KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menyokong penuh pihak Jabatan Mufti Perlis yang mengeluarkan teks khutbah yang menyentuh permasalahan masyarakat yang mampu memberikan pengajaran berkaitan isu tertentu.
Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam, teks khutbah yang diedarkan ke seluruh negeri 9 Mac lalu yang menyentuh isu judi adalah baik memnadangkan masih ramai di kalangan umat Islam yang tidak faham pengertian sebenar judi.
"Kita menyokong usaha Jabatan Mufti yang mengeluarkan teks khutbah yang dibaca oleh para khatib di seluruh Perlis khususnya berkaitan isu judi baru-baru ini. Ianya selaras dengan ayat 90 Surah al-Maidah yang menerangkan tentang dosa besar dan kebururkan jenayah syariah seperti arak dan judi," jelasnya.
Tambah beliau lagi, teks khutbah tersebut turut mengupas tentang judi yang bukan sahaja dilakukan secara terang seperti pertaruhan permainan pakau, nombor ekor dan sebagainya, tetapi turut menyebut tentang pertaruhan yang dibuat dari penganjuran acara tertentu seperti pertandingan memancing yang turut mempunyai unsur-unsur perjudian.
"Dosa besar ini juga sama seperti arak yang akan jatuh ke atas golongan yang membenarkan program perjudian diadakan secara terbuka seperti pemberian lesen perjuadian atau pembinaan sebuah premis perjudian besar di Genting Highlands umpamanya yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN sekarang. Ini juga melibatkan golongan yang menyokong mereka.
"Tidakkah kita berasa gerun gerun dengan statistik yang dikeluarkan di mana di negara ini terdapat ribuan premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan?.
"Mungkin pada masa depan Jabatan Mufti boleh keluarkan pula khutbah bertajuk "Tumbangkan kerajaan yang menggalakkan perjudian di Malaysia - Nahi Munkar" seperti yang ditentukan Al-Quran dan al-hadis," katanya lagi.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment