Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, March 15, 2012

Hakim pun dah kena rasuah: Pak Wan Khazim

Dalam ceramahnya di Beseri malam tadi, aktivis veteran, Pak Wan Khazim berkata rakyat adalah hakim kepada pemerintah. Tapi dalam menghadapi PRU ke 13 akan datang, para hakim telah dirasuah dengan BR1M sebanyak RM500.

Cow-cow punya kartun



Dewan Ulamak PAS Perlis sokong khutbah isu judi

KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menyokong penuh pihak Jabatan Mufti Perlis yang mengeluarkan teks khutbah yang menyentuh permasalahan masyarakat yang mampu memberikan pengajaran berkaitan isu tertentu.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam, teks khutbah yang diedarkan ke seluruh negeri 9 Mac lalu yang menyentuh isu judi adalah baik memnadangkan masih ramai di
kalangan umat Islam yang tidak faham pengertian sebenar judi.

"Kita menyokong usaha Jabatan Mufti yang mengeluarkan teks khutbah yang dibaca oleh para khatib di seluruh Perlis khususnya berkaitan isu judi baru-baru ini. Ianya selaras dengan ayat 90 Surah al-Maidah yang menerangkan tentang dosa besar dan kebururkan jenayah syariah seperti arak dan judi," jelasnya.

Tambah beliau lagi, teks khutbah tersebut turut mengupas tentang judi yang bukan sahaja dilakukan secara terang seperti pertaruhan permainan pakau, nombor ekor dan sebagainya, tetapi turut menyebut tentang pertaruhan yang dibuat dari penganjuran acara tertentu seperti pertandingan memancing yang turut mempunyai unsur-unsur perjudian.

"Dosa besar ini juga sama seperti arak yang akan jatuh ke atas golongan yang membenarkan program perjudian diadakan secara terbuka seperti pemberian lesen perjuadian atau pembinaan sebuah premis perjudian besar di Genting Highlands umpamanya yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN sekarang. Ini juga melibatkan golongan yang menyokong mereka.

"Tidakkah kita berasa gerun gerun dengan statistik yang dikeluarkan di mana di negara ini terdapat ribuan premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan?.

"Mungkin pada masa depan Jabatan Mufti boleh keluarkan pula khutbah bertajuk "Tumbangkan kerajaan yang menggalakkan perjudian di Malaysia - Nahi Munkar" seperti yang ditentukan Al-Quran dan al-hadis," katanya lagi.

Kalau dah tak mampu....

CLIK DI FOTO

atau

Pesan Bestari

Al-Fatihah

Info Rakyat



Perlis Essential Oils gagal, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat

Oleh Wartawan Harakah

KANGAR- Kerajaan negeri Perlis diminta untuk menjelaskan kegagalan projek anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) iaitu Perlis Essential Oils Sdn Bhd (PEO).

Berdasarkan maklumat, PEO ditubuhkan secara usahasama antara PKENPs, Mardi-Tech Sdn Bhd dan Mohd Murray Hunter pada 15 Mac 1997 untuk menguruskan projek menghasilkan minyak pati (essential oil) daripada 'pokok tea' atau tea tree bagi kegunaan pembuatan minyak wangi.

Menurut jawapan soalan lisan pada sidang dewan undangan negeri perlis 15 disember 2011, PEO kini tersenarai sebagai salah satu daripada 32 buah syarikat PKENPs yang kini tidak beroperasi. Syarikat ini kini berstatus dorman dan sedang dalam perbincangan oleh pemegang ekuiti bagi menentukan hala tuju syarikat.

Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, projek tersebut yang bernilai jutaan ringgit gagal walaupun mendapat pelbagai bantuan kewangan termasuk dari kerajaan pusat .

Katanya, projek yang dijalankan di Beseri itu adalah untuk memebangunkan tanak seluas kira-kira 40 hektar untuk dibangunkan dengan tanaman 'tea tree', pusat penyelidikan dan kilang memproses minyak pati dengan modal awalnya RM1.36 juta.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa projek ini turut mendapat suntikan kewangan dari kerajaan pusat sebanyak RM4.14 juta selain dana RM650,000 daripada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Apa yang berlaku kini, projek ini gagal dan premisnya kini terbiar. Kita juga berasa hairan mengapa projek tersebut yang belum tentu menjamin sebarang hasil lagi, tetapi sebanyak 12 pintu bilik pameran telah disediakan?," jelasnya.

Tinjauan Harakah mendapati premis PEO tersebut yang berupa bangunan pentadbiran, makmal, bilik pameran dan unit kilang kini terbiar dan sudah dipenuhi semak-samun.

Manakala kilang pemprosesannya pula kini sudah rosak dengan komponen-komponen tertentu sudah menjadi mangsa pencuri besi buruk.

Ustaz Ya'akub berkata, pihak kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat kegagalan projek ini.

"PAS Perlis berharap kerajaan negeri dapat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kegagalan projek seperti ini memandangkan banyak projek yang diusahakan melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menemui kegagalan. Banyak lagi pendedahan yang bakal dibuat supaya rakyat dapat menilai prestasi pentadbiran kerajaan BN selama ini," katanya.

Kerja Islam semua mulia

KANGAR - Petugas PAS diminta untuk tidak memperlekehkan usaha untuk menegakkan syariat Islam tidak mengira apa jua kerja yang dilakukan, kata Timbalan Speaker DUN Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Sahuki.

Katanya, dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang,setiap petugas perlu mempersiapkan diri dengan segala kekuatan yang ada selain mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam menempuh segala cabaran.

"Kita buat kerja Islam ni semuanya mulia. Jangan anggap satu-satu kerja ini lekeh. Tak kira kita masak nasi atau sapu sampah, semua kerja untuk Islam adalah mulia.

"Nak masuk pilihanraya ni sifat walak dan taat kita perlulah tinggi.Dalam suasana perang ni kena patuh satu arahan sahaja. Kalau ikut banyak arahan nanti celaru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja "Kepentingan Tarbiah Dalam menghadapi pilinaranraya di program Ijtima Tarbawi PRU-13 PAS Kawasan Kangar di Kompleks PAS Perlis baru-baru ini.

Usrah Multimedia

Usrah cara baru kaedah multimedia menggunakan modul Akademi Kempimpinan Pemuda. Program diadakan di Kompleks PAS Padang Besar baru-baru ini dengan diterajui oleh Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudeen

Kembara Puncak Janing 2012


DACS Perlis menganjurkan program konvoi bermotosikal "Kembara Puncak Janing 2012" ke Lata Hujan Puncak Janing, Kedah pada 3 Mac lalu.

Saturday, March 03, 2012

Ceramah Isu Semasa

ANJURAN DPP PADANG BESAR

Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 10



Exco BN dimalukan depan orang ramai

BESERI - Akibat terlalu banyak merapu dan bercakap tentang politik, Exco Pertanian Perlis, Sabry Ahmad diejek dan diminta untuk berhenti dari berucap dalam satu majlis di dewan orang ramai kampung beseri dalam dekat sini.

Sabry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Santan dijemput merasmikan Mesyuarat Agung Unit Peladang Kampung Beseri Dalam.

Menurut sumber, dalam ucapannya beliau banyak menyentuh tentang isu politik termasuk memperkatakan tentang Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Akibatnya, beliau telah diejek oleh perwakilan dan ada pula yang meminta beliau berhenti dari berucap.

Menurut sumber lagi, kejadian ini mencatatkan sejarah kerana belum pernah terjadi sebelum ini seorang Exco kerajaan negeri dimalukan sebegini di hadapan orang ramai yang hadir termasuk para pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan.

Pakatan Rakyat Perlis simpati nasib peniaga pasar malam Kangar

KANGAR - Pakatan Rakyat Negeri Perlis bersimpati dengan nasib ratusan peniaga pasar malam Kangar di Stadium Utama Negeri dekat sini yang diarahkan untuk mengosongkan tapak itu mulai 29 Februari lalu.

Pasar malam yang dianggap sebagai yang terbesar di Perlis yang beroperasi pada setiap hari Rabu itu mendapat sambutan hebat dari penduduk seluruh negeri ini.

Bagaimanapun, pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah mengeluarkan notis kepada peniaga dengan surat yang juga bertarikh 29 Februari bagi memberi ruang kepada kerja-kerja projek binaan bangunan asrama Kompleks Sukan Negeri Perlis sekitar kawasan stadium seiring dengan penganjuran SUKMA 2014 akan datang.

Pakatan Rakyat Negeri Perlis memandang serius notis yang dikeluarkan oleh MPK ini memandangkan ianya dibuat dalam tempoh yang begitu singkat.

"Kami berasa kesal kerana notis yang dikeluarkan itu terlalu singkat iaitu bertarikh 29 Februari dan meminta tapak berkenaan dikosongkan pada tarikh yang sama.Sepatutnya notis sebegini dikeluarkan lebih awal kepada mereka," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan dlam sidang media yang diadakan di di Kompleks PAS Perlis 2 Mac.

Selain itu katanya, Pakatan Rakyat Perlis kesal kerana pihak MPK belum menyediakan tapak ganti bagi peniaga berkenaan.

"Kami bersimpati bersimpati dengan nasib para peniaga pasar malam di Stadium Utama Negeri memandangkan pasar malam tersebut merupakan yang terbesar dan paling ramai dikunjungi di negeri ini.

"Sungguhpun mereka juga beniaga di tempat-tempat yang lain, pasar malam Kangar inilah merupakan tempat untuk mereka memperolehi pendapatan yang lebih berbanding di tempat lain," katanya lagi.

Justeru, Pakatan Rakyat Perlis berharapa pihak MPK dapat menyelesiakan masalah ini dengan segera dan melalui kaedah yang berhikmah.

"Kami berharap janganlah sampai perpindahan tapak pasar malam ini akan mengulangi kesilapan memindahkan tapak Pasar Tani Pelancongan di Sungai Baru ke Kurung Tengar yang memberikan impak yang negatif kepada para peniaga," jeasnya lagi.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan bersama jawatankuasanya Wong Boon Beng dan John Yee serta Pengarah Pilihanraya KeADILan Perlis, Ab Gani Ismail.