Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, December 04, 2008

LIQA' TARBAWI DPP PERLIS

Lujnah Tarbiah dan Kepimpinan DPP Perlis baru-baru ini menganjurkan Liqa' Tarbawi (Litar '08) bertempat di Dewan Dato' Fadzil Noor, Balai Islam MADI, Jejawi Dalam.

Kertas kerja bertajuk "Tiga Kekuatan Kita" dibentangkan Pengerusi Lajnah yang juga Naib Ketua DPP Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.

Dalam pembentangannya, beliau menyentuh tentang tiga asas kekuatan Pemuda dalam perjuangan iaitu Kekuatan Aqidah Islamiyah, Kekuatan Jihad Islamiyah dan Kekuatan Jihad Islami.

Kertas kerja ini kemudiannya diulas oleh Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Program dihadiri oleh semua Exco DPP Perlis serta DPP Kawasan-kawasan.




1 comment:

MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI said...

Salam Tadhiyyah berterusan..

Tahniah buat DPP menganjurkan program ini. Semestinya program berbentuk tarbawi seperti ini wajar diteruskan buat pendokong-pendokong Agama Allah. Liqa' Tarbawi, Murabbi ila Mutarabbi..

3 Kekuatan KITA :
1) Kekuatan akidah Islamiyah.
2) Kekuatan Ukhuwwah Islamiyah.
3) Kekuatan jihad Islami.