Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, July 13, 2010

PELANCARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEPASUKAN PIALA PESURUHJAYA PAS PERLIS

Buat julung-julung kalinya Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sepasukan, Piala Pesuruhjaya PAS Perlis pada 24 dan 25 Julai 2010. Kejohanan ini di adakan bagi menarik golongan muda untuk bersama PAS selain menggalakkan pembudayaan aktiviti sihat dalam masyarakat.

Semalam diadakan pelancaran kejohanan tersebut di Pejabat Pehubungan PAS Perlis yang di hadiri oleh Ustaz Yaakob Abu Seman selaku Ketua DPPNPs dan AJK DPPNPs.

Ustaz Yaakob berkata DPPNPs melakukan satu anjakan paradigma dengan menggunakan sukan bola sepak sebagai tarikan kepada anak muda. “Kami akan mempopularkan slogan “Orang Muda Geng Kita” dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kepemudaan yang dirasakan mampu memberi impak yang besar kepada PAS dalam mendekati golongan muda”kata beliau.

Pertandingan tersebut akan diadakan di dua padang berbeza iaitu Padang TNB,Utan Aji dan Padang MADI, Jejawi Dalam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20 dan terhad kepada 64 penyertaan sahaja. Hadiah bagi tempat pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM 700 beserta piala iringan, Naib Johan menerima RM 500, Tempat ketiga dan keempat RM 200 dan tempat kelima hingga kelapan menerima hadiah saguhati RM 50. Hadiah akan diberikan bagi kedua-dua padang pertandingan.

Ustaz Hasyim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Perlis ketika dihubungi berkata usaha yang dilakukan oleh pemuda adalah satu pendekatan terbaik bagi menarik golongan muda menyertai PAS. “Orang muda sekarang kalau ajak dengar kuliah depa tak mau, tapi kalau ajak main bola depa nombor satu”, kata beliau.

Pelancaran baju rasmi Kejohanan

AJK DPPNPs yang hadir

Borang penyertaan

No comments: