Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, February 08, 2013

Bendera PAS sambut Muhyidin ke Perlis

Bendera PAS yang dipasang di Titi Chai, Utan Aji 

Dewan Pemuda PAS Perlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terbabit menaikkan bendera PAS seperti gambar di atas bagi menyambut kehadiran  Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Titi Chai petang semalam.

Selamat Tahun Baru Cina


Kepada seluruh kaum Tionghua

Muhyiddin, lihatlah Umno Perlis sedang kritikal

KANGAR: PAS Perlis melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kemenangan besar di Perlis pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 akan datang sebagai kenyataan terdesak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir (gambar), kenyataan Muhyidin yang dibuat ketika kunjungannya ke Perlis semalam adalah semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong mereka di samping meraih sebanyak mungkin simpati terhadap Umno BN Perlis.

"Dia sendiri pun tahu bahawa rakyat Perlis sudah bersedia untuk membuat perubahan pada PRU akan datang dan dia juga tahu BN Perlis sendiri berada pada tahap kritikal. Ini dilihat bila mana beliau sendiri malahan Perdana Menteri pun acap kali turun ke Perlis. Kenyataan Muhyidin ini sama juga dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang dibuat beberapa kali sebelum ini.

"Sekarang mereka (BN) memasang bendera di seluruh negeri dan cuba menggambarkan suasana pilihan raya yang semakin hampir, tapi kita percaya perhimpunan yang mereka buat di beberapa lokasi di negeri ini akan dihadiri oleh orang yang sama, malahan termasuk orang-orang luar parti yang diarahkan hadir," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Melihat senario politik semasa di Perlis, Mohd Anuar menasihatkan Muhyiddin supaya melihat pergolakan dalaman yang sedang melanda Umno BN Perlis yang dilihatnya tiada berkesudahan sebelum membuat ramalan bahawa mereka akan menang besar di Perlis.

Malah katanya, beliau tidak gusar dengan kenyataan tersebut kerana yakin Muhyidin sendiri pun sudah membaca laporan-laporan serta kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak tentang kedudukan BN di Perlis mahupun di seluruh negara.

"Rasanya lebih baik Muhyidin balik jaga Putrajaya dulu sebelum sebut nak menang besar di Perlis. Di Putrajaya pun BN sudah begitu tergugat kedudukan mereka,” ujarnya.

Di Perlis, kata beliau mereka kena cermin diri dulu sebelum bercakap tentang menang besar kerana rakyat Perlis sudah bosan dengan perbutan kuasa, perebutan pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin Umno Perlis yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

"Walaupun tsunami politik 2008 tak sampai ke negeri ini, tapi rayat Perlis pun sudah sedar dan melihat keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah umpamanya,” ujarnya.

Tambah beliau, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini.

"Saya percaya bahawa ubat paling mujarab untuk Umno-BN Perlis ialah dengan menjadikan mereka parti pembangkang di negeri ini. Saya lihat mereka mempunya potensi besar untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini," jelasnya lagi.

Tuesday, February 05, 2013

Bendera, sepanduk Umno/BN di pusat agihan BR1M 2.0..macam harta pak dia..

 Dewan 1Malaysia, Simpang Empat
Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri
Bendera Umno dan Barisan Nasional dikesan telah dipasang pada pagar dewan tempat pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)  di dua lokasi di Perlis hari ini.

Kedua-dua tempat yang dimaksudkan iaitu di Dewan 1Malaysia, Simpang Empat dan Dewan Serbaguna Seri Melati, Beseri di mana pengagihan BR1M 2.0 dibuat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Simpan Empat dan Santan masing-masing.

Tinjauan juga mendapati terdapat sepanduk Undilah Barisan Nasional turut dipasang pada pagar Dewan 1Malaysia, Simpang Empat.