAS Perlis dekat sini dengan dihadiri kira-kira 3000 orang. Turut berceramah Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob dan Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Solat Aidilfitri di MADI










ARAU - Kira-kira 3,000 umat Islam membanjiri Balai Islam MADI di Markas Tarbiah PAS Perlis, Jejawi Dalam dekat sini untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama pimpinan PAS.

Walaupun tanpa kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din seperti kebiasaannya, orang ramai tetap memenuhi ruang solat di tingat bawah dan atas Balai Islam.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta barisan pimpinan Badan Perhubungan PAS Perlis.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang pulang berhari raya di Perlis pada tahun ini.

Solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob, manakala khutbah hari raya pula disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Selepas solat, orang-ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan para pemimpin. Timbalan Presiden PAS bersama Ustaz Hashim serta pimpinan lain kemudiannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Mesra Aidilfitri PERINTIS


Majlis diadakan pada 2 Syawal baru-baru ini di Kompleks PAS Perlis. Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin telah melancarkan Facebook Persatuan Anak Perlis Di Perantauan (PERINTIS)

Lagi foto di sini


Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Perlis




Lagi Foto Di Sini