Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 27, 2012

Sidang DUN ibarat Persidangan Agung Umno


KANGAR - Dewan Undangan Negeri Perlis yang bersidang 24 April lalu lebih dilihat seperti persidangan agung Umno menurut dua orang wakil PAS. 


Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) dan Rus'sele Eizan (PAS- Simpang Empat) yang ditemui berkata sidang DUN kali ini yang rata-rata dilihat sebagai sidang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 diambil kesempatan oleh wakil Umno-BN untuk cuba menaikkan imej masing-masing serta parti mereka. 


"Perkara ini jelas terbukti melalui ucapan serta soalan lisan yang dikemukakan oleh wakil BN," kata Rus'sele. 


Ustaz Hashim yang berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan menyindir Menteri Besar, Dato' Ser Md Isa Sabu dan Khairi Hasan (BN-Mata Ayer) yang dilihat beliau bercakap berlebih-lebihan tentang parti. 

 "Kalaulah saya jadi Perdana Menteri, dua orang yang saya akan pilih semula sebagai calon ialah Mata Ayer dan Bintong (Md Isa). Sekiranya BN menang lagi, kalaulah ada orang lain teringin nak jadi MB, jangan haraplah sebab akan kekal yang lama kerana hari ini dia cakap pun dalam nada yang berbeza, banyak mengampu BN," katanya. 

 Mengulas lanjut, Rus'sele pula melahirkan rasa kekesalan dengan pihak kerajaan kerana banyak perkara yang dibangkitkan dalam ucapannya gagal dijawab oleh barisan Exco dan Menteri Besar semasa sesi penggulungan.  

"Ada perkara yang mereka ulang jawab benda yan lama, ada pula jawapan yang kita sangsikan dan banyak yang tidak dijawab langsung. Tak tahulah kenapa dan apa yang mereka takut sangat nak jawab," katanya.

No comments: