Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, July 26, 2010

Sekitar Kejohanan Bola Sepak 7 Sepasukan Piala Pesuruhjaya PAS Perlis

Aksi di padang MADI
Ustaz Hashim beramah mesar dengan para pemain

Urusetia gigih mengendalikan kejohanan kali ini

Pimpinan Badan Perhubungan yang hadir

Gimik perasmian kejohanan

Ustaz Hashim menyampaikan hadiah juara kpd GSA B

YB Ustaz Hashim bergambar bersama finalis

Ucapan Perasmian oleh YB Ust. Hashim Jasin
YB Rus'sele Eizan memakaikan topi "Orang Muda Geng Kita" kepada pemenang

Johan menerima piala dan wang tunai; Kota Seputeh FC di Padang TNB

Juara di Padang Madi, Guar Syed Alwi FC

Thursday, July 22, 2010

Ke mana pergi subsidi kami? (Puisi Dr Maza)

Petikan dari http://drmaza.com/

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Wednesday, July 21, 2010

Majlis Penyerahan Piala dan Baju Tema Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Pesuruhjaya PAS Perlis

Semalam diadakan penyerahan piala iringan dan baju tema Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Pesuruhjaya PAS Perlis di Pejabat Perhubungan PAS Perlis, Kangar. Piala dan baju tersebut diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs), Ustaz Yaakob Abu Seman kepada YB Ustaz Hasyim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Perlis dan ADUN Sanglang.

Majlis yang dihadiri oleh pimpinan-pimpinan PAS negeri diadakan bersempena dengan Usrah Bulanan Badan Perhubungan PAS Perlis.

Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah yang julung-julung kali diadakan tersebut menawarkan hadiah yang begitu menarik dengan yuran penyertaan yang sangat murah iaitu RM 20 sepasukan. Pemenang tempat pertama akan mendapat wang tunai sebanyak RM 700 beserta piala iringan, tempat kedua RM 500, ketiga dan keempat RM 200 dan hadiah saguhati bagi tempat kelima hingga kelapan RM 50.

Kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Julai ini akan diadakan di dua padang berbeza iaitu Padang TNB di Utan Aji dan Padang MADI di Jejawi Dalam. Hadiah yang sama akan diberikan di kedua-dua padang tersebut.

Pengarah kejohanan tersebut, Khairudin memberitahu sambutan yang diterima begitu menggalakkan. “Kita menerima sambutan diluar jangkaan dari peminat dan pemain bola sepak disekitar negeri ini. Mereka memuji pendekatan yang kita (PAS) gunakan” kata beliau. Menurut Khairudin lagi, penyertaan akan dibuka sehingga hari pertandingan untuk memberikan peluang kepada pasukan-pasukan bola sepak sekitar negeri Perlis menyertainya.



Tuesday, July 20, 2010

Umno sudah terlalu terdesak — Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (gambar) dalam blognya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata, ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini, tulisnya.

Bgai beliau, ahli Umno kini tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini.

Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

"Betapa silapnya teori politik mereka," tegas Zaid yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagi Zaid, ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," katanya.

"Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

"Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," ujar Zaid dalam tulisannya.

Harakah daily

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Perlis

Ceramah di Dewan Chee Yang Khor, Kangar

Minum Petang di Beseri, melancarkan Dana Kompleks PAS Padang Besar

Monday, July 19, 2010

Pemuda Umno Perlis tandus pemimpin berkaliber?

Blogger Syed Atief (baca di sini) menggambarkan barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno Perlis kekurangan pemidato-pemidato berkaliber serta ketandusan golongan professional dalam hierarki kepimpinan mereka. Berikut petikan dari tulisan beliau:

Ketika begitu banyak usul dibentang di ruang merokok selepas jamuan makan daripada pentas pidato Pemuda yang disambung dengan mikrofon, Pergerakan Pemuda tampak jelas kekurangan pemidato-pemidato berkaliber yang berupaya menandingi gerombolan ayam sabung Pakatan Rakyat yang begitu lantang bersuara di pentas rasmi parti mereka. Bahawa kelantangan ini telah menggetarkan hati-hati lama yang menerajui kepimpinan parti sekaligus membolehkan ruang pengiktirafan yang sewajarnya diberikan kepada generasi muda.

Pemerhatian dan laporan umum di setiap persidangan (Padang Besar, Arau dan Kangar) turut memperlihatkan ketandusan golongan professional dalam hierarki kepimpinan Pemuda UMNO baik di peringkat Cawangan mahupun Bahagian. Soal ini mungkin tidak penting ketika era kemenangan, tetapi seandainya UMNO tumbang setelah berhadapan barisan professional dalam Pakatan Rakyat, UMNO akan menghadapi masalah untuk berdiri semula. Penolakan golongan professional atau kegagalan mendekati kumpulan ini secara berterusan adalah merbahaya dan merugikan.


Baca posting beliau di sini.

Pesan Pak Tih (Aris Awang)

DUNIA PENTAS UJIAN

<<<(Gambar hiasan)

Pemuda dan Pemudiku.

Kita sudah diberi beberapa buah negeri untuk kita memerintah. Jika kamu yang masih muda atau telah menjadi tua seperti aku, mungkin masih ingat pesanan ku kepada kamu di dalam usrah, tamrin, tazkirah, qiamullail, mesyuarat agung, muktamar, kolokium, wacana, sidang meja bulat, sembang kedai kopi, perjumpaan tertutup, ijtimak, RAPAT Pemuda dan banyak lagi program rasmi dan tidak rasmi berbunyi begini:-

"Medan pemuda ini adalah medan yang paling baik untuk kita berlatih, maka gunakanlah kesempatan yang diberikan oleh Allah ini untuk berlatih mentadbir dan memerintah negeri dan negara dengan acuan Islam yang ditunjuk oleh Muhammad Rasulullah saw.

Keadilan dan amanah adalah amat mudah untuk kita perkatakan ketika kita belum memerintah, maka adil dan amanahlah kamu dari sekarang, iaitu ketika kamu masih memegang jawatan hanya sebagai AJK pemuda PAS Cawangan. Jika kamu tidak amanah dan adil dari sekarang dengan ungkapan seperti,

"Ahhh....... seringgit je (duit jamaah yang disumbangkan oleh ahli), bukan banyak cincailah" ketika memegang jawatan peringkat Pemuda Cawangan.


Baca selanjutnya
di sini >>>

Sunday, July 18, 2010

Menangisi Kenaikan Harga Barang


Menangisi Kenaikan Harga Barang

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..

Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..

Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..


* Dr. Mohd Asri Zainul Abidin *

Dari blog Dr MAZA

Saturday, July 17, 2010

Misi Bantuan Ribut di Kuala Perlis















Antara sumbangan untuk mangsa ribut














Para petugas bertungkus-lumus membantu














Orang ramai bersimpati dengan kejadian















Timb. Pesuruhjaya; Tn. Hj. Anuar Tahir menghulurkan sumbangan














Pesuruhjaya; YB Ustaz Hashim Jasin turut hadir meninjau mangsa

Thursday, July 15, 2010

Satukan Umno Dulu, Sebelum Ajak PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010. PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut. Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar.

PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi. Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.

PAS hendak menasihatkan Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai. Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunai, 217 hektar tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?

PAS menasihati mereka ini, hentikanlah menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Mai Pakat Dengar Isu Semasa..

Tuesday, July 13, 2010

PELANCARAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEPASUKAN PIALA PESURUHJAYA PAS PERLIS

Buat julung-julung kalinya Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak 7 Sepasukan, Piala Pesuruhjaya PAS Perlis pada 24 dan 25 Julai 2010. Kejohanan ini di adakan bagi menarik golongan muda untuk bersama PAS selain menggalakkan pembudayaan aktiviti sihat dalam masyarakat.

Semalam diadakan pelancaran kejohanan tersebut di Pejabat Pehubungan PAS Perlis yang di hadiri oleh Ustaz Yaakob Abu Seman selaku Ketua DPPNPs dan AJK DPPNPs.

Ustaz Yaakob berkata DPPNPs melakukan satu anjakan paradigma dengan menggunakan sukan bola sepak sebagai tarikan kepada anak muda. “Kami akan mempopularkan slogan “Orang Muda Geng Kita” dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kepemudaan yang dirasakan mampu memberi impak yang besar kepada PAS dalam mendekati golongan muda”kata beliau.

Pertandingan tersebut akan diadakan di dua padang berbeza iaitu Padang TNB,Utan Aji dan Padang MADI, Jejawi Dalam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20 dan terhad kepada 64 penyertaan sahaja. Hadiah bagi tempat pertama akan menerima wang tunai sebanyak RM 700 beserta piala iringan, Naib Johan menerima RM 500, Tempat ketiga dan keempat RM 200 dan tempat kelima hingga kelapan menerima hadiah saguhati RM 50. Hadiah akan diberikan bagi kedua-dua padang pertandingan.

Ustaz Hasyim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Perlis ketika dihubungi berkata usaha yang dilakukan oleh pemuda adalah satu pendekatan terbaik bagi menarik golongan muda menyertai PAS. “Orang muda sekarang kalau ajak dengar kuliah depa tak mau, tapi kalau ajak main bola depa nombor satu”, kata beliau.

Pelancaran baju rasmi Kejohanan

AJK DPPNPs yang hadir

Borang penyertaan

Tuesday, July 06, 2010

Tuduh PAS Sesat, Shafie Afdhal Biadab

Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh Parti Islam Se-Malaysia itu sebagai parti ajaran sesat, sebagai satu kenyataan yang biadab. Beliau yang juga naib presiden Umno, dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

PAS mencabar beliau atas dakwaan apa beliau membuat kenyataan begitu? Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa. Di dalam Perlembagaan Pas fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata. Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?

PAS tidak mahulah ajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang diperjuangkan oleh PAS. Kita tahu kemampuan beliau berhubung kait dengan hal ehwal agama ini. Jadi kalau beliau jahil berkenaan dengan dasar PAS maka jangan membuat tuduhan yang liar terhadap satu juta ahli PAS.

PAS menganggap kenyataan yang biadab daripada seorang naib Presiden Umno yang emosi dan mentah dalam hal ehwal agama sahaja yang sanggup mengeluarkan kenyataan begitu rupa. Parti PAS yang di dokong oleh Tuan Guru dan alim ulama’ macam mana beliau boleh menuduh PAS ajaran sesat.

Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih merbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA.

PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkkan perjuangan PAS di kalangan orang Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS. Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan parti mereka, terutama lubuk emas umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat.

PAS menasiihatkan Shafei sebelum hendak menuduh PAS sebagai ajaran sesat , supaya beliau melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad S.A.W.

PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan Solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday, July 03, 2010

PRU 13 : Oren Berpotensi Menang

1. Malam ini saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan menarik antara Brazil vs Belanda kecuali sebahagian aksi sejurus selesai menyampaikan ceramah di Masjid Kota Damansara .

2. Keputusan perlawanan sangat berbeza dengan analisa awal para pengkritik sukan dan media yang meletakkan Brazil sebagai pemegang ranking no 1 dunia akan menang selesa ke atas Belanda yang hanya berada di tempat ke 4 ranking dunia .

3. Brazil dengan formula sambanya sangat digeruni lawan apabila beraksi di pentas antarabangsa. Skil individu dan corak gerakan mengawal bola sememangnya sukar ditandingi. Namun Brazil tidak berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka apabila bertemu skuad oren yang dilihat hadhir dengan dendam membara untuk mengalahkan Brazil yang pernah menghancurkan harapan mereka untuk bergelar juara pada tahun 1998 yang lalu .

4. Ternyata semangat kental skuad oren [ Belanda ] mampu merobohkan keegoan Brazil yang bergelar juara dunia sebanyak 5 kali . Reputasi Brazil selaku pasukan pilihan tercalar dan mereka akhir ditunjuk jalan keluar oleh Belanda . Hampir tiada penganalisis meletakkan Brazil akan tewas di tangan Belanda namun keputusan muktamad adalah sebaliknya .

5. Setakat 30 minit aksi perlawanan antara kedua - dua pasukan ini [ oren vs biru ] , saya melihat kesungguhan dan kegigihan berjuang skuad oren mampu mengekang penguasaan skuad biru biarpun mereka turun ke gelanggang membawa gelaran sebagai pasukan juara dunia 5 kali . Malah semangat itu membuatkan mereka bingkas bangun mendakap gelaran sekalipun mereka telah ketinggalan satu goal .

6. Tiada putus asa , yakin menang , gigih berusaha , stamina yang konsisten , kerja berpasukan yang kemas dan teratur menjadi formula asas skuad oren menumpaskan skuad biru . Skuad oren kelihatan bijak menghidu kelemahan skuad biru untuk dihukum atas setiap kelalaian dan kealpaan mereka dan ternyata ianya berhasil.

7. Menariknya , PRU 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi , turut menyaksikan pertarungan sengit antara skuad oren dan skuad biru . Skuad biru kelak akan turun gelanggang dengan dengan status penyandang atau juara bertahan . Mereka memilik segala keupayaan kuasa dan daya teknologi untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh politik mereka .

8. Skuad biru [ Barisan Nasional ] mempunyai kekuatan asas yang kukuh seperti jumlah ahli dan dana yang mencukupi sementara skuad oren tidak miliki keupayaan setanding . Namun skuad oren [ Pakatan Rakyat ] masih berpotensi untuk mencapai kemenangan jika mereka mengekalkan tahap kesungguhan dan kegigihan berjuang yang hebat untuk mengalahkan skuad biru .

9. Fokus , tidak cepat mengalah , berjuang dalam pasukan yang mantap , gigih membawa risalah atau mesej perjuangan kepada masyarakat , disiplin yang tinggi dan mengekalkan tempo perjuangan tanpa culas akan menjadi formula skuad oren memburu kemenangan biarpun terpaksa berdepan dengan keupayaan lawan .

10. Atas kertas , rata - rata penganalisa politik mengatakan skuad biru adalah pasukan pilihan untuk mengekalkan kemenangan dan kuasa mereka , namun di dalam gelanggang sifirnya tidak sama seperti diatas kertas . Skil berpolitik , stamina perjuangan , kesungguhan dalam gerakkerja dan kerja berpasukan menjadi advantage untuk menguasai gelanggang dan seterusnya muncul sebagai pemenang . Tiada siapa sangka Brazil boleh kalah sebagaimana ramai menyangka Barisan Nasional akan menang ...... realiti digelanggang akan memaparkan keputusan sebenar


Thursday, July 01, 2010

Sepagi bersama Ketua Pemuda PAS Pusat

JEJAWI - Program Minum Pagi serentak pelancaran gerakerja Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Pemuda PAS Perlis diadakan pada 27 Jun lalu di MADI bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi.
Program dihadiri Exco Pemuda Negeri, Kawasan-kawasan serta waki Pemuda Dun.
Ustaz Nasruddin memberikan kata-kata semangat kepada para pemuda

Simbolik pelancaran gerakerja PRU13 Pemuda Perlis:
Menyarungkan cap PAS kepada para pemuda


Takbir!! Bersemangat menghadapi PRU13

Berucap dalam majlis tersebut Ustaz Nasruddin berkata Pemuda PAS perlu menjadi seperti spanar hidup atau kenderaan MPV dengan mengambil mana-mana posisi dalam gerak kerja parti.

Katanya, beliau mahu setiap pemuda PAS bersifat fleksibel dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti.

"Kita sebagai Pemuda PAS, jangan ada yang kata tak ada kerja nak buat dalam jemaah. Kita kena posisikan diri di mana yang kita mampu.

"Pemuda PAS kena jadi seperti spanar hidup atau kereta MPV yang boleh berfungsi dalam pelbagai bentuk dan masa. Kita perlu flesibel, jangan jadi pemuda yang kaku, jumud atau lemah," katanya.

Ketua Pemuda PAS Pusat turun padang



Program Edar Risalah Anti Maksiat bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.
Lokasi: Pasar Besar, Kangar
Tarikh: 27 Jun 2010 (Ahad)