Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, March 28, 2011

Ketua Pemuda baru di Padang Besar, Kangar



KANGAR - Tiga jawatan utama Pemuda PAS Kangar dan Padang Besar dibarisi muka baru pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Sesi 2011-2013 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 36 Pemuda PAS Kangar pada 26 Mac lalu menyaksikan Meor Hassan Sazali Meor Hajar dipilih selaku ketua. Beliau bakal bergandingan dengan Nordin Seman dan Mohd Sahir Ab Raman selaku Timbalan dan Naib Ketua.

Meor sebelum ini adalah Setiausaha Pemuda PAS Kawasan.

Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di Markas PAS Cawangan Alor Kabung dekat sini dan dirasmikan Keta Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman

Manakala Pemuda PAS Padang Besar yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 15 di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri 27 Mac lalu pula menyaksikan Naib Ketua sesi lalu, Shuhairi Samsuddin dipilih sebagai ketua, Azahari Osman selaku Timbalan Ketua dan Nurdin Isa sebagai Naib Ketua.

Mesyuarat Agung dirasmikan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Anuar Tahir.

Friday, March 25, 2011

Jadual Mesyuarat Agung DPP Kawasan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar

Tarikh: 26 Mac 2011 (Sabtu)
Tempat: Markas PAS Cawangan Alor Kabung


Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar

Tarikh: 27 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri


Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau

Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Markas PAS Cawangan Jawi Seratus, Jalan Sungai Padang

Monday, March 21, 2011

Konvensyen ICT PAS Perlis 2011

Konvensyen ICT PAS Perlis diadakan pada 19 dan 20 Mac lalu bertempat di Kompleks PAS Perlis.

Perasmian disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Ab Seman. Pada 19 Mac diadakan 2 bengkel melibatkan 2 kumpulan sasar iaitu Aplikasi Sispro, SSDP dan SPOKAS serta Bengkel Media Baru.

Pada 20 Mac pula diadakan Bengkel untuk pimpinan PAS dari seluruh negeri di Dewan Dato' Dr Haron Din.

Perasmian oleh Ustaz Ya'akub Bengkel e-Media

Haji Aris Awang menyampaikan motivasi Pengarah JITP, Suhaimi Embong membentangkan kertas kerjaY.B. Dr Ismail Salleh menyampaikan ucapan

Penutupan konvensyen oleh Y.B. Pesuruhjaya

Pilihan raya Negeri Sarawak : Perutusan Presiden PAS

Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui. Sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

Sehubungan dengan pembubaran ini maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak. Petugas parti juga perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

Selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak. Selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat. Kesimpulannya ialah, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini. Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini.

Sekali lagi, PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Wednesday, March 16, 2011

Tok Guru Nik Aziz di Perlis

Makan tengahari di Anjung Keli
Menziarahi pesakit yang sudah 5 tahun terlantar di hospital
Ceramah di Kompleks PAS Perlis
Ribuan hadir mendengar ceramah Tok Guru

Monday, March 14, 2011

Foto Majlis Perasmian Kompleks PAS Perlis


Y.A.B Menteri Besar Kedah berceramah pada 13 Mac
Laungan Takbir dari Unit Keselamatan
Doa dari Dr Haron Din
Sidang Media selepas perasmian
Solat Hajat dan Bacaan Yasin
Y.B. Thomas Su dari DAP berceramah
Pandangan dari hadapan komleks
Y.B. Saifuddin padat dengan maklumat terkini
Ceramah dari Dato' Dr Haron Din
12 Mac: Dr Haron menikahkan 2 pasangan pengantin
Santapan Pengantin bersama Tok Guru Dr Haron Din
Persembahan Qasidah pelajar MATIN
Pertunjukan Gendang Keling
Pertunjukan Silat
Kiosk JITN
Pameran Sejarah PAS Perlis
Majlis Makan Malam bersama pimpinan
Haji Mohd Anuar Tahir menyampaikan ucapan aluan
Che'Gu Bard juga padat dengan maklumat
Dato' Haji Mahfuz melancarkan KASE peringkat negeri PerlisTimbalan Presdien, Y.B. Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyampaikan ucapan 13 Mac: Acara Pasti
PAS Pusat bermesyuarat di Kompleks PAS Perlis
Y.B. Salahuddin Ayub menyampaikan amanat kepada para pemuda sempena XPDC Panji Pemuda PAS Perlis
Y.B. Pesuruhjaya menyampaikan ceramah
Bang Mat turut berceramah Orang ramai hadir mendengar ceramah