Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, February 23, 2012

Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad....



Ceramah isu semasa...


Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 8



Langgar fatwa Tugu 1 Malaysia hina Raja

KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menganggap kegagalan mematuhi fatwa tentang pembinaan replika tugu 1 Malaysia sebagai menghina Tuanku Raja Perlis selaku ketua agama di negeri ini.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam (foto), masih terdapat tempat termasuk premis kerajaan yang masih mempunyai binaan replika tugu 1 Malaysia yang mana ianya melanggar fatwa yang telah dikeluarkan di negeri ini.

"Keputusan majlis fatwa negeri Perlis tentang larangan membina replika tugu 1 Malaysia di dalam negeri Perlis dibuat berdasarkan ayat 90 surah al-Maidah mula-mulanya disiarkan dalam buletin Majlis Agama Islam kemudian terbit pula dalam Buletin Jabatan Mufti dan kemudiannya disebut dalam teks khutbah yang dibaca di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Walaupun sudah ada premis kerajaan seperti Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang sudah membuang tugu tersebut, masih ada lagi tempat yang belum melakukannya.

"Dewan Ulama Perlis berasa kesal dengan pihak-pihak yang masih tidak mengendahkan fatwa ini. Mereka bukan sahaja melanggar fatwa malahan menghina Tuanku Raja memandangakan bidang agama terletak di bawah bidang kuasa bagainda," katanya.

Sementara itu, Ustaz Salleh juga turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan menggunakan surau-surau kerajaan untuk aktiviti politik.

Katanya, terdapat surau yang berada di bawah jagaan Majlis Agama Islam telah digunakan sebagai bilik gerakan Umno/BN.

"Kami berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam hal ini tanpa bersikap prejudis atau memilih bulu. Perbuatan ini juga melanggar arahan yang dikeluarkan dan dianggap menghina Tuanku Raja Perlis kerana surau ini di bawah jagaan majlis agama islam," ujarnya.

Selepas 20 tahun projek gagal, penduduk tuntut janji kerjaan BN Perlis

CHUPING - Pada tahun 1992, 53 buah keluarga yang menduduki tanah di Batu Bertangkup dekat sini diarahkan untuk mengososngkan tanah mereka untuk memberi laluan kepada projek Pusat Pertumbuhan Desa.

Setelah hampir 20 tahun, penduduk terbabit yang terdiri dari orang-orang Melayu dan Siam masih janji-janji kerajaan Barisan Nasional terhadap mereka.

PPD Batu Bertangkup yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kangar ini dibangunkan di atas tanah seluas 2799 hektar dengan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM25 juta.

Tujuan pembinaan PPD ini adalah untuk menyusun semula masyarakat luar bandar dengan konsep "INSITU" iaitu membawa semula penduduk masuk apabila projek siap.

Bagaimanapun sehingga kini penduduk yang terbabit masih menunggu dengan penuh harapan janji-janji kerajaan BN tersebut, antara lainnya menyediakan 122 lot rumah berdusun, 160 unit rumah biasa dan 58 unit rumah PPRT.

Selain itu, antara projek yang dicadangkan ialah Pusat Latihan Kemas Wilayah Utara, stesen minyak, tapak pasar malam, masjid, dewan orang-ramai, asrama desa dan lot kedai.

Menurut seorang waris penduduk terbabit, hanya sebahagian kecil sahaja janji-janji kerajaan BN itu telah ditepati dan hapir keseluruhannya gagal dilaksanakan selain tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

"Masjid yang didirikan terletak jauh dari kawasan kampung kami dan asrama desa pula didirikan di dalam sekolah. Yang ada didirikan ialah tadika dan Kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Selepas hampir 20 tahun tapak pasar malam, stesen minyak dan lot kedai langsung tak nampak sebatang besipun yang terpacak di sini. Lebih menyedihkan, janji untuk menyediakan lot-lot rumah langsung tak terlaksana. Dah dekat 20 ahun kami menunggu," katanya.

Tinjauan Harakah mendapati di 10 lot Kompleks IKS yang dibina, hanya dua syarikat yang beroperasi iaitu sebuah syarikat memproses air minuman bertapis yang menyewa satu lot dan sebuah lagi syarikat berkaitan industri disel, SynGas iaitu menyewa 4 lot.

Kompleks IKS ini pernah menimbulkan kontroversi apabila gagal menarik pelaburan ke sana dan pernah menjadi projek gajah putih beberapa tahun yang lalu.

Sumber memberitahu, syarikat SynGas sendiri terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membersihkan kawasan dan menggantikan infrasrtuktur yang rosak sebelum menyewa lot terbabit.

Begitu juga, sebahagian besar tanah yang terbabit kini terbiar. Menurut penduduk setempat, beberapa projek pertanian seperti tanaman jagung yang diusahakan sebelum ini gagal.

Pengambilan tanah untuk pembangunan PPD ini pernbah menimbulkan kekecohan pada tahun 1993 dahulu apabila wujudnya bantahan penduduk terbabit, Pada masa itu, penduduk membantah bayaran pampasan ke atas tanah TOL yang mereka usahakan dengan kadar RM4000 serelong.

Menurut seorang penduduk yang terlibat, pada masa itu kerajaan menjanjikan elaun untuk membantu penduduk berpindah keluar dari rumah mereka selain dijanjikan eluan makan selama dua tahun.

"Mengikut matlamat asal penubuhan PPD ini, pada bulan pertama tahun ketiga pula, kami boleh pindah masuk semula ke situ. Tap yang ada hari ini hanya janji tinggal janji," katanya.

Sunday, February 12, 2012

Ada Pihak Pelik Kerana Tiada Kes Rasuah Di Kedah

Alor Setar -Kerajaan negeri sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak yang ingin menyiasat kerajaan negeri mengenai rasuah.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak berkatakerajaan negeri sedang berusaha bagi menghapuskan gejala rasuah di negeri ini, kerana orang yang sukakan rasuah adalah orang yang pemalas.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Dewan Perhimpunan Cina, di Jalan Tunku Bendahara.

“Ada pihak yang mahu menyiasat kerajaan negeri kerana mereka pelik di negeri ini tiada kes rasuah.“Oleh itu, saya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang ingin menghapuskan jenayah rasuah ini,” terangnya.

Menurut beliau lagi, sifat si perasuah adalah apabila terdapat wang yang perlu disalurkan kepada rakyat, maka dia akan gunakan wang tersebut kepada tempat yang tidak sepatutnya.Beliau juga bersyukur kerana buat masa sekarang tiada lagi kes rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan di negeri Kedah.

Utara Online Portal Rakyat Malaysia - Ada pihak pelik kerana tiada kes rasuah di Kedah

Utara Online Portal Rakyat Malaysia - Ada pihak pelik kerana tiada kes rasuah di Kedah

Wednesday, February 08, 2012

Pemuda PAS mahu k'jaan juarai kempen anti Hari Kekasih

Pemuda PAS hari ini menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Timbalan ketuanya Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari, lapor dpa.

Pada 2005, pihak berkuasa agama memutuskan Hari Kekasih tidak bersesuaian dengan Islam ekoran tingkah laku berkaitan pada hari itu serta mempunyai elemen Kristian.

"Saban tahun, kami menyertai perbagai NGO Islam untuk menyampaikan kesedaran bahawa merayakan Hari Kekasih bertentangan dengan Islam," anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu dipetik sebagai berkata.

Thursday, February 02, 2012

Umno/BN jangan perlekeh minda penjawat awam

KANGAR - PAS Perlis mengingatkan pimpinan Umno-BN agar tidak memperlekehkehkan minda penjawat awam khususnya golongan profesional dengan momokan buruk terhadap golongan tertentu termasuk parti pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan berkata, golongan profesional dan intelektual seperti guru dan pendidik yang ada kini bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan apa jua kata-kata yang dikeluarkan oleh pempimpin politik khususnya dari Umno-BN.

"Pemimpin Umno-BN janganlah sewenangnya menggunakan platform kerajaan untuk memberikan tanggapan buruk umum kepada mana-mana pihak termasuk parti pembangkang. Kepada golongan pendidik pula, janganlah memperkecilkan minda
dan daya intelek mereka dengan memberikan tanggapan negatif dalam apa jua perkara termasuk perkembangan semasa politik tanahair.

"Golongan guru atau pendidik sekarang bukanlah macam dulu yang boleh menerima apa saja yang dkatakan oleh pemimpin Umno-BN," katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Perlis, Dato' Dr Md Isa Sabu baru-baru ini kepada golongan pendidik di Perlis.

Dalam kenyataannya, Md Isa mengingatkan warga pendidik di Perlis suapaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.

Mengulas lanjut, Rus'sele meminta pimpinan politik yang menerajui kerajaan agar tidak mengungkit tentang mana-mana bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Md Isa Isa dalam ucapnnya turut menyebut bantuan RM100 kepada pelajar menunjukkan kerajaan bersikap adil dan meletakkan kepentingan anak-anak lebih daripada yang lain.

"Bantuan yang diberikan adalah tanggungjawab kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Tak kira bantuan RM100 pelajar atau BR1M sekalipun, itu adalah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan bukan dibuat oleh parti politik.

"Jangan ada pemimpin mengungkit dalam kerangka politik yang keterlaluan dan jangan pula ada tekana-tekanan khususnya kepada kakitangan awam. Jika pemimpin politik bercakap atau mengungkit tentang bantuan atau sumbangan yang diberikan, ini dilihat sebagai "rasuah poltitk" dan ugutan kepada rakyat," jelasnya lagi.

Mesyuarat agung khas halang penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.

Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.

"Kita telah mendapat penjelasan oleh KPF tentang peruntukan fasal 29 ini dan mereka kata boleh buat EGM berasingan atas tuntutan yang berbeza.

"Maksudnya satu pihak nak buat EGM untuk luluskan penyenaraian (FGVH ke Bursa Saham), kita pula boleh buat satu lagi EGM untuk menentang penyenaraian dan kita dah bincang dengan peguam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya mendapat maklumat, Mesyuarat Agung KPF akan diadakan pada 22 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Mazlan berkata, Anak akan bekerjasama dengan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk mendapatkan sokongan perwakilan mengadakan mesyuarat agung menntang penyenaraian sebaik sahaja menerima notis panggilan mesyuarat agung KPF.

"Kita tidak menolak kemungkinan, kita akan gerakkan satu kekuatan untuk mendapatkan senarai daripada pemegang-pemegang saham terutama bagi mereka yang menentang usaha penyenaraian FGVH ini," katanya.

Beliau juga yakin kumpulan yang menentang penyenaraian FGVH lebih besar daripada kumpulan yang meyokong usaha itu.

"Saya berkeyakinan kumpulan yang menentang (penyenaraian) lebih besar daripada kumpulan yang menyokong penyenaraian.

"Tidak mudah untuk kerajaan melakukan penyenaraian ini," tegasnya.

Wednesday, February 01, 2012

PAS buktikan ia 'parti celik budaya'

Petikan Malaysiakini

.....Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.

Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.

"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim berkata terpulang kepada rakyat untuk

menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.

BERITA PENUH DI SINI >>