Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, September 21, 2012

Program terkini...jom pakat2 pi



Demonstrasi Bantah Penghinaan Nabi SAW


KANGAR - Laungan takbir dan kutukan "Laknat Nakoula", "Laknat Yahudi" bergema di perkarangan Masjid Putra dekat sini sebagi tanda protes umat Islam di negeri Perlis ke atas penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. melalui penerbitan filem Innocence of Muslims.

Himpunan aman ini yang diterajui oleh Dewan Ulama PAS Perlis ini bermula sejurus para jemaah selesai menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Perhimpunan bermula dengan ucapan ringkas oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman sebelum ucapan penuh bersemangat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir.

Dalam ucapannya, Mohd Anuar mengajak umat Islam di negeri Perlis bersatu hati untuk menetang sebarang penghinaan terhadap Rasul Junjungan yang dimuliakan oleh Allah.

"Banyak bentuk penghinaan terhadap Islam yang sebelum ini kita bersabat. Kita tak buat apa bila orang hina janggut Nabi, kita juga bersabar bila ada orang baling kasut dalam masjid, tapi hari ini marilah kita seluruh umat Islam bangun menentang penghinaan terhadap Nabi s.a.w melalui penerbitan filem ini.

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan laknat oleh penulis dan penerbit filem ini ,Nakoula Basseley Nakoula," demikian antara kata-kata yang diucapkan beliau pada perhimpunan itu.

Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan, Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pimpinan KeADILan negeri Perlis.

PAS Perlis desak Sidang Khas DUN

Dalam pada itu, ekoran bantahan umat Islam di seluruh dunia seperti ini, PAS Perlis mendesak Dewan Undangan Negeri Perlis untuk mengadakan sidang khas berkaitan isu berkenaan.

Menurut Mohd Anuar, sidang khas DUN Perlis ini perlu diadakan untuk mengambil ketetapan mengutuk perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.

"Kita minta sidang ini diadakan sebagai satu tanda bahawa ini adalah kemuncak kepada kemarahan umat Islam khususnya di negeri Perlis dan sebagai satu tanda kesatuan umat Islam di negeri ini yang menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi s.a.w mahupun terhadap Islam itu sendiri," jelasnya.

Mohd Anuar yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga meyarankan kepada PAS supaya mendesak parlimen Malaysia untuk mengadakan sidang bagi tujuan yang sama.

"Dijangkakan parlimen akan bersidang tidak lama lagi, maka perlu juga dibuat satu ketetapan yang sama di parlimen nanti," katanya.