Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, June 29, 2010

Kartunkini

Dari Malaysiakini

Penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda

Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.

Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.

Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis

Keratan Akhbar bertajuk "Ulama Muda Masuk UMNO"

Wartawan yang hadir

Cikgu Khoo Yang Chong menyampaikan ucapan




Sunday, June 27, 2010

Mohon Maaf

Pihak penganjur ceramah Ustaz Nasruddin Tantawi di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar di Santan malam tadi memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin.

Ini berikutan Ustaz Nasruddin yang gagal hadir memberikan ceramah ekoran kereta beliau mengahadapi kerosakan di lebuhraya Utara-Selatan berhampiran tol Jitra.

Ulama Muda masuk Umno: Ada yang terperangkap mainan politik Shahidan

KANGAR - Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orangpun yang menyertai Umno," jelasnya dalam ceramahdi Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis

Saturday, June 26, 2010

Usrah Bulanan DPP Perlis; Pengkisahan Sejarah Assyahid Ustaz Ibrahim Libya


( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya)

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."
.
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"
.
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan 'siapa pula penjenayah' ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.

Baca seterusnya>>

Friday, June 25, 2010

Thursday, June 24, 2010

Presiden PAS Pengganas? Kerajaan Perlu Beri Penjelasan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.

Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007 Presiden PAS memenangi samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror. Akhbar ini telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk “AL-QAEDA – Abdul Hadi” dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta ini selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba mengugat PAS sebelum ini. PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti ini.

Pas yakin fitnah ini juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan Pas. Ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas, maka musuh Pas cuba menggambarkan Presiden Pas sebagai pengganas. Pas yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini. Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin Pas bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas.

Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama Umno, dan tidak mustahil kewujudan tuduhan ini akan dijadikan peluang oleh Umno untuk mengamit beliau bersama parti itu bagi mengelakan ancaman ISA. Ini adalah tidak profesional dan memalukan.

PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat. Pihak Polis perlulah melengkapkan siasatan mereka sebelum tuduhan sebegini dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.

PAS tidak mahu imej Polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. Orang yang tidak bersalah ditangkap sedangkan orang yang bersalah membunuh Nurin Jazlin, Norita dan sebagainya masih belum ditangkap hingga ke hari ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, June 23, 2010

Shahidan: Saya ahli sukan bukan pengganas

Bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pegawai kanan daripada sebuah institut kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar tentang dirinya.

Shahidan berkata kenyataan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin yang didakwa mengaitkannya dengan aliran Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI) itu merosakkan nama baiknya.

"Takkanlah saya ini pengganas. Saya ini ahli sukan. Saya rasa sayalah orang yang paling banyak masuk persatuan sukan di negara ini," katanya yang juga presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Shahidan bagaimanapun belum lagi menentukan masa bagi memfailkan samannya itu.

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis di Kuala Lumpur Isnin lalu - yang melibatkan pegawai tertingginya - Zamihan memberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi dan JI.

Menurut sumber-sumber, selain beliau, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya.

Dr Asri dan Dr Juanda hari ini turut menafikan dakwaan itu.

Baca seterusnya>>

Tuesday, June 22, 2010

Hi-Tea Dewan Himpunan Penyokong PAS bersama masyarakat Tiong Hua Kaki Bukit

Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perlis (DHPP) telah mengorak langkah menjadi penghubung PAS dengan non-muslim terutama masyarakat Tiong Hua di negeri Perlis, terbaru mereka mengadakan Program Hi-Tea pimpinan PAS Perlis bersama dengan masyarakat Tiong Hua di Kaki Bukit, Perlis.

Program diadakan bagi mendengar luahan masyarakat Tiong Hua berkenaan dengan status tanah TOL (Temporary Occupation License) yang mereka duduki selama hampir 80 tahun di sekitar kawasan Kaki Bukit. Selain itu, program tersebut bertujuan membina hubungan dengan msyarakat Tiong Hua disitu.

Program tersebut di hadiri oleh beberapa orang pimpinan PAS Negeri Perlis iaitu Sdr. Mohd Iqbal-Ketua Penerangan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yaakob Abu Seman-Ketua Pemuda PAS Perlis, Sdr Hairy Hasyim-Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perlis dan YB Rusele Eizan-ADUN Simpang Empat. Turut hadir bersama adalah Sdr Kor Chu Liang-Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan Cikgu Khoo Yang Chong-Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perlis.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar apabila lebih kurang 100 orang penduduk hadir. Mereka begitu gembira kerana pimpinan PAS sudi turun mendengar masalah yang di hadapi oleh mereka. Beberapa orang pimpinan PAS negeri yang hadir diberikan peluang untuk memberikan ucapan.



Cikgu Khu Yang Chong menyampaikan ucapan aluan

Sdr. Hairi Hasyim sedang menyampaikan ucapan

Sdr. Mohd Iqbal menyampaikan ucapan

Ucapan daripada Ustaz Yaakob

Ketibaan YB Rusele Eizan


Sebahagian daripada penduduk yang hadir

YB Rusele Eizan menyampaikan ucapan


Polis datang meminta supaya majlis dihentikan serta merta

Penduduk bersemangat menuntut supaya tanah pusaka mereka dikembalikan

Sdr. Kho Chu Liang berucap diatas kerusi setelah polis menghalang daripada menggunakan pembesar suara

Wednesday, June 16, 2010

MEMORANDUM BANTAH LESEN JUDI SUKAN

MEMORANDUM BANTAH LESEN JUDI SUKAN
Selasa 15hb Jun 2010

Memorandum ini dipanjangkan kepada semua Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan , Menteri di JPM dan semua Ahli Parlimen Malaysia sebagai suatu pernyataan pendirian dan gesaan supaya lesen judi sukan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dibatalkan .
Kami dari Gerakan Rakyat Membantah Judi yang mewakili lebih dari 50 buah badan masyarakat (NGO), parti politik dan individu mengesa agar suatu persepakatan dicapai untuk menyatakan sokongan kepada penolakan kepada lesen judi sukan dan mengesa supaya lesen judi sukan ditarik balik dan tidak dikeluarkan kepada mana-mana pihak.
Berikut adalah asas hujah kami :

LATARBELAKANG
1. Pada tahun 1991, kerajaan Malaysia telah menutup operasi Lembaga Loteri. Penjualan tiket Loteri Kebajikan Masyarakat (LKM) ini sebenarnya sudah sekian lama bergerak. Ketika itu ramai umat Islam keliru sama ada tiket Loteri Kebajikan Masyarakat ini ditakrifkan sebagai judi atau tidak kerana ia berlabelkan ‘kebajikan untuk masyarakat’. Kerajaan tidak mahu terlibat secara lansung dengan judi. Alasan sebenar tidak diketahui tapi rakyat menyambut baik kerana LKM bersifat judi.

2. Bagaimanapun, apabila tamat tempoh operasi LKM, tidak pula memberi kesan positif kepada rakyat. Rupa-rupanya kaki judi mempunyai banyak pilihan kerana jenis-jenis judi yang tersenarai begitu banyak. Pemberhentian LKM nampaknya tidak begitu banyak hilang hasilnya kerana syarikat judi lain terus membayar cukai lantaran budaya judi semakin meningkat.

3. Kini industri dosa ini tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Yang jelas, judi tidak pernah memberi kemewahan kepada pemain sebaliknya memberi keuntungan kepada syarikat. Selama mana judi beroperasi, pihak kerajaan tidak pernah mengeluarkan amaran berbahaya seperti mana kerajaan mengeluarkan amaran tentang bahanya rokok. Nampaknya seperti wujud satu konspirasi perjudian yang memiliki kepentingan tertentu daripada orang tertentu dan menyumbang pula dengan cara tertentu kepada kelompok masyarakat tertentu.
4. Penjudian Piala Dunia FIFA 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 6 Mei 2010. Pertandingan bola sepak antarabangsa Piala Dunia akan diadakan di Afrika Selatan. Bola sepak Piala Dunia bermula 11 Jun 2010.

5. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung mengesahkan lesen judi telah dilulus dan dikeluarkan kepada Berjaya group . Kerajaan menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya.

6. Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan. Hasil judi itu dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

BENTUK , AMALAN DAN AKTIVITI JUDI DI MALAYSIA – SUATU GAMBARAN

Di Malaysia ada pelbagai jenis judi untuk pelbagai peringkat umur dan pelbagai kelompok. Dari judi untuk seorang kanak-kanak kepada judi untuk seorang tua , dari judi untuk orang kaya sehinggajudi untuk golongan papa kedana..

a) Selain pelbagai jenis judi, kita juga biasa dengan istilah nombor ekor samada berlesen atau haram. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan nombor-nombor permainan ini. Antaranya Magnum Corporation Berhad yang diberi lesen oleh kerajaan untuk mempromosi, mengendalikan dan menguruskan pertaruhan nombor ramalan 4 digit (4D). Pan Malaysia pula menawarkan pertaruhan tiga digit (3D), manakala Sports Toto Malaysia Sdn Bhd menawarkan pelbagai permainan daripada permainan jenis digit seperti 4D, 5D dan 6D dan permainan jenis loteri seperti Toto 4/49, Toto 6/42 Jackpot dan Super Toto 6/49.

b) Nombor-nombor permainan atau angka loteri adalah amat popular dikalangan kelas pekerja Malaysia. Pemain mendakwa mereka bukan sahaja membeli nombor, tapi juga membeli harapan (htt://www.lotteryinsider.com/lottery/magnum.htm).Apa yang jelas, harapan itu tidak semestinya menjadi kenyataan. Yang pasti, duit yang dikumpul melayang begitu sahaja.

c) Kita juga sering didedahkan dengan laporan akhbar yang memaprkan kejayaan pihak berkuasa membanteras sindeket judi haram yang membabitkan lumba kuda dan perlawanan bola sepak dengan nilai pertaruhan yang tinggi (Berita Harian, 18 dan 13 Mac 2002). Pengendali judi haram tidak serik-serik dengan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa. Yang penting bagi mereka adalah keuntungan yang tinggi hasil kegiatan itu hingga undang-undang dipandang remeh.

d) Kini dengan perkembangan teknologi maklumat, kita dapat melayari laman web perjudian seperti Casino on Netyang telah wujud sejak 1996. laman web ini misalnya menawarkan permainan seperti blackjack, Roulette, Craps dan Pai Grow Poker.

e) Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana orang ramai termasuk kanak-kanak dan remaja dengan mudah boleh terdedah dan terpengaruh kepada gejala judi yang bertentangan dengan agama. Dalam hal ini, disamping menguatkan daya ketahanan diri sendiri, ibu bapa harus sangat memantau pergerakan anak masing-masing agar tidak melayari lama web ini dan seterusnya mencuba permainan ini.

f) Daripada apa yang dipaparkan diatas, dapat dilihat begitu banyaknya jenis judi yang dapat dimainkan di Malaysia secara sah atau tidak. Yang jelas kaki judi sanggup menghabiskan wang tanpa mengambil kira risiko.

g) Bagi yang kurang berada , pilihannya adalah membeli nombor ekor. Manakala mereka yang kaya tentulah akan mengujungi pusat perjudian samada didalam atau luar negara.. Yang penting bagi mereka hasrat untuk mencuba nasib cepat kaya dan melampiaskan keinginan yang membuak-buak tercapai.

h) Jika dilihat nama perjudian banyak menggunakan nama Cina, selaian nama Melayu seperti Minta Daun dan Belangkas. Selain itu, Ann Lee Wang dalam Some Gambling Games in Malaysia, menyatakan walaupun banyak pemainan adalah permainan orang Cina, tetapi ia dimainkan oleh semua kaum di Malaysia. Minta Daun misalnya, seperti dinyatakan oleh C.T. Dobree lebih digemari oleh orang Melayu dan India Selatan.

i) Gunnar Myrdal, An American Dilemma menegaskan bahawa orang Negro di Amerika mendapati perjudian satu reaksi kegemaran kerana ia menawarkan kemungkinan pulangan kewangan segera bagi mereka yang tertekan dari segi ekonomi. Selain itu perjudian adalah satu bentuk hiburan yang memerlukan sedikit peralatan dan sesuai terutama mereka yang melakukan rutin kerja yang sama dan membosankan.

j) Walau apapun alasan dan hujah yang diberikan, adalah jelas judi adalah haram hukumnya disisi Islam. Namun begitu, amatlah hairan apabila terdapat segelintir orang Islam mengamalkannya. Paling malang sekali terdapat orang Islam yang menjadi ahli lembaga syarikat perjudian. Dimana iman mereka sehingga sanggup menyara anak dan isteri dengan duit yang tidak halal. Mereka seolah-olah lupa atau buat-buat lupa ketika menerima jawatan yang berpendapatan lumayan itu. Yang penting bagi mereka apa yang akan diperoleh adalah duit yang banyak, soal halal atau haram ditolak ke tepi!

k) Realitinya, perkembangan perjudian sangat sukar itu dibanteras kerana ia diterima oleh masyarakat. Secara purata, penjudi di Malaysia menghabiskan diantara RM1000 sehingga RM 100,000 sebulan untuk berjudi.

l) Pada 4 Disember 2001, kerajaan telah mengharamkan satu jenis perjudian iaitu mesin slot dengan pengharaman pusat video, namun selepas tarikh tersebut, masih banyak lagi serbuan dan rampasan masin slot itu didada-dada akhbar. Setiap tahun kerajaan memperuntukan RM 1000 juta untuk mengawal premis perjudian yang berlesen dan RM 5000 juta untuk premis tanpa lesen.
m) Sama ada sedar atau tidak. Anak-anak Malaysia dipupuk budaya berjudi dengan permainan tikam-tikam, seterusnya permainan komputer dan video apabila mencecah remaja sebelum berkecimpung secara lansung didalam aktiviti perjudian seperti nombor ekor dan mengunjungi kasino pada peringkat umur dewasa. Perkembangan teknologi maklumat juga menyumbang kepada perkembangan industri perjudian ini. Kafe siber yang tiada pengkelasan khusus telah menyukarkan pihak berkuasa mengawalnya daripada terlibat dalam aktiviti perjudian.


ISLAM MENGHARAMKAN JUDI

Islam mengingatkan kaum Muslimin terhadap adat istiadat jahiliah. Antaranya larangan meminum khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Allah swt telah berfirman :
“..Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
“..Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan amalan itu)(al-Maidah : 90-91)
Jika ditinjau lagi dari sudut hukum Islam, keterlibatan dalam industri haram adalah haram hukumnya. Yang menyedihkan lagi, kaki judi tidak pernah menang dalam jangka masa panjang kerana kemenangan itu digunakan untuk membiayai tabiat judinya. Apa yang menjadikan kaki judi itu ketagih adalah kemenangannya yang tidak berpanjangan itu. Kaki judi melipatgandakan lagi wang pertaruhannya dengan harapan mendapat kembali wang yang hilang tetapi akhirnya terperangkap dengan hutang.



INDUSTRI JUDI : ANTARA MITOS DAN REALITI

Mitos 1 :
Perjudian adalah hak peribadi individu. Penjudi tahu apa yang mereka lakukan dan mereka bebas membuat pilihan samada hendak berjudi atau tidak. Tidak ada sesiapa yang memaksa dan berhak untuk menghalang kehendak dan hak peribadi tersebut.
Realiti 1 :
Aktiviti perjudian bukan merupakan hak individu setiap orang. Ini kerana aktiviti perjudian melibatkan pelbagai pihak. Sebagai contoh yang mudah, jika seorang suami berjudi maka ia turut melibatkan isteri dan anak-anaknya. Malahan dalam konteks yang lebih luas ia melibatkan sistem sosial masyarakat secara keseluruhan, kerana aktiviti berjudi akan membawa kepada pelbagai rangkaian gejala sosial dalam sistem masyarakat.

Mitos 2 :
Judi di Malaysia adalah bertujuan memenuhi tuntutan orang bukan muslim di Malaysia. Malahan lebih khusus jika dinyatakan demi memenuhi tuntutan bangsa Cina di Malaysia, kerana tabiat berjudi merupakan budaya masyrakat Cina. Maka orang Islam di Malaysia perlu akur dan menghormati keperluan masyarakat bukan Muslim di Malaysia.
Realiti 2:
Judi bukanlah lahir daripada budaya ataupun tradisi mana-mana bangsa. Judi bukanlah tradisi masyrakat Cina seperti yang didakwa, sebaliknya judi lahir daripada sikap tamak seseorang yang inginkan kekayaan dan bergantung besar kepada tilik nasib mereka. Aktiviti perjudian di Malaysia bukanlah memenuhi tuntutan masyarakat bukan Muslim, kerana yang berjudi juga termasuk sebilangan masyarakat Muslim. Malahan terdapat juga taukeh judi yang terdiri dari orang Muslim. Setiap agama dan setiap bangsa tidak senang dan mencegah aktiviti berjudi.

Mitos 3:
Industri judi wujud di Malaysia kerana timbulnya permintaan yang tinggi terhadap kegiatan judi daripada masyarakat Malaysia. Maka permintaan yang tinggi memerlukan kita melakukan penawaran, bagi tujuan memenuhi permintaan tersebut.
Realiti 3:
Sebenarnya didalam industri judi, para peniaga judi ini yang mencipta permainan. Mereka membuka kasino dan cuba menarik orang berjudi disana. Malahan mereka membuka kedai loteri disetiap kawasan, malahan dikawasan pekan kecil dan kampung supaya masyarakat disana mempunyai peluang untuk berjudi. Sekiranya kedai-kedai judi ini tidak wujud, maka ia tidak memberi kesan buruk kepada masyarakat. Malahan kalaupun wujud permintaan daripada masyarakat sekalipun, maka tuntutan itu tidak perlu dipenuhi oleh kerajaan atau sesisapapun. Tambahan industri judi tidak wujud kerana permintaan masyarakat, sebaliknya terhasil daripada sikap tamak peniaga judi dan kebodohan penjudi tersebut.

Mitos 4 :
Penubuhan judi berlesen sekaligus akan memusnahkan perjudian haram tidak bertanggungjawab. Dengan cara lansung kerajaan mampu mengawal kegiatan perjudian di Malaysia.

Realiti 4:
Persoalannya, adakah judi berlesen merupakan judi yang bertanggungjawab. Sebenarnya samada judi tersebut berlesen atauppun tidak, kedua-duanya tidak bertanggungjawab, serta membawa implikasi yang negative didalam sistem sosial masyarakat. Dengan kata lain, kita menyediakan judi alternative (judi berlesen) dengan membawa maksud menyediakan barangan dan perkhidmatan yang sama dengan kesan negatif yang sama. Lagipun dengan adanya judi berlesen, tidak berkurang juga judi tidak berlesen dari masa ke semasa. Kerajaan sewajarnya bertindak mencegah dan mendidik masyarakat untuk tidak terlibat dengan gejala judi. Walau apapun jenisnya, bagaimanapun caranya, sebesar manapun lesennya, ia tetap dipanggil judi.

Mitos 5 :
Sekiranya industri judi diharamkan, maka ini akan mengurangkan hasil kerajaan.
Realiti 5:
Dengan meninggalkan pelaburan dalam insudtri judi, kerajaan sebenarnya sebenarnya boleh melabur dalam pelbagai industri lain seperti industri pertanian.
Dengan mengharamkan industri judi, maka sebenarnya akan berlaku perkembangan dalam pelbagai industri yang lain, kerana wang yang digunakan untuk berjudi akan digunakan untuk permintaan barangan pengguna. Maka perkembangan pelbagai industri lain akan menyebabkan berlakunya peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan.

Mitos 6:
Memenuhi tuntutan pelancong untuk bagi menjadikan judi sebagai satu daya tarikan pelancong.
Realiti 6 :
Majoriti mereka yang berjudi di Malaysia adalah orang Malaysia sendiri. Pelancong hanya tertumpu kepada judi yang besar seperti casino, jadi mengapakah wujudnya judi yang kecil seperti sport toto. Malahan perlukah kita memenuhi tuntutan haram tetamu kita hingga terpaksa melibatkan dengan nilai, maruah dan harga diri.

Mitos 7:
Jika sekiranya industri perjudian ditutup, maka negara akan mengalami masalah pengangguran, dan ini akan menyebabkan berlaku masalah lain dalam negara terutama masalah ekonomi.
Realiti 7:
Di Malaysia, industri judi hanya membuka sedikit sahaja peluang kerja, tidak akan wujud masalah pengangguran sekiranya berlaku penutupan industri judi di Malaysia. Ini kerana sekiranya berlaku penutupan industri judi dan pengguna tidak berjudi, maka wang mereka akan digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang lain. Ini bermakna peningkatan dalam permintaan gunatenaga kerja dalam sektor lain akan lebih meningkatkan . Malahan peningkatannya lebih tinggi kerana industri sektor lain melibatkan pengeluaran barangan berantai (contoh pengeluaran sarung tilam melibatkan bidang membuat kain, akan melibatkan bidang membuat benang, melibatkan bahagian percetakan dan lain-lain berbanding industri judi yang tidak melibatkan sektor lain.

Mitos 8 :
Membiarkan industri perjudian sebenarnya satu strategi politik bagi bangsa Melayu untuk terus berkuasa kerana memenuhi tuntutan masyarakat bukan Muslim.
Realiti 8:
Persoalan yang timbul, adakah selama ini kita memiliki kuasa di Malaysia atas dasar kompromi dengan bangsa lain untuk membenarkan mereka melakukan aktiviti berjudi. Dalam masa yang sama timbul juga persoalan adakah masyarakat bukan Muslim meminta supaya mereka dibenarkan untuk meneruskan aktiviti berjudi secara besar-besaran, dan dengan itu mereka akan memberikan kuasa pemerintahan kepada masyarakat Muslim di Malaysia. Adakah industri judi di Malaysia merupakan tuntutan masyarakat bukan Muslim? Atau ia hanya alasan yang digunakan oleh kita untuk meneruskan dan menghalalkan Malaysia untuk tersu menerus mendokong industri dosa ini.

IMPLIKASI LESEN JUDI SUKAN.

1. Sukan sebagai suatu aktiviti yang sihat akan bertukar menjadi medan pertaruhan untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda oleh penganjur judi.
2. Imej sukan akan tercemar dan akan berlaku kecenderungan untuk berlaku rasuah dan salahguna kuasa bagi mengaut keuntungan pantas dikalangan pelbagai kelompok.
3. Budaya dan tabiat berjudi akan menjadi berleluasa termasuk dikalangan anak muda , bila ada lagi saluran judi tambahan dibenarkan oleh kerajaan disamping pelbagai jenis judi berlesen yang sedia ada.
4. Kesan judi yang menjejaskan institusi keluarga akan semakin bertambah akibat anggota keluarga terpancing untuk mencari jalan singkat mendapatkan wang , namun terpaksa berdepan dengan hutang yang akan mengikat disebabkan terjerat dengan hutang yang diambil sebagai modal untuk berjudi. Selanjutnya institusi keluarga akan tergugat dan seluruh kualiti hidup berkeluarga akan tergugat.
5. Akibat budaya berhutang yang akan semakin subur , disebabkan peluang untuk berjudi akan terbuka luas , lesen judi sukan benar-benar akan menyebabkan Malaysia menjadi Negara syurga untuk berjudi bagi semua jenis kelompok.
6. Berbilion ringgit disalurkan dalam industri judi dikalangan rakyat. Dilaporkan tidak kurang dari RM10 bilion dibelanja dalam berjudi setahun. Dilanggarkan juga dalam setiap daerah terdapat anggaran RM3-RM4 juta sebulan dibelanjakan oleh masyarakat untuk berjudi . Hasil cukai judi yang diperolehi oleh kerajaan dari wang ini tidak akan dapat mengatasi
7. Pengaruh tabiat berjudi akan merentas kepada semua kaum dan penganut agama , oleh itu kesan sosialnya akan juga berleluasa tidak kira etnik dan kepercayaan. Kecenderungan untuk berlaku jenayah sosial akan semakin subur dan tidak dapat dibendung kerana berjudi sering berkesudahan dengan permusuhan dan tekanan untuk mencari jalan keluar yang pantas dikalangan penagih judi.
8. Dikalangan orang Islam , hukum berjudi yang jelas haram tidak akan dihormati akibat ketidakupayaan pihak penguatkuasa untuk memantau orang Islam yang terlibat dengan industri judi.

TUNTUTAN GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH LESEN JUDI SUKAN

Berdasarkan fakta-fakta di atas kami dengan ini menuntut agar perkara berikut dipertimbangkan oleh Majlis Raja-raja Melayu ,Perdana Menteri , semua anggota Jamaah Kabinet , semua Ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri supaya :
1. Membatalkan kelulusan lesen judi sukan yang telah diumumkan pada 6 hb Mei 2010. Adalah suatu yang bertentangan dengan segala tuntutan akhlaq serta prinsip nilai-nilai murni jika acara sukan dijadikan medan judi untuk memancing rakyat supaya mengamalkan budaya hidup berjudi.

2. Menarikbalik lesen judi bagi mana-mana premis judi yang telah menyalahguna lesen yang diberi untuk menerima pertaruhan secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana acara sukan didalam dan diluar negara.

3. Menyebarkan kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya dan akibat judi sebagaimana kerajaan mengadakan kempen mengenai penyalahgunaan dadah dan kesan merokok.

4. Memastikan agar semua premis judi yang sedia ada termasuk judi yang dilakukan melalui internet dan melalui mesej dalam telefon bimbit dipantau dengan rapid an ketat untuk memastikan judi sukan dibendung .





---------------------------
MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID
PENGERUSI
GERAKAN RAKYAT MEMBANTAH JUDI (GMJ)

Tuesday, June 15, 2010

Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 1,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut serta.

Monday, June 14, 2010

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Oleh: Azamin Amin

Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.


Almarhum Ustaz Hassan Shukri

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim
dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan
penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang. - Harakahdaily

Sunday, June 13, 2010

Tahniah PASTI Perlis


Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) mengucapkan sekalung penghargaan kepada Pentadbiran PASTI Negeri Perlis kerana buat julung kalinya berjaya memperoleh Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik Kategori C 2010. Semoga dapat mengekalkan prestasi yang baik ini sejajar dengan peredaran zaman bagi membuktikan PASTI mampu bersaing dengan pusat pendidikan pra sekolah yang lain.

Pemuda sedia cipta pembaharuan dalam PAS - Ketua DPP Pusat


PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi menyeru semua ahli dan pimpinan mengorak langkah ke seluruh negara mengumpul daftar pemilih serta bangun berdemontrasi melawan lesen judi bola pada 3 Julai nanti.


Beliau yang mewakil Dewan Pemuda menyeru para pemuda PAS bersiap sedia menjadi rijal tagyir dalam mencipta pembaharuan dalam PAS.


Memberitahu Pemuda yang mendepani isu pengundi muda 2.2 yang tidak berdaftar untuk mengundi akan dilaksanakan melalui agenda rangka kerja bersama pemuda untuk melakukan gerak-gempur ke seluruh negara, turun padang untuk meraih undi dari orang Melayu dan bukan Melayu.


Dalam perlaksaaan ini, pemuda katanya akan bersama pemuda Pakatan Rakyat bersama-sama menjayakan gerak-gempur ini.


Selain dari itu, beliau juga berharapa program tersebut juga akan dijalankan di peringkat kawasan dan negeri di samping cuba memberikan penerangan dalam beberapa isu yang dimainkan oleh Media UMNO dan BN sejak akhir-akhir ini, supaya setiap pengundi mendapat penjelasan yang baik dalam setiap isu yang dimainkan oleh BN sekalipun mereka kurang terdedah dengan maklumat dari internet.


Beliau berharap agar usaha ini dengan sendirinya dapat menangani tohmahan yang dilemparkan oleh UMNO dan BN selama ini.


Beliau juga menyarankan agar seluruh ahli dan pimpinan turun menyertai demontrasi membantah Judi Bola pada 3 Julai nanti.


Bagi menjayakan lagi bantahan ini, beliau turut menyeru semua mufti di setiap negeri untuk turun bersama menyertai demontrasi ini.


Mengakhiri ucapan tersebut,beliau menyeru semua ahli bangun menentang kerajaan yang menerima Yahudi sebagai penasihat pentadbiran UMNO dan BN.

Aktifkan Lajnah Pekerja PAS - Haji Anuar Tahir


PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, Haji Anuar Tahir hari ini menyeru kepada semua sidang muktamar supaya memberi perhatian terhadap lajnah pekerja di peringkat masing-masing.


Beliau berkata demikian kerana menurutnya, kini biro atau lajnah itu semakin dipinggirkan dalam pertubuhan-pertubuhan politik samada Pakatan Rakyat atau BN sendiri.


"Hanya PAS yang masih memiliki Lajnah Pekerja namun di peringkat cawangan dan negeri lajnah ini kelihatan sudah tidak aktif lagi kecuali negeri Pulau Pinang dan Perak," katanya.


Tambah beliau, pindaan akta pekerja yang bakal dilakukan akan menambah burukkan lagi nasib para pekerja apabila hak pekerja untuk mengadakan piket bakal dinafikan.


"Keadaan ini akan mengakibatkan para pekerja tidak dapat menyatakan bantahan atau pendirian bagi mempertahankan hak mereka pada masa hadapan. Malah Najib sendiri tidak menyatakan jaminannya untuk membela nasib para pekerja," ujarnya.


Katanya, perkara ini amat menyedihkan kerana pekerja merupakan jantung dan tunggak yang membina ekonomi negara.


"Apakah jasa mereka ini akan dilupakan begitu sahaja setelah mereka mencurah tenaga untuk negara," soalnya lagi.


Beliau menyeru kepada semua pihak di setiap peringkat samada cawangan, negeri atau kawasan supaya kembali mengaktifkan lajnah pekerja sekaligus memberi jaminan kepada masyarakat di luar sana bahawa PAS memberi perhatian yang serius terhadap nasib para pekerja.


Tegasnya, perkara ini jika diberi perhatian akan dapat memberi jaminan kemenangan PAS dalam pilihanraya umum akan datang kerana rakyat akan dapat melihat dan meyakini jaminan yang diberikan PAS terhadap masa depan mereka

Saturday, June 12, 2010

PAS perlu lonjakan berganda tangani isu - PAS Perlis



PENGKALAN CHEPA, 12 Jun - PAS perlu melakukan perubahan. Perubahan tersebut itu ialah menangani isu terkini dengan cepat dan tangkas sekaligus melakukan lonjakan berganda atau ‘quantumly’.


Perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim berkata PAS perlu bertindak sebagai parti yang terkemuka dalam memberi penyelesaian umat. Sejajar dengan hadis yang menegaskan akhlak Islam lebih tinggi dari segala-galanya.


"Oleh itu, seluruh ahli PAS melalui pelbagai program pentarbiyyahan perlu terus menegakkan standad Islam yang tinggi," ujarnya.


Antara akhlak yang dituntut dalam jemaah ialah jangan pertikai keputusan pimpinan yang telah diputuskan dan sentiasa menjadikan pimpinan sebagai rujukan dalam segala hal penyelesaian masalah.


PAS merupakan parti yang bersifat terbuka dalam kritikan dalaman atau luaran. Namun katanya, sebarang teguran perlu dilakukan dengan penuh beradab tanpa membuka pekung sendiri.


Tarbiyyah PAS perlu aktif dan bukan pasif. Tarbiyah perlu berbentuk ‘ action oriented’ supaya ahli melaksanakan sejurus apa yang ahli-ahli terima dan faham dalam usrah atau program tarbiyah PAS . Pesanan ini perlu dilakukan berkali-kali supaya ahli tidak leka dan alpa.


Kebejatan dan kebobrokan dalam UMNO merupakan suatu perkara biasa dalam partinya. Namun sebaliknya dalam PAS, adab dan akhlak dalam jemaah merupakan perkara yang dituntut.


"Kita perlu melakukan sebagaimana Rasulullah SAW dikenali sebagai penyempurna akhlak. PAS perlu menjadi ikutan terbaik kepada orang lain dan pakatan rakyat dalam mentadbir negara sebagaimana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijadikan rujukan kepada Pakatan Rakyat.


Wan Kharizal Wan Hazim menerangkan bagaimana Perlis sebuah negeri yang kurang terlibat dalam tsunami politik. Beliau mengumpamakan negeri Perlis ini sebagai sebuah pulau yang dikelilingi negeri dan negara yang tidak diperintah oleh bukan BN iaitu Kedah dan Thailand. Namun begitu , PAS Perlis bertekad untuk menang dalam PRU 13 nanti.

Friday, June 11, 2010

Pendidikan, Motivasi & Kerjaya | Presiden mahu peranan pemuda dan muslimat diperkasa


PENGKALAN CHEPA, 11 Jun: Dewan Pemuda PAS digesa memperkasakan peranan mereka khususnya menangani golongan muda yang kini sedang dirosakkan pemikiran mereka dengan pelbagai budaya negatif.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemuda PAS selaku pelapis kepada kesinambungan perjuangan Islam perlu merangka strategi bagi mendekati golongan muda ini.

"Dekatilah mereka, bawa dan pimpinlah generasi muda yang ada diserata tempat dalam negara kita ini kepada cahaya Islam yang akan menerangi hati serta jiwa mereka," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada muktamar PAS hari ini.

Pemuda PAS juga katanya perlu meneroka ruang-ruang dakwah yang masih luas bagi menyampaikan kefahaman Islam yang syumul kepada masyarakat.

Di peringkat antarabangsa, peranan pemuda PAS juga katanya perlu diperhebat sebagai pendedahan menjadikan pemuda lebih matang, berketerampilan sekaligus menjadi aset penting perjuangan parti.

Sehubungan itu, pemuda PAS diseru meningkatkan penguasaan ilmu dan akidah perjuangan bagi menggerakkan perubahan.

"Kerana itu mereka perlu digandingkan dengan kepimpinan lama dalam melaksanakan tugas kepimpinan.

"Kecergasan merekalah yang akan banyak membantu seluruh saf kepimpinan dalam melaksanakan tugas yang mencabar," katanya.

Mengulas peranan Dewan Muslimat pula presiden berkata, sudah tiba masanya PAS mengisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding menyampaikan dakwah.

Ini perlu katanya kerana suasana kini dibanjiri dengan pemikiran yang menyerang umat dan merosakkan masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

"Sudah tiba masanya diisytiharkan muslimat wajib bersama muslimin untuk berganding secara berjadual mengikut peranan dan tugas yang dibahagikan tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga yang menjadi asal tugasnya, dalam masa yang sama menolak serangan budaya negatif yang telah masuk ke dalam rumah, keluarga dan masyarakat," katanya.

Beliau juga berkata, dalam konteks perjuangan Islam secara demokrasi dan muwajahah silmiyyah, para muslimat turut berkewajipan menegakkan Islam.

Ujarnya, penglibatan muslimat dalam pilihan raya, samaada sebagai calon atau petugas, amat dihormati oleh kawan dam digeruni lawan.

"Teruskan keterlibatan para muslimat sekalian, dengan struktur yang lebih tersusun dan perancangan jangka pendek dan panjang, supaya sumbangan mereka itu akan leboh berkekalan kepada perjuangan kita ini," katanya.

Sehubungan itu katanya, satu penghargaan wajar diberikan kepada seluruh ahli dan kepimpinan Dewan Muslimat PAS, jentera HalWa dan Nisa' di atas penglibatan mereka dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

"Penglibatan mereka amat besar ertinya dalam sebuah perjuangan Islam di Malaysia ini. Muslimat telah membuktikan keupayaan mereka dengan penuh kecekalan dam kesanggupan mengharungi kepayahan dalam misi dakwah," katanya.

Kepimpinan parti juga sentiasa membuka ruang kepada para muslimat yang berwibawa, mampu dan layak untuk menjadi calon Muslimat dalam pilihan raya dan mengalu-alukan penglibatan mereka di peringkat pembuat dasar.

http://www.harakahdaily.net

Thursday, June 10, 2010

PAS jangan dilihat kuat hanya kerana Umno lemah!


KOTA BHARU, 10 Jun - Perwakilan Pemuda PAS Perlis, Mohd Iqbal Mohd Shariff menyarankan agar PAS tidak dilihat kuat hanya kerana kelemahan Umno/Barisan Nasional, sebaliknya kata beliau, kekuatan yang perlu diperlihatkan ialah kekuatan sebenar yang mana dalamnya dipacu dengan tarbiyah yang kuat bagi menampilkan kepimpinan dan ahli yang mantap.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat sempena Muktamar Pemuda PAS ke-51 di KTC dekat sini 10 Jun lalu.

Ujar Mohd Iqbal, hari ini PAS menjadi parti yang diperhatikan dn dipilih rakyat setelah Umno/BN semakin lemah dan menuju kehancuran. Namun, dalam menjadi sebuah parti yang diyakini rakyat, PAS perlu menampilkan kekuatan sebenar dan bukan bergantung kepada hanya kelemahan musuh, katanya.

Beliau menyeru agar program tarbiyah diperkuatkan bukan hanya sekadar usrah, sebaliknya menjana program mukhyyam dan tamrin. Justeru selaku golongan pelapis dalam PAS, Pemuda diharapkan menggalas tanggungjawab ini untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sangat mantap dalam usaha menuju ke Putrajaya, kata Mohd Iqbal.

Sementara itu membahaskan ucaptama Ketua Pemuda juga, perwakilan Terengganu memperihalkan persoalan tarbiyah yang jangan hanya dilihat dijalankan oleh Lajnah Tarbiyah sahaja, sebaliknya sebagai ahli PAS, perlu bersedia untuk ditarbiyah dan mentarbiyah rakyat yang diluar PAS untuk menyeru kalangan pemuda berdamping dengan PAS.

"Kita perlu berpijak di bumi yang nyata, seluruh kerusi Parlimen yang ditandingi PAS semuanya 90 peratus lawannya ialah Umno, dan kita kena faham sasaran dakwah ialah Umno yang merupakan orang Melayu," katanya lagi.

Beliau juga melihat ramai pemuda hari ini yang mengikut membabi buta, sedangkan seharusnya Pemuda PAS perlu faham ada dua tanggungjawab dakwah.

Pertamanya kata Kamaruzzaman, dakwah Ismamiyah (non muslim)yang mana lapang sasarnya ialah kepada bukan Islam dalam mendidik golongan ini memahami dasar Islam, katanya.

Seterusnya dakwah kepada orang Islam yang belum ditarbiyah iaitu kebanyakannya orang Islam Umno. Beliau mengingatkan agar PAS jangan hanya tumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi bukan Islam, sebaliknya sama-sama menggarab sokongan kedua-dua pihak

10 elemen pacu perjuangan Pemuda PAS




KOTA BHARU, 10 Jun - Dewan Pemuda PAS menekankan bahawa perjuangannya adalah berlandaskan manhaj tarbiyah, dakwah dan siasah [politic] an-Nabawi. Sekurang–kurangnya 10 elemen utama yang menunjangi manhaj tarbiyah, dakwah dan siasah [politic] Baginda Rasul s.a.w :

• Menanam Aqidah
• Menyelamatkan Maruah
• Membina Ukhuwwah
• Menyatupadukan Ummah
• Membenteras Kezaliman
• Mendirikan Institusi Masjid
• Membina Penguasaan Ekonomi Serantau
• Mewujudkan Jaring Hubungan Antarabangsa
• Mengasaskan Kaedah dan Garis Pandu Mendepani Musuh

Elemen-elemen ini mestilah difahami oleh setiap ahli dewan Pemuda PAS agar pemantapan organisasi ini dapat direalisasikan. Seluruh kepimpinan dan ahli pemuda diseru supaya berusaha memiliki keupayaan par excellence ini dalam usaha memacu perubahan yang dicita-citakan. Pemerkasaan aktiviti tarbiyyah, pembudayaan intelek dan pembinaan kualiti ahli menjadi matlamat utama dalam menyediakan Pemuda PAS yang siap-siaga mendepani krisis dan cabaran semasa yang melatari negara hari ini.

Tuesday, June 08, 2010

PAS mahu Kerajaan tambah 12 Ketetapan lagi berhubung Usul kutuk Israel

KENYATAAN MEDIA
PAS MAHU KERAJAAN TAMBAH 12 KETETAPAN LAGI BERHUBUNG
USUL KUTUK ISRAEL


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:


1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.

2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.

4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.

5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

7. Malaysia wajib mengesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestine-Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang berlayar ke Palestine dari serangan tentera Israel.

8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara ASEAN, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan Israel.

11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestine dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestine di rantau ASEAN.

12. Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestine yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program Kerajaan-kerajaan dunia.


PAS mahu Kerajaan menunjukan sikap yang serius terhadap Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan. Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk dibawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestine.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, June 03, 2010

Kunjungan Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat ke atas MB Perlis

KANGAR - Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat yang diketuai oleh Mazlan Aliman telah mengadakan kunjungan ke atas Menteri Besar Perlis Dato' Dr Md Isa Sabu di pejabatnya hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu, Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menjelaskan bahawa kunjungan beliau ini adalah kali yang ke 11 diadakan ke atas Menteri Besar dan Ketua Menteri di seluruh negara dalam rangka membincangkan pelbagai isu membabitkan tanah rancangan seperti Felda dan Felcra untuk perhatian kepada kerajaan negeri.

"Banyak isu yang berbangkit khususnya tentang penyelarasan di antara kuasa kerajaan pusat dan negeri. Pelbagai isu seperti hak milik tanah, masalah generasi kedua peneroka perlu diajukan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan. Kita tahu bahawa Felda telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan Felcra pula pada tahun 1966, mungkin banyak perkara-perkara yang ada dalam perundangan sudah tidak relevan pada masa ini," jelasnya kepada Md Isa.

Dalam pertemuan tersebut, Mazlan diiringi lima orang ahli jawatankuasa lajnah. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan dan Ahli Jawatakuasa PAS Padang Besar, Mohd Razi Mustaffa.

Mohd Razi yang juga Pengerusi Lajnah Petani dan Peneroka PAS Padang Besar turut membangkitkan masalah purata pendapatan hasil getah peserta Felcra Lubuk Sireh yang begitu rendah berbanding peserta Felda Mata Ayer dan Rimba Mas serta pengusaha pesendirian.

Jelasnya, secara purata dari tahun 1998 hingga 2008 peserta Felcra Lubuk Sireh hanya memperolehi pendapatan kira-kira seperlima daripada mereka yang mengusahakan sendiri ataupun peneroka Felda.

Md Isa yang menyambut baik kunjungan Mazlan dan rombongannya menjelaskan kerajaan negeri turut prihatin dengan permasalahan hak milik tanah rakyat Perlis serta masalah generasi kedua di tanah-tanah rancangan.

Di akhir kunjungan itu, Mazlan menyerahkan memorandum daripada Anak berkaitan masalah dan tuntutan generasi kedua dan ketiga Felda kepada Md Isa.