Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir, kehadiran ahli dan penyokong PAS ke Alor Setar yang dijangka melebihi 100 ribu orang memberikan satu petunjuk bahawa PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang dibina dengan semangat juang yang tinggi, penuh kesukarelaan dan semangat fi sabilillah.
Beliau menyanggah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini yang menyatakan peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar supaya hadir.
"Kenyataan Muhyidin itu nampak sangat melucukan. Kalau dalam Umno/BN memanglah macam tu. Mana-mana himpunan yang mereka buat, peserta akan dibayar tambang pengangkutan, wang saku atau imbuhan. Ada pula kumpulan tertentu seperti kakitangan kerajaan atau pelajar yang kena paksa untuk ke program Umno, malah ada pula yang ditipu dan dibawa ke program mereka.
"Jangan anggap semua orang macam mereka. Dalam PAS, sejak zaman-berzaman sudah terbina budaya berkorban untuk jemaah. Bukan himpunan ini shaja, malah untuk ke demonstrasi atau himpunan seperti Bersih 1,2 dan 3, orang-orang PAS datang dengan kehendak dan belanja sendiri.
"Malahan para peserta himpunan Hijau atau Bersih mengeluarkan wang saku mereka sendiri pula untuk membeli baju T," jelasnya.
Menyentuh tentang Himpunan Bersih, Mohd Anuar berkata beliau bertemu dengan rombongan dari Perlis yang menyewa bas untuk ke Alor Setar dan ada pula yang datang dengan meunggang motosikal.
"Saya jumpa seorang ketua cawangan PAS yang berusia 70 tahun yang datang dari Perlis dengan menunggang motosikal. Ada yang menyewa bas, ada yang datang dengan kereta sendiri.
"Di Alor Setar sendiri kita lihat ratusan bas disewa dan saya mendapat laporan bahawa ahli PAS Langkawi turut menyewa sebuah feri untuk ke himpunnan hijau. Ini buktinya ahli PAS mempunyai jati diri dan semangat pengorbanan yang tinggi. Tak perlu dibayar, mereka akan datng sendiri dengan sukarela," katanya lagi.
1 comment:
Isu rumah ayng difitnah kepunyaan TG Nik Aziz...
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.401974523178205.88608.100000969835215&type=1
Post a Comment