Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, February 26, 2011

Edar Risalah Janji 100 Hari Pakatan Rakyat

Lajnah Penerangan PAS Perlis mengedarkan Risalah Janji 100 Hari Pakatan Rakyat selepas solat Jumaat di masjid Putra semalam. Risalah yang sama turut diedarkan di Masjid Alwi, Kangar.

Thursday, February 24, 2011

Batal Konsert: Mahkamah benarkan semakan keputusan MPK

Imbas kembali: Sidang Media Pembatalan Konsert pada 14/12/2009

KANGAR - Mahkamah Tinggi Kangar hari ini memutuskan membenarkan pihak Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Perlis membuat semakan ke atas keputusan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang menarik balik kebenaran mengadakan konsert hiburan alternatif "Selagi Ada Rindu" yang dijadualkan pada 14 Disember 2009 lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab memberikan keputusan demikian hari ini dengan menentukan bahawa sebarang ganti rugi ke atas pihak yang menuntut akan ditaksirkan kemudian.

DACS Perlis selaku penganjur konsert berkenaan telah mendapat kebenaran dari MPK untuk menggunakan Dataran 350 Kangar bagi tujuan berkenaan.

Namun pada tarikh tersebut MPK telah menarik balik kelulusan konsert pada jam 2.00 petang melalui sepucuk surat dan surat susulan dengan pembetulan pada jam 5.00 petang dengan maksud yang sama.

Konsert tersebut yang dijadualkan bermula jam 8.00 malam bakal menampilkan artis seperti menampilkan Pak Long, Juara Bintang Kecil, Adik Azidi; P.Ramlee Perlis serta Aziz "Mas Mona".

Sehubungan dengan pembatalan tersebut, DACS Perlis telah memfailkan semakan ke atas keputusan MPK tersebut.
Link berkaitan:
Klik di sini atau di sini

Al-Fatihah: Ustaz Mansor Ariffin kembali ke Rahmatullah

KANGAR - Bekas Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Mansor Ariffin,78, meninggal dunia pada jam 9.00 malam tadi di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Beliau. dimasukkan ke hospital tersebut beberapa minggu lalu akibat sakit jantung dan kencing manis.

Ustaz Mansor memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Perlis dari tahun 1963 hingga tahun 1968.

Selain itu beliau juga pernah menjadi Setiausaha Dewan Ulama PAS Perlis, Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis serta Naib Yang Dipertua PAS Kangar.

Ustaz Mansor yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Alawiyah Arau serta Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiyah (MADI) mempunyai ramai anak murid si seluruh negara. Beliau adalah bapa kepada pembaca berita TV3 Mohd Yasir Mansor.

Jenazah beliau selamat disempurnakan di Repoh dekat sini pagi tadi dan solat jenazah diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

Wednesday, February 23, 2011

Konvoi Pemuda PAS Perlis ke H30K

KANGAR - Kira-kira 250 buah motosikal berkonvoi dari Perlis untuk mengahdiri Himpunan 30 ribu (H30k) Pemuda PAS yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarng Semut.

Konvoi bermotosikal ini disertai Pemuda PAS dari tiga Kawasan di Perlis iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau. Kumpulan dari Pemuda PAS padang Besar bertolak dari Markas PAS Kawasan Padang Besar di Santan.dengan diiringi oleh pasukan marshall dari Kelab Motosikal Padang Besar (P'MOC).

Manakala konvoi Pemuda PAS Kangar pula bertolak dari Repoh. Kesemua peserta konvoi berkumpul di tapak pasar besar Arau sebelum bertolak ke Kota Sarang Semut melalui lebuhraya Utara-Selatan.









Selain pasukan marshall dari P'MOC, konvoi bermotosikal ini turut dibantu oleh pasukan marshall dari Jabatan AMAL Perlis.

Konvoi ini selamat tiba di kompleks PAS Kedah untuk menyertai H30k dan selamat kembali ke Perlis tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Keputusan Pilihanraya Kampus hingga 20/2/2011

KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011


UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 25 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMS : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
UMSKAL : MENANG [Menang 3 dari 6 kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]

Pro-M telah berjaya memenangi semua 9 kerusi umum,14 kerusi fakulti di UM.PENGGERAK MAHASISWA hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

PRO-M menyapu bersih kedua-dua kerusi fakulti yang dipertandingkan di Akademik Pengajian Melayu, Akademik Pengajian Islam dan Fakulti Ekonomi&Pentadbiran

Friday, February 18, 2011

Mesir: Perak perlu ikut Perlis

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat Kerajaan Pusat atau kerajaan negeri masih berdiam diri terhadap jaminan bagi pelajar-pelajar untuk menamatkan pengajian di Mesir.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, walaupun kemelut yang melanda Mesir kini sudah hampir selesai, namun wujud kebimbangan di kalangan ibu bapa yang belum mendapat maklum balas daripada kerajaan berhubung kos yang akan ditanggung oleh pelajar yang ingin menyambung pengajian kelak.

“DPPN Pk berharap, pihak Kerajaan Negeri Perak perlu mengikut langkah Kerajaan Negeri Perlis yang akan menanggung kos pemergian semula pelajar anak Perlis nanti,” katanya kepada Harakahdaily.

DPPN Pk, ujarnya berharap Perak juga akan memberikan jaminan bahawa kos tambang pemergian semua pelajar anak negeri ke Mesir akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, jika ada jaminan daripada kerajaan negeri nanti, barulah semua ibu bapa akan merasa lega dengan komitmen tersebut.

Pihaknya menunggu langkah yang bakal diambil oleh kerajaan negeri untuk membuat pengumuman yang sama seperti Perlis.

“Dan diharap dalam masa yang sama, kerajaan negeri perlu mendesak Kerajaan Pusat juga memikirkan kos pemergian kembali pelajar yang akan menyambung pengajian mereka semula,” ujarnya.

Forum Maulid di Panggas

CHUPING - Tiada gunanya menghabiskan jutaan wang untuk menyambut Malulidur Rasul sedang syariat Rasulullah SAW tidak ditegakkan, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.

Menurutnya, sejarah membuktikan golongan musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Lahab sendiri turut bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW, hatta menyembelih 40 ekor namun tidak pula mengikut syariat baginda kemudiannya.

"Kalau kita sambut Maulid dengan berbelanja besar tapi tak mahu mengikut ajaran Nabi, samalah dengan Abu Lahab. Kalau kita nak tunjukkan sayang kepada Rasulullah, kita turut apa yang dibawa oleh baginda," katanya dalam Majlis Forum Maulidur Rasul di Markas PAS Panggas Besar dekat sini Rau lalu.

Dalam forum bertajuk "Rasulullah Pemimpin Politik Terulung' tu, beliau menjelaskan bahawa Nabi SAW merupakan pemimpin yang hebat dengan membawa perubahan kepada masyarakat sehinggakan diakui oleh tokoh-tokoh
barat.

Baca selanjutnya

Tuesday, February 15, 2011

Amaran Mat Sabu pada Najib

KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu memberi amaran kepada pimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang demokrasi yang lebih baik sekiranya tidak mahu rakyat berdemonstrasi.

Beliau berkata demikian mengulas amaran Najib supaya rakyat di negara ini tidak melakukan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir baru-baru ini.

"Saya pula nak beri amaran kepada Perdana Menteri , kalau kamu tak mahu demonstrasi jalanan, berilah kebebasan demokrasi kepada rakyat. Sebab itulah menjelang pilinahraya umum lalu kita turun ke jalan raya menuntut kebebasan dalam pilihanraya melalui 4 tuntutan yang sampai kini tidak ditunaikan oleh kerajaan.

"Keeselamatan negara terletak kepada keadilan sistem pilihanraya,keadilan ekonomi dan keadilan sosial. Kita kena ingat, bila rakyat dah tak percaya lagi pada sistem pilihanraya, dia akan berlaku tunjuk perasaan di jalanraya, jadi tak payahlah nak beri amaran," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis.

Majlis diadakan di Restoran Seri Petani dekat sini 12 Februari lalu.

Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran DHPP Perlis

KANGAR - Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perlis berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina 12 Februari lalu.

Majlis yang diadakan di Restoran Seri Petani dekat sini mendapat sambutan hangat khususnya dari kalangan masyarakat Tionghua yang sekaligus menggambarkan sokongan padu masyarakat bukan Islam kepada PAS/Pakatan Rakyat di negeri ini.





Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memeriahkan majlis ini iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya PAS perlis, Mohd Anuar Tahir; Ketua DHPP Pusat, Hu Phang Chow serta Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Perlis, Thomas Su.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan; pimpinan KeADILan Perlis, wakil DHPP Kedah serta ahli-ahli persatuan Tionghua Perlis.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa serta pertunjukan bunga api. Sambil menjamu selera, para hadirin mendengar ucapan-ucap dari pimpinan.

Selain itu, para hadirin turut teruja dengan Muslimat PAS yang menjadi juruacara majlis. Kebolehan dan kefasihan beliau menuturkan bahasa Cina mendapat pujian dari pimpinan berangsa Cina yang berucap pada malam itu.

Perutusan Maulidur Rasul Presiden PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

12 Rabiul Awal 1432 H / 15 Februari 2011

Sunday, February 13, 2011

Mai pulak dah..... next? Perlis? WP?


Malaysiakini
ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Baca selanjutnya

Saturday, February 12, 2011

Mubarak berundur, PAS ucap tahniah pada rakyat Mesir



KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.

“Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.

Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.

Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.

“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim

Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.

Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.

“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya.

Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.

Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah

Thursday, February 10, 2011

Info Rakyat 4




UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM Bhgn 2

UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
2. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
3. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.


UCAPAN MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA’

1. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
2. Tun Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC : “Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT & MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT

1. Tun Abdullah Ahmad Badawi Jun 2001 : “Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.
2. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : “Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.
3. Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : “Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”

UCAPAN-UCAPAN LAIN

1. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”
2. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

Kami dah pindah.....

KANGAR - Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis di No 7 Jalan Sekolah Derma dekat sini telah berpindah dan mula beroperasi di Kompleks PAS Perlis, Lot 2348 Jalan Sekolah Derma/Kampung Pondok bermula 7 Februari lalu.

Proses perpindahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat bermula penghujung Januari lalu dan dan secara menyeluruh pada 5 dan 6 Februari lalu.

Bilik Mesyuarat Utama

Ruangan pejabat

Berpindah....


Sampai dah ke pejabat baru

Pentas Pemuda di Guar Syed Alwi

Ucapan Ustaz Ya'akub
Ustaz Azman ShapawiKetua DPP Pusat menyampaikan ceramah

Tuesday, February 08, 2011

Perbaiki gerakerja, jangan mudah berpuashati: Ketua Pemuda Pusat


KANGAR - Jentera Pemuda PAS perlu sentiasa memperbaiki gerakerja yang sedia dan jangan berasa mudah berpuashati, demikian pesanan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Menurutnya, Pemuda PAS perlu lebih peka dan responsif kepada keadaan sekeliling khususnya dalam suasana politik negara yang cepat berubah.

"Kita berada dalam era maklumat yang begitu cepat, jadi pemuda PAS perlulah lebih agresif, kreatif dan responsif dalam menangani semua ini. Manfaatkan media baru seperti Facebook dan Twitter untuk kita menyalurkan maklumat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program perjumpaan Pemuda PAS Pusat bersama jentera Pemuda PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini Sabtu lalu.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar.

Manakala jentera Pemuda PAS Perlis pula dihadiri Eco Pemuda PAS Negeri dan kawasan-kawasan.

Monday, February 07, 2011

Jamuan Tahun BAru Cina di rumah Ketua DHPP Perlis

Cikgu Khoo (kanan sekali) melayani tetamu yang hadir

JEJAWI - Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, pimpinan PAS Perlis turut menghadiri majlis jamuan yang dianjurkan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perlis, Khoo Yang Chong.

Majlis diadakan di kediaman beliau di Taman Utara dekat sini.

Kemeriahan majlis dapat dirasakan dengan tuan rumah serta Jawatankuasa Lajnah saling menyediakan juadah untuk dijamu kepada tetamu yang datang.

Antara barisan pimpinan yang hadir ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis, Hairy Hashim; Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ketua Urusan Ulama PAS Kangar, Ustaz Salleh Adam; Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar, Abdul Zakaria, Jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional serta ahli DHPP Perlis.

Wednesday, February 02, 2011

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.

Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu ‘makan besar’ yang merapatkan semangat kekeluargaan.

Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku.

Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.

Selamat Tahun Baru Cina.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM Bhgn 1

UCAPAN PEMIMPIN UMNO YANG MENGHINA ISLAM

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.
2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.
3. Ucapan Tun Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor : “Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”.
4. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
5. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
6. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.
7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 : “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
9. Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 : “Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.
10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 : “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
11. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
12. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
13. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
14. Tun Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992 : “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
15. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
16. Tun Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 : “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
17. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
18. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
19. Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 : “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
20. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
21. Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.
22. Tun Abdullah Ahmad Badawi 13/11/99 : “Apa erti negara Islam jika mundur”.

Bagaimana jika berlaku di Malaysia?

Perhatikan caption gambar ini.... Bayangkan kalaulah demonstrasi ini diadakan di negara kita, bagaimana agaknya caption oleh akhbar arus perdana???
Sudah tentu yang digariskan merah "Jutaan Rakyat" itu berganti dengan "sekitar 5 ribu orang" dan "perhimpunan aman" akan diganti dengan "perhimpunan haram"....

Info Rakyat 3


Info Rakyat 2

Islam Nasionalis Mengelirukan

Pegangan Islam nasionalis yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir teruk dan mengelirukan. Acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam yang difaham oleh Tun dan rakan-rakan dalam Umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi sahaja. Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno.

Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Tun yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz akan bersetuju jika pendapat rakan bukan Islam dalam Pakatan menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan.

PAS hendak mengingatkan kepada Tun bahawa Tuan Guru Nik Aziz bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama dan memperalatkan agama seperti yang disangka oleh Tun. Banyak salah tanggapan terhadap Islam diperbetulkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan dan amalan.

Yang menggunakan agama dan orang agama ialah pemimpin Umno seperti Tun Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandagan agama yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Tun Mahathir marah, ketika ayam sabung beliau, Datuk Seri Najib menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu kepada Singapura seluas 217 hektar. Kenapa beliau tidak berkokok, mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Datuk Seri Najib. Kenapa beliau marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap langkah yang dibuat oleh Tun Abdullah. Masyarakat nampak semua berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dizaman beliau.

Dakwaan Tun Mahathir mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu juga tertolak. Bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris. Malah ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Malah ketika semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. Bukankah ini bukti kewujudan Umno untuk memecah belah peraduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B. Begitu juga lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Tun memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadaap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apakah Islam nasionalis yang difahami oleh Tun menepati dengan kehendak Islam. Tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekeh hukum salam mungkin ini adalah anutan Islam nasionalis. Mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa Nabi simpan janggut , kerana tidak ada pisau cukur. Beliau juga melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. Jadi tidak hairanlah Dr Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat