Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, December 06, 2013

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BERITA BURUK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PERLIS(DPPNPS)



KENAIKAN TARIF ELEKTRIK : BERITA BURUK UNTUK RAKYAT DAN NEGARA.
DPPNPS merakamkan bantahan terhadap keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari 2014. Tarif baru yang diperkenalkan ini telah menyebabkan secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj). Manakala untuk pelanggan komersial purata perubahan tarif adalah 6.91 sen / kWj.

DPPNPS berpendapat adalah tidak munasabah bagi kerajaan untuk mengulangi alasan kenaikan ini sebagai proses merasionalisasi subsidi kerajaan. Melalui kenaikan ini, kesan negatif bukan hanya melibatkan pengguna domestik dan komersial tetapi melibatkan kesan buruk kepada ekonomi negara dan peningkatan kadar inflasi.

Apakah kerajaan mahu menafikan fakta dengan langkah pengurangan subsidi petrol baru-baru ini telah mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada ekonomi negara?.Sebaliknya kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen telah menyebabkan kadar inflasi negara meningkat sebanyak 2.6 peratus. Keputusan kerajaan dalam isu kenaikan tarif elekrtik ini juga mempunyai kecenderungan yang kuat untuk sekali lagi memburuk keadaan ekonomi negara.

Kenaikan tarif ini akan menyebabkan organisasi perniagaan akan melakukan perubahan bagi menangani peningkatan kos. Hasilnya rakyat pula akan terus menerus menanggung impak kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus mengancam tahap kesejahteraan hidup mereka.

DPPNPS amat perihatin dengan kesengsaraan yang selama ini dialami oleh rakyat khususnya golongan yang memerlukan bantuan yang turut sama terseret dalam keputusan dan polisi kerajaan yang lebih menyebelahi pihak pemodal dalam sistem ekonomi negara.

USTAZ YUSSAINE YAHYA
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERLIS
5 DISEMBER 2013

Tuesday, December 03, 2013

Tahniah dari DPP Perlis


Pesuruhjaya PAS Perlis sesi 2013-2015

Y.B. Cikgu Mohd Shukri Ramli
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang

Mahfuz dilantik Ketua Penerangan PAS Pusat

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sesi 2013-2015, demikian dinyatakan presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tujuh AJK yang dilantik terdiri daripada Datuk Mohd Amar Abdullah, Datuk Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam.

Pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama di Pejabat Agung PAS, semalam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut:

1. Setiausaha Agung PAS - Datuk Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Datuk Ahmad Yakob
3. Ketua Penerangan - YB Datuk Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:
1. Kelantan - YAB Datuk Ahmad Yakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Razman Zakaria
9. Kedah - YB Datuk Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri Ramli
11. W Persekutuan – Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri daripada:
1. YB Datuk Mohd Amar Abdullah
2. Datuk Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Mohd Hussin
5. Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Sumber: Harakahdaily