Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, December 04, 2006


Mufti Perlis: Ketepikan perbezaan pendapat isu kecil
Petikan : Malaysiakini

Mufti baru Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berharap tiada pihak menggunakan perbezaan pendapat tentang isu “kongsi-raya” sebagai alasan untuk menjejaskan keamanan dan keharmornian pelbagai kaum dalam negara ini.
Beliau yang baru dilantik sebagai Mufti negeri itu awal bulan ini berkata, tumpuan masyarakat sekarang sepatutnya pada perkara-perkara asas yang lebih penting seperti keadilan dan kebebasan.

Dr Asri, 35, yang berasal dari Pulau Pinang mnambah, perbahasan samaada orang Islam boleh mengucapkan “selamat....” kepada bukan Islam patut diasingkan dari pertimbangan politik.

“Kita tidak perlu memberi fokus kepada isu-isu ini. Apa gunanya kalau kalau seseorang itu merayakan hari kebesaran agama saya dan saya merayakan hari raya mereka tetapi jauh di lubuk hati masing-masing mereka telah dilayan dengan tidak adil,” soal beliau.

“Yang menentukan keamanan dan keharmornian ialah keadilan dan kesaksamaan serta hak setiap komuniti melakukan apa yang dirasakannya wajar.

“Jangan semata-mata kerana saya tidak pergi ke majlis Deepavali seseorang, maka saya dianggap menekan pihak berkenaan dan saya juga tidak boleh merasakan tertindas semata-mata kerana seseorang tidak datang meraikan majlis keagamaan saya,” tegasnya.

Dr Asri mengulas kontroversi keputusan mesyuarat mufti-mufti pada awal tahun ini yang memutuskan majlis “kongsi raya” atau “Deeparaya” adalah haram di sisi Islam.

Isu tersebut hangat menjelang hari raya Aidil Fitri yang lalu apabila ketua unit Syriah Takaful Malaysia mengedarkan kenyataan kepada kakitangan syarikat itu yang antara lain menyeru jangan mengucapkan “Selamat Deeepavali...” kepada pelanggan beragama Hindu kerana dibimbangi akan merosakkan akidah.

Dr Asri bagaimanapun menegaskan perayaan-perayaan Islam tidak boleh dianjurkan bersama dengan perayaan agama lain kerana perayaan Islam perlu dirayakan mengikut ajaran dan nilai Islam. “Perayaan agama kita terikat dengan akidah.

Sebagai contoh hari raya Aidil fitri, Tuhan mahu kita merayakan kejayaan berpuasa dan memuji-mujiNya serta membesar-besarkanNya kerana telah memberi kekutaan dnan rezeki kepada kita,”jelas Dr Asri yang merupakan Mufti termuda di negara ini.

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap “ Selamat....” kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.

Tekanan luarTiada apa-apa yang salah dalam perbuatan itu asalkan tidak membesar-besarkan atau memuja agama dan tuhan mereka, katanya lagi.

Menurutnya lagi, dalam membincangkan isu-isu agama seperti ini, dan memutuskan fatwanya, pihak-pihak luar jangan mengenakan sebarang tekanan kepada pihak berkuasa agama.

“Hanya dengan cara ini, barulah mufti–mufti dan pakar-pakar agama dapat membincangkan dengan wajar dan munasabah,”ujarnya..

“Kami perlu membuat keputusan secara bebas. Kami perlukan kebebasan. Saya tidak boleh membuat keputusan bagi menyokong keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan.

Saya tidak akan berbuat begitu. Kalau kebetulan keputusan itu sama, itu satu hal lain. Tapi kalau saya diberi pilihan “buat keputusan bagi menyokong kerajaan atau tinggalkan jawatan ini...” saya akan pilih meninggalkan jawatan ini” tegas Dr Asri.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga menyatakan, beliau menerima tawaran menjadi Mufti Perlis tanpa meletakkan syarat-syarat khusus.

Katanya, yang ada hanyalah persefahaman bahawa beliau akan berperanan sebagai Mufti dan bukan dibayangi oleh sesiapa yang berkuasa di negeri itu.

“ Peranan saya sebagai Mufti ialah untuk mengeluarkan fatwa dan memberikan pandangan serta membincangkan fatwa. Saya tidak boleh berfungsi di sebalik bayang-bayang tokoh-tokoh tertentu dan menurut semua kata-kata atau tindakannya.”

“Personaliti saya sebagai Mufti tidak boleh ditenggelamkan dalam personaliti orang lain. Jika identiti Mufti ditenggelami oleh identiti pihak berkuasa, apa guna negeri ini ada Mufti?” tambahnya.

Sebagai Mufti Perlis, Dr Asri juga mempunyai tanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Raja negeri itu dan kerajaan negeri berkaitan undang-undang Islam.

2 comments:

Syaikh Al-Bakistani said...

assalamualaikum

merujuk kepada kenyataan Asri;

Beliau bagaimanapun sependapat dengan Mufti Qatar, Yusuf Al-Qaradhawi yang tidak melarang umat Islam mengucap “ Selamat....” kepada penganut agama lain pada hari perayaan masing-masing.

apakah dia faham penggunakan "selamat" dan "Happy" yang dimaksudkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

sefaham ana, perbahasan yang diulas oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi adalah berkenaan "mengucapkan kedatangan perayaan non muslim" bukannya "kongsi raya".

walaubagaimanapun, jika di baca didalam kitab "Iqtida' Sirat Al-Mustaqim" karangan Imam Ibnu Thaimiyyah, beliau ada mengulas pandangan berkenaan hukum itu.

sepakat ulama mengatakan, kongsi raya adalah haram, adapun mengucapkan "tahniah" dengan kedatangan perayaan lain, itu dikhilafi dikalangan ulama, iaitu antara Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Imam Ibnu Thaimiyyah.

cumanya, pada ana, Qaradhawi mengatakan boleh mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan itu adalah kerana di lihat dari sudut penggunaan didalam bahasa Inggeris kalimah "happy" yang memberi maksud "seronok/gembira". adapun penggunakan kalimah "selamat" didalam bahasa melayu, mengandungi makna "doa", seakan-akan kita mendoakan kesejahteraan syirik yang diamalkan oleh si kafir itu...

ana cadangkan kepada Dr Asri, kena memahami waqii lughah dan masyarakat. dan baca kitab ulama-ulama lain sama, bukan sekadar baca kitab-kitab ulama yang dia mahu sahaja.

nak tahu perbahasan panjang, boleh baca didalam buku "fatawa maasarah" karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan kitab "Iqtida' As-Sirat Al-Mustaqim" karangan Imam Ibnu Thaimiyyah.

setelah baca kedua-dua buku itu, bandingkan dengan situasi masyarakat Malaysia.

sekian...

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

syahid_zul said...

Alhamdulillah..
Ada masa sila ke http://pena-siasah.blogspot.com/
sama2 kongsi pendapat..
wassalam