Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, April 28, 2010

DAP DAHULUI PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT

Dari blog Pak Tih Aris Awang

Pemuda dan pemudiku petugas pilhanraya.

Seluruh petugas pilihanraya PAS dari berbagai negeri yang dihantar mengikuti kontijen negeri dan kawasan masing-masing mungkin sedang sebok berkempen di Hulu Selangor sekarang.

Walaupun sebok, cubalah teliti jadual dibawah mengenai Pendaftaran baru pemilih oleh parti-parti tahun 2009 dan sehingga Februari 2010.

Senarai ini tidak termasuk pemilih yang mendaftar sendiri di pejabat POS, Pejabat SPR atau yang SPR tolong daftar.

Untuk tahun 2009 parti Barisan Nasional (BN) telah berjaya mendaftar melalui PPS mereka ialah sebanyak 26,962 orang dan tahun 2010 ialah 5,490 orang, oleh itu jumlah keseluruhan sehingga Februari 2010 ialah bersamaan 32,452 orang.

Sementara untuk parti Pakatan Rakyat (PR) telah mendaftar pemilih mereka melalui petugas Penolong Pendaftar Sementara (PPS) untuk tahun 2009 ialah sebanyak PAS 17,022, PKR 3,331 dan DAP 17,790 bersamaan 38,143 orang. Dicampur pula sehingga Februari 20101 iaitu PAS 2,379, PKR 1,320 dan DAP 3,182 menjadikan jumlah keseluruhan sehingga 2010 ialah 44,967 orang.

Jika inilah corak pemilih yang berlaku, iaitu pemilih yang berdaftar melalui PPS parti masing-masing maka untuk pemilih 2009 sehingga Feb 2010 Pakatan Rakyat telah memenangi dengan majoriti 12,515 undi!!!.

Namun apakah hakikat ini akan berlaku, Apakah komponen BN akan berdiam diri melihat situasi ini. Apakah tiang gol akan dilarikan oleh pengadil? segala kemungkinan akan berlaku.
BACA SELANJUTNYA

PRK Sibu Menanti Para Pejuang..

Sibu: Robert Lau lawan Wong Ho Leng?

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen Sibu, akan diumumkan esok.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, nama calon itu akan diumumkan di Kuching sekembalinya beliau daripada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya fikir ia bukan lagi rahsia siapakah calon BN untuk pilihan raya kecil
Sibu tetapi saya harus menunggu untuk mendapatkan kebenaran daripada Perdana
Menteri yang juga Pengerusi BN," katanya.

Semalam, menurut Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, parti itu sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN.

Katanya, jawatankuasa kerja pusat SUPP bersetuju Robert Lau Junior dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Sibu kerana beliau merupakan calon terbaik.

Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri berkata sebagai pelan kontinjensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua "jika pucuk pimpinan BN berpendapat Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN.

Hui Yew, 45, atau lebih mesra dikenali sebagai Robert Lau Junior, merupakan sepupu kepada penyandang kerusi Sibu selama lima penggal, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Beliau diuar-uarkan dipilih sebagai calon BN berikutan penyertaan aktif beliau dalam parti dan perwatakannya yang mesra dan mudah didekati, khususnya dalam menyelesaikan masalah penjaja di bandar Sibu.
Sementara itu, DAP, pula diramal meletakan ketuanya di Sarawak, Wong Ho Leng sebagai calon di Sibu.

Menurut sumber, Wong yang sebelum ini bertanding dua kali menentang Robert Lau tetapi tewas adalah pilihan parti itu yang akan diumumkan oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis makan malam esok.

Wong bukan muka baru dalam politik Sarawak dan adalah antara enam pemimpin DAP yang berjaya memenangi kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya negeri Sarawak 2006.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Mengikut daftar yang lalu, Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis

Tuesday, April 20, 2010

PAS: Hentikan rancangan 18SX, 18SG

Petikan Malaysiakini

Bagi membendung peningkatan kes jenayah seks, PAS mendesak kerajaan menghentikan penayangan rancangan televisyen dan filem yang berunsur seks (18SX) dan ganas (18SG) dihentikan.

"PAS tegas agar rancangan (yang dikategorikan sebagai) 18SX dan 18SG tidak lagi dibenarkan penayanganya dalam sebarang media di negara ini.

"Ini semua penting sebagai langkah pencegahan di peringkat awal, di samping memberikan didikan dan pemahaman kepada rakyat tentang seriusnya peningkatan jenayah seks ini," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat begitu banyak rancangan dalam kategori kategori tersebut dipaparkan di kaca televisyen.

Idris membuat gesaan itu sebagai respons kepada jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memberitahu parlimen, terdapat peningkatan 50 peratus jenayah seks di negara ini sejak 2005-2009.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga berkata, Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan jenayak seks yang diamalkan selama ini "mempunyai masalah".

"Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan, termasuk kerajaan negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama," katanya.

Idris menambah, teknologi semasa - seperti penyebaran klip video melalui MMS, VCD dan DVD lucah - yang disifatkannya sebagai "rangkaian media lucah" - yang terlalu banyak dalam pasaran turut menyumbang kepada peningkatan gejala negatif itu.

"Di sudut yang lain, PAS tetap melihat (hukum) hudud sebagai undang-undang terbaik yang perlu dimasukkan dalam enakmen syariah di semua negeri bagi memastikan wujudnya undang-undang yang lebih tegas, sesuai dengan kehendak Allah yang telah memberikan cara terbaik bagi manusia mengatasi jenayah tegar sebegini.

"PAS berharap kerajaan persekutuan melihat keperluan undang-undang ini dan memberikan sokongan kepada negeri-negeri di negara ini bagi menguatkuasakan undang-undang ini," katanya.

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Malaysiakini melaporkan Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.


Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

Monday, April 19, 2010

Engkau Pergi Juaaaa.....

Catatan Setpol MB Kedah

Jam 3.26 petang, hari khamis tanggal 15 April 2010, YB Tan Wei Tsu melakukan apa yang dia usahakan sejak Mei 2008. Cuma dia lakukan berseorangan, tidak berempat seperti yang dihajatkan untuk mencukupkan bilangan 5 seperti diminta oleh 'pembeli' kerusi di kedah.

Dia menghadapi masalah dengan pimpinan partinya, berpunca daripada 'power bargain' yang tercetus sejak Mei 2008. Sejak berita turun naik harga 'komodoti' kerusi ADUN di Kedah, nama YB Tan pasti muncul bersama YB Lunas. Ia sampai kepada saya dalam pelbagai cara, dan setiap sumber membawa versi yang sama.

YB Lunas agak baik harganya sewaktu PRK Permatang Pauh, dan YB Tan juga memilih tarikh PRK - Hulu Selangor. Pada jam 3.15 petang itu, saya cuba mengesahkan cerita itu dengan bekas pembantu pribadinya. Dia mengesahkan telahan saya dan bila ditanya kenapa kamu tak ikut sekali...selamba saja dia jawab... ' Saya tiada value'.

Saya yakin, pimpinan partinya di Kedah tidak akan pergi sejauh itu menghentam beliau, malah akan terus membimbing dan mententeramkan YB Tan selepas tidak dilantik menjadi EXCO dalam rombakan Mac lalu, kalau tidak kerana 'power bargain' yang turut disertai oleh YB Tan. Siapa yang tak marah jika tawar menawar terus dilakukan setelah beberapa pertemuan peringkat tertinggi dilakukan untuk mengenalpasti masalah dan mendengar luahan rasa YB-YB PKR Kedah.

Saya sudah mengira YB Tan berada di sebelah 'sana' sejak dia tidak dilantik semula, cuma menunggu masa bilakah saatnya kiraan saya itu boleh dijumlahkan. YB Tan hanya mencipta perkelahian yang lebih parah dengan cabar-mencabar dengan pimpinannya supaya dia punya sebab yang kukuh dan selamat untuk cross the bridge. Alasan ini terpaksa 'dibajai' setiap hari supaya ia cukup-cukup subur untuk mempengaruhi tiga lagi Adun supaya turut menyeberang. Tapi waktu yang 'memberi nilai' sudah tiba di PRK Hulu Selangor, maka adunan alasan dan nilai pasaran memaksa YB Tan pergi seorang dulu menyertai kem YB Lunas.

Saya menyimpan 6 kotak cerita disebalik perginya dua YB itu, yang saya pilih untuk dirahsiakan. Biarlah ia tersimpan dalam koleksi sejarah sewaktu saya bertugas sebagai Setiausaha politik YAB MB Kedah. Tengoklah berapa lama ia mampu dikunci dalam kotak-kotak itu. YB.....Hujung minggu ni ada mana?

Thursday, April 15, 2010

Selamat Berjuang....


SELAMAT BERTUGAS KEPADA KONTINJEN PAS PERLIS DI PILIHANRAYA KECIL P94 HULU SELANGOR YANG DITEMPATKAN DI UPU SUNGAI SELISIK DI DUN HULU BERNAM.

Tuesday, April 13, 2010

USUL DUAPULUH (USUL ISYRIN)

ASAS PERTAMA(samb. )

5. Islam adalah kekuatan:
Islam adalah kekuatan. Sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam menyeru kepada kekuatan. Seorang Islam tidak lemah dan beku.
Pada hakikatnya, Islam memandang berat soal kekuatan dan dengan
terus terang menuntut agar mencari sebab-sebab yang membawa kepada kekuatan, firman Allah :
‘Dan siapkanlah apa saja kekuatan yang kamu sanggupi’. (S 8:60)
Rangkaikata Al-Quran ini datang dalam suatu bentuk yang sangat
menarik dan umum, mencakup seluruh jenis kekuatan, sama ada kekuatan itu boleh dicapai semasa turunnya Al-Quran atau pada masa-masa kebelakangan.
Tuntutan persediaan kekuatan dalam ayat ini adalah merupakan satu tuntutan wajib. Oleh yang demikian ummat Islam adalah wajib menyediakan sebab-sebab untuk menjadi kuat sedaya mampu, sesuai dengan masa dan tempat. Kekuatan tidaklah terbatas kepada kekuatan senjata, malah melewati batas ini hingga merangkumi semua perkara yang boleh menjadikan seorang Islam itu kuat, seperti ilmu pengetahuan, kekayaan, perusahaan dan lainnya.
Apabila tiap-tiap Muslim itu kuat, ummat Islam secara keseluruhan akan menjadi kuat. Oleh kerana untuk mencari dan mencapai kekuatan di zaman moden ini memerlukan kepada daya usaha, ilmu pengetahuan; menyediakan pelbagai bentuk, cara dan wasilah; mempelajari segala jenis perusahaan dan berbagai jenis ilmu seperti ilmu kimia dan fizik. Ini meliputi bidang mendirikan fabric dan industri, melakukan percubaan-percubaan dan mempelajari ilmu
pengetahuan yang telah dicapai oleh orang bukan Islam dalam bidang kebendaan. Oleh kerana pencapaian kekuatan adalah bergantung kepada perkara-perkara ini, maka kita mengatakan bahawa mempelajari perkaraperkara tersebut adalah menjadi fardhu kifayah kepada ummat Islam. Dengan kata lain haruslah ada di kalangan ummat Islam suatu bilangan yang cukup untuk menunaikan tanggungjawab mencari sebab-sebab yang membawakan
kekuatan yang seharusnya ada pada ummat Islam. Hal ini kita katakan sesuai dengan kaedah fikah yang mengatakan:
‘Bila kesempurnaan sesuatu yang wajib terhenti kerana wujudnya suatu perkara yang lain, maka perkara tersebut adalah juga wajib’.
Selain dari itu kekuatan jiwa, anggota dan kekuatan akal adalah termasuk dalam pengertian kekuatan yang harus ada pada ummat Islam. Oleh yang demikian tiap tiap Muslim wajiblah mencari dan melakukan perkara-perkara yang dapat memberikan kekuatan kepada beliau. Kekuatan jiwa dapat dicapai dengan iman; kekuatan anggota dapat dicapai dengan senaman, menunggang dan lainnya, kekuatan akal pula dicapai dengan ilmu. Lantaran inilah Mursyid telah mewasiatkan beberapa perkara yang dapat memberi kekuatan jiwa, badan dan akal saudara. Saudara haruslah menyedari bahawa kebenaran memerlukan kekuatan yang dapat mempertahankannya.
Ini adalah sunnah Allah dalam hidup. Lantaran itu Islam tidak mengabaikan soal kekuatan malah menuntutnya demi untuk menjaga dan mempertahankan kebenaran yang dibawanya. Jika kita mengatakan bahawa menyediakan kekuatan itu suatu perkara pasti dan wajib pada masa silam, maka kepastian dan kewajipan itu lebih penting dan menonjol di zaman moden ini. Kerana ummat Islam hari ini tidak ubah seperti sekeping serpihan roti yang dikerumuni oleh semut. Bangsa-bangsa dan ummat yang mengerumuni ummat Islam ini tidak akan dapat diusir dan disingkirkan kecuali dengan kekuatan dan kita jamaah Ikhwan Muslimun sebagai duat (pendakwah) kepada
jalan Allah, sebagai barisan depan bagi ummat yang beriman, barisan yang ingin menyedarkan ummat Islam, amat memerlukan kekuatan yang membolehkan kita mencapai matlamat ini.
Kekuatan kita ini haruslah terjelma dalam bentuk kekuatan persediaan, iman, ilmu dan kekuatan tanzim (organisasi). Selagi
kekuatan ini tidak dapat mengatasi kekuatan jamaah-jamaah yang bathil kita tidak akan dapat mencapai matlamat kita. Oleh yang demikian kita haruslah mempertanggungjawabkan diri kita masing-masing untuk mewujudkan kekuatan ini dan Allah akan menolong kita jika kita berusaha mencarikan sebabsebab yang membawakan kepada kekuatan ini.

6. Islam adalah rahmat.
Rahmat yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah perasaan lemahlembut dalam hati yang mendorong manusia untuk menolong orang-orang lemah dan berhajat, atau memaafkan orang yang tersilap, tidak melakukan tindak-balas terhadap perbuatan jahat orang lain dan merasakan simpati di atas bencana yang menimpa orang lain.
Sifat-sifat ini akan merupakan akhlak yang tinggi jika digunakan pada tempat yang sewajarnya. Sifat rahmat dan belas kasihan hanyalah wujud dan berfungsi sewaktu ianya dapat menolong pelaksanaan hukum-hukum Allah. Dalam menghukumkan mereka yang melakukan jenayah zina Allah berfirman:
‘Sebatlah lelaki dan perempuan yang melakukan zina seratus rotan. Janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu dari (menjalankan) agama Allah.” (S. 24:2)
Demikianlah juga pada hukum-hukum yang lain. Perasaan rahmat dan
belas kasihan tidak seharusnya diberikan kepada musuh Allah, musuh yangm menjadi batu penghalang di jalan Allah sekalipun mereka itu terdiri dari keluarga yang hampir. Lantaran inilah kita lihat para sahabat yang mulia telah memerangi ayah, bapa saudara, anak saudara dan keluarga mereka yang akrab dalam peperangan Badar, Uhud, Khandak kerana mereka musuh Allah yang menjadi batu penghalang di jalan Allah.
Perbuatan seseorang yang menyakitkan kita adalah digalakkan supaya
dimaafkan. Kemaafan yang diberikan oleh seseorang sedangkan beliau berupaya melakukan tindakbalas adalah dianggap sebahagian daripada rahmat. Rahmat dan belas kasihan haruslah diberikan kepada mereka yang lemah, miskin, mereka yang terpisah dari keluarga, orang-orang sakit, orang tua dan orangorang yang berhajat kepada bantuan dan pertolongan. Perasaan rahmat dan belas kasihan haruslah wujud di kalangan Ikhwan Muslimin sewaktu mereka
membentuk masyarakat Islam dan berusaha mencorakkannya dengan corak Islam. Perasaan ini haruslah wujud di kalangan mereka baik secara diam-diam atau terang-terangan, tetapi kita lebih mengutamakan secara diam diam.

7. Islam adalah keadilan
Keadilan yang dimaksudkan oleh Mursyid di sini ialah memberikan hak
kepada mereka yang berhak dengan tidak berlaku sebarang kekurangan, kerana keadilan wajib diberikan kepada semua insan, baik Muslim atau kafir, musuh atau kawan, keluarga atau bukan keluarga. Allah berfirman:
“Dan jangan kebencian terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (S 5:8)
Keadilan akan berlaku melalui hukuman dan kehakiman, juga berlaku
dengan pujian, sanjungan, celaan, kritik dan kecaman. Keadilan boleh berlaku dalam keadaan redha atau marah. Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam sewaktu saudara menghukum antara dua orang, saudara juga tidak berlaku adil sewaktu saudara berlebihan memuji orang yang tidak berhak menerima separuh daripada pujian yang saudara berikan. Bukanlah adil jika saudara berlebihan mengecam seorang yang tidak berhak menerima satu persepuluh dari kecaman
saudara. Bukanlah adil jika saudara memuji semasa suka dan mengeji semasa benci. Bukanlah adil jika saudara berlaku kejam terhadap mereka yang bukan keluarga saudara atau musuh yang menyakiti saudara, sedang saudara menutup pandangan dari perbuatan keluarga, kawan dan orang yang berlaku baik kepada saudara.

8. Islam adalah pengetahuan.
Islam adalah pengetahuan sebagaimana yang dikatakan oleh Mursyid
adalah bermaksud bahawa menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat kepada kita dengan Qadar yang mencukupi adalah sebahagian dari ajaran Islam.
Islam tidak melarang seseorang muslim meluaskan ilmu pengetahuannya tentang kejadian alam, perusahaan dan pelbagai ilmu kebendaan yang lain yang termasuk dalam pengertian pengetahuan. Pengetahuan yang dapat menjadi bekalan manusia dalam usaha memajukan bumi dan menggunakan kekayaannya dengan baik; pengetahuan yang dapat menolong manusia dalam membongkar rahsia alam yang tersembunyi. Tetapi sewaktu manusia meluaskan
ilmunya dalam perkara-perkara tadi beliau haruslah mengingati Allah yang memberikan akal dan fikiran yang waras kepadanya, Allah menjadikan alam ini dalam keadaan mudah digunakan manusia. Pengetahuan yang diperolehinya haruslah bertujuan mencari kebajikan dan keredhaan Allah.


to be continued..

Monday, April 12, 2010

USUL DUA PULUH (USUL 'ISYRIN)


ASAS PERTAMA:

Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh
kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firman Allah:

“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28)

Menyeluruh kerana Islam menghukum seluruh urusan hidup manusia,
menghukum segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia dan perkara yang bersangkut dengan apa yang mereka lakukan. Ini dibuktikan oleh firman Allah:

“Tiadalah kami alpakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab” (S 6:38)

dan firman Allah:

“Untuk menjelaskan segala sesuatu”(S 16:89)

Di atas dasar sifat-sifat Islam yang tetap dan tiada berubah inilah Al-
Mursyid Hasan Al-Banna Rahimahullah telah berbicara dalam asas yang pertama ini untuk menjelaskan sebahagian dari perkara-perkara yang terkandung dalam Islam. Penjelasan yang dibuat oleh Al-Mursyid ini diperkuatkan lagi oleh Al-Quran, yang mana di dalam Al-Quran kita dapati ayat-ayat yang bersangkutan dengan hukum, ayat-ayat yang bersangkutan dengan sembahyang, ayat-ayat yang bersangkutan dengan mu’amalat, kehakiman dan seterusnya.

1. Islam adalah negara:
Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah, malah Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenal: dalam istilah fiqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu.

Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu
dari cabang undang-undang. Negara (daulah) menurut pandangan Islam adalah negara fikrah, fikrah Islamiah. Oleh itu daulah dalam Islam adalah daulah fikrah, bukan qaumiah, bukan jenis dan bukan iklim.

Ketua negara dipilih melalui orang-orang Islam sesuai dengan syaratsyarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat: kemampuan dan amanah. Tujuan dan perlantikan ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya. Kedudukan dan peranan individu dalam negara Islam amatlah menonjol dan berfungsi, tidak dipendap dan diabaikan.

Individu adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan negara agar tidak menyeleweng dan bertanggungjawab terhadap ketua negara agar beliau menunaikan kewajipannya. Atas dasar ini, individu adalah berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala pihak negara pula adalah bertanggungjawab terhadap individu, bertanggungjawab dalam memberikan jaminan hidup yang mulia kepada individu.

2. Islam adalah watan:
Islam adalah watan, sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid
adalah bermaksud bahawa Islam telah menerangkan pengertian watan, dan watan bagi seorang muslim ialah semua negara Islam (Darul Islam). Yang dimaksudkan dengan negara Islam pula ialah: seluruh iklim yang dialami oleh orang Islam, kekuasaan dalam iklim tersebut adalah di tangan orang Islam dan mereka melaksanakan hukum-hukum Islam dalam iklim itu. Tiap-tiap individu muslim adalah berkewajipan mempertahankan dan menghalang musuh dari merampas Darul Islam. Kewajipan ini adalah merupakan hak sebuah Darul Islam terhadap seoang Muslim.

3. Islam adalah ummat:
Ummat yang dimaksudkan oleh Al-Mursyid di sini ialah suatu jamaah
manusia yang disatukan oleh suatu ikatan. Ikatan ini menjadikan mereka suatu jamaah yang berbeza dari jamaah-jamaah lain, bersatu dan bertaut antara sesama mereka dan ingin hidup bersama dengan penuh harmoni.

Islam membangunkan ummat ini di atas asas aqidah Islamiah. Aqidah
adalah ikatan yang paling kuat dan abadi. Setelah manusia terjalin dalam ikatan aqidah Islamiah, perbezaan jenis, bahasa atau iklim tidak lagi menjadi suatu hal yang penting. Dengan aqidah Islamiah sahaja sudah cukup untuk membentuk suatu ummat. Sesuatu yang lain dari aqidah Islamiah tidak akan mampu untuk membina suatu ummat. Dalam Al-Quran Allah berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.” (S 49:10).
FirmanNya lagi:

“Sesungguhnya inilah ummat kamu, ummat yang satu, dan Aku Tuhan kamu, maka sembahlah Aku. “(S 21:92)

4. Islam adalah akhlak
Islam adalah akhlak. Sebagaimana yang diterangkan oleh Al-Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak amatlah jelas, kerana Al-Quran telah menyebutkan akhlak-akhlak yang baik, iaitu akhlak yang menjadi sifat-sifat orang mukmin.

Al-Quran menyebutkan sifat-sifat ini dengan cara memuji, menyukai dan menyeru agar berakhlak dengan sifat-sifat tersebut. Al-Quran telah memuji Rasulullah s.a.w. kerana akhlaknya yang tinggi, firman Allah:

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi-pekerti yang agung”. (S 68:4)

Dalam hadis yang mulia disebutkan:

‘Saya (rasul) hanyalah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia’

Dan diriwayatkan dari Aisyah (r.a), sewaktu beliau menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata:

‘Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran’.

Akhlak adalah mempunyai kedudukan yang menonjol dalam dakwah
ikhwan dan ikhwan sentiasa mewajibkan diri mereka agar berakhlak dengan akhlak yang dituntut oleh Islam. Atas dasar ini amatlah salah mereka yang mengatakan bahawa, oleh kerana melihatkan ikhwan amat menitik beratkan soal-soal umum, seruan untuk berakhlak tinggi dan mulia adalah bertentangan dengan dasar ikhwan. Mereka yang menganggap demikian adalah salah kerana akhlak adalah merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Amatlah tidak layak bagi ikhwan mengabaikan sesuatu yang dibawa oleh Islam. Selain dari itu
kesempurnaan amal adalah bergantung kepada kesempurnaan maknawi (batin) dan akhlak yang tinggi dan mulia adalah tergolong dalam pengertian maknawi yang akan membuahkan amal yang saleh.

Adalah sia-sia kalau kita hanya memperbaiki lahiriah manusia dan menuntut mereka supaya melakukan amal saleh sedangkan kita membiarkan batinnya menjadi mangsa kepada akhlak yang keji. Oleh yang demikian akhlak sepatutnya mendapat perhatian berat dan jiwa
haruslah dididik dengan akhlak yang mulia.

Akhlak tidak harus dibataskan dalam lingkungan sifat-sifat mulia yang
telah diketahui umum seperti berbicara dengan lemah-lembut, manis muka dan rendah diri. Malah medan akhlak amatlah luas sebagaimana yang telah digambarkan oleh Aisyah sewaktu menerangkan akhlak Rasulullah s.a.w. ‘Akhlaknya adalah Al-Quran. Oleh yang demikian segala sifat-sifat yang mulia yang dituntut oleh Al-Quran adalah termasuk dalam pengertian akhlak.

Sifat sabar, tetap pendirian, tabah, mulia diri, benar, menunaikan janji, tinggi himmah, ikhlas dan sifat-sifat yang lain adalah termasuk dalam akhlak yang tinggi dan mulia. Sifat-sifat yang bertentangan dengan sifat-sifat yang tersebut seperti keluh-kesah, hilang pertimbangan, ragu-ragu, munafik, hina-dina, dusta, penipu, riak, dan sifat-sifat keji yang lain adalah dituntut supaya ditinggalkan,
dan membersihkan diri daripadanya. Apabila diri telah bersih dari akhlak yang keji ini dan apabila diri telah terhias dengan akhlak yang tinggi dan mulia, seorang Islam akan mempunyai peribadi yang kuat, padu, mengutamakan yang baik, berpengaruh dalam hidup dan tabah dalam menghadapi kebatilan.



to be continued...

Friday, April 09, 2010

Pilihanraya Kecil Lagi.... Pening kepala SPR...

Malaysiakini melaporkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
---------------------------------------------
EHH... KOTA SIPUTEH BILA PULAK ????

Sidang DUN Perlis: Masalah disiplin pelajar sekolah meningkat

KANGAR - Masalah disiplin pelajar sekolah rendah dan menengah di Perlis semakin meningkat pada tahun 2009 berbanding tahun 2010.

Ini termasuk peningkatan dalam bagi mereka yang tebabit dalam salahlaku jenayah dan kes lucah.

Berpandukan rekod dari Jabatan Pelajran Negeri, bilangan murid sekolah rendah yang terbabit dalam pelbagai kesalahan adalah seramai 731 orang pada tahun 2008 dan meningkat kepada 1,176 pada tahun lalu.

Bagi sekolah menangah pula, bilangan pelajar yang terbabit dengan pelbagai salah laku ialah 985 orang pada tahun 2008 dan meningkat kepada 2,188 pada tahun lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu yang menjawab pertanyaa lisan Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 6 April lalu.

Pelajar-palajar ini terbabit dalam lapan kategori salah laku iaitu jenayah, kes lucah, kekemasan diri, tidak menepati masa, kurang sopan, tingkah laku musnah, ponteng dan kenakalan.

Jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah yang terbabit dalam kesalahan jenayah pada tahun 2008 ialah seramai 256 orang, manakala jumlah ini ini meningkat kepada 470 pada tahun 2009.

Selain itu, mereka yang terbabit dengan kes lucah pula ialah seramai 57 orang pada tahun 2008 dan meningkat kepada 119 orang.

Sidang DUN Perlis: Ucapan YB Simpang Empat

KANGAR - Pelbagai slogan yang dicipta kerajaan bilamana belakunya pertukaran pucuk pimpinan negara masih belum berjaya melonjakkan tahap hidup rakyat kata Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat).

Menurut beliau, setiap kali belaku petukaran Perdana Menteri, pelbagai slogan baru dicipta seperti Isalm Hadhari dan 1 Malaysia menunujukkan gaya kepimpinan masing-masing untuk memerintah sedangkan hasilnya tidak berapa berjaya.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan dulu pun tidak berjaya mencapai sasaran untuk 30 peratus ekuiti bumiputera. Sekarang lancar pula Model Ekonomi Baru, tapi hasrat nak bawa masyarakat kita ke arah yang lebih baik masih tak mencapai angka sebenarnya. Kalau ada orang sentuh bab DEB, pihak kerajaan akan melennting dan rasa terhina," katanya.


Untuk itu beliau berharap apa sahaja perancangan yang akan dibawa oleh kerajaan perlulah mempunyai pendekatan yang menyeluruh agar rakyat di segenap peringkat dapat merasai kesannya.

"Kita di pihak PAS nampak usaha kerajaan ini hanya berjaya ke atas segelintir pihak sahaja, itupun dibantu dengan lonjakan kerajaan dan mereka berjaya sehingga menjadi jutawan, sedangkan rakyat di bawah masih di tahap lama.

"Rakyat di kampung bukan kata nak capai RM45 ribu setahun, tapi yang berpendapatan di bawah RM500 pun ramai. Ini perlu dilihat oleh pihak kerajaan supaya membawa dasar yang lebih telus atau pendekatan lebih baik. Janganlah
melihat sentimen perkauman, parti dan sebagainya kerana ini tak memberikan apa-apa keuntungan kepada kita semua," ujarnya.

Rus'sele berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan tambahan Yang Pertama (2009) Tahun 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 6 April lalu.

Sidang DUN Perlis : Ustaz Hashim cadang alternatif untuk pelacongan

KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) mencadangka agar kerajaan negeri mencari alternatif baru ke arah meningkatkan kedatangan pelancong luar ke Perlis.

Ini berikutan penurunan statistik kedatangan pelancong luar ke Perlis seperti yang pernah disebut oleh Menteri Pelacongan sendiri, demikian ucapan beliau ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan tambahan Yang Pertama (2009) Tahun 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 6 April lalu.

"Dukacita kehadiran pelancong ke Perli menurun dan bukannya meningkat. Angka yang disebutkan pada tahun 2008 adalah 383,000 sedangkan pada tahun 2009 hanya 365,000 orang.Nampaknya usaha kita menarik pelancong kurang berjaya," ujarnya.

Justeru beliau mencadangkan agar kerajaan mengusahakan produk pelacongan yang baru seperti menjadikan Perlis sebagai sebuah pusat mengurut tradisional.

"Kerajaan pimpinan terdahulu perah mencadangkan Perlis ini menjadi salah satu pusat mengurut tradisional. Cadangan ini baik dengan syarat ianya tidak terkeluar dar batasan Islam.

"Kita cadangkan untuk dibuat pusat mengurut tradisional yang sebenarnya yang mengikut landasan agama bagi mereka yang memerlukan urutan seperti orang-orang tua, bukannya pusat mengurut yang mana tukang urutnya berpakaian separuh bogel," jelasnya seraya menggamatkan suasana dewan.

Cadangan beliau itu dicelah oleh Khairy Hassan (BN-Mata Ayer) yang bertanya,"Adakah yang dicadangkan itu pusat urut atau urut pusat?".

Selain itu Ustaz hashim turut mencadangkan kerajaan untuk mempromosikan produk-produk yang ada di negeri ini dan sukar diperolehi d negeri lain.

"Kita dah terkenal dengan mempelam Harum Manis, tatepai mengapa tidak dipromosikan produk seperti ringgi atau emping padi yang banyak terdapat di negeri kita tetapi tidak ada di negeri lain. Ini juga merupakan satu tarikan kepada orang luar," katanya.

Sidang DUN Perlis: Shahidan dedah "Fear Factor"

KANGAR - Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) mendakwa wujudnya perasaan takut atau "fear factor" di kalangan kakitangan kerajaan di Perlis untuk mendampingi beliau.

Kata beliau, perkara tersebut berlaku kerana ada pihak tertentu di dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk pegawai-pegawai Menteri Besar yang melarang atau menegur penjawat awam termasuk wakil rakyat di negeri ini untuk berhubung atau berbaik-baik dengannya.

"Saya percaya 'fear factor' ini dimulai dari Penasihat Menteri Besar sampai pegawai-pegawai kerjaan pun takut nak jumpa saya. Menteri Besar tak marah tapi puak-puak di sekeliling dia yang buat macam tu.

"Depa buat seolah-olah Shahidan ni menakutkan. Saya ada menghantar orang pergi umrah tiap-tiap bulan , tapi kerana 'fear factor' ini ada pula yang menolak pelawaan saya untuk pergi umrah. Sampai nak pergi Mekah pun ada orang takut, Ya Allah Ya Tuhanku sampai tahap tu, apa nak jadi ni? Ada yang nak pi takut sebab ni tawaran dari Shahidan," katanya semasa berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan tambahan Yang Pertama (2009) Tahun 2010 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 6 April lalu.

Dalam ucapannya, Shahidan turut mendakwa ada di kalangan pimpinan Umno Perlis yang menjaja bahawa Menteri Besar sekarang sedang membayar hutang yang beliau tinggalkan semasa menerajui negeri Perlis dahulu.

"Ni ada Ketua Wanita celupar yang dok pi jaja kata Md Isa dok bayar hutang. Hutang apa? Dia kata Shahidan buat hutang, kalau nak kira Shahidan bawa masuk duit lagi banyak.

"Minta tong perbetulkan puak-puak yang menceluparkan mulut kata saya buat hutang. Hangpa hutang aku lagi ada. Kalau pembangkang cakap macam tu tak apa, tapi ni orang Umno," ujarnya lagi.

Selain itu dalam ucapannya juga, Shahidan banyak membangkitkan peranan Penasihat Menteri Besar (Dato' Razi Sheikh Ahmad) yang dilihat sebagai orang yang berada di sebalik tabir pemerintahan Dato' Seri Md Isa Sabu .

"Jangan wujudkan keadaan yg boleh keruhkan suasana, kalau dia (Razi) ikhlas biarlah Menteri Besar mentadbir sendiri kerajaan negeri. Pernah dalam dalam ucapannnya di satu majlis dia kata Md Isa ni ok tapi pelan sikit.Bagilah keadilan supaya Menteri Besar boleh mentadbir sendiri," tegasnya.

Md Isa bagaimanapun, semasa menggulun perbahasan pada 7 April menafikan wujud 'fear factor' dalam kalangan penjawat awam termasuk wakil rakyat di negeri ini.

“Tiada 'fear factor'. Sekarang ini bukan saya yang menakutkan tetapi saya ditakutkan. Saya tidak pernah cop mana-mana pihak kerana mahu menjaga hubungan sesama manusia walaupun berbeza pendapat dari dalam atau luar parti.
Saya juga tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk pergi menunaikan umrah yang ditaja oleh pihak tertentu kerana ia adalah urusan agama yang tidak wajar dipolitikkan,” katanya.

Siapa punya kerja ni???



Kerja siapa ni? Foto di atas menunjukkan kira-kira 20 bendera Barisan nasional dipasang pada pokok-pokok di kedua belah jalan di hadapan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis baru-baru ini.

Bendera-bendera ini dapat dilihat pada dua hari Sidang DUN Perlis iaitu pada 6 dan 7 April lalu yang sekaligus menggambarkan imej yang tidak matang dipaparkan oleh parti pemerintah di Perlis.

"DUN Perlis adalah tempat penggubalan undang-undang serta tempat perbincangan segala permasalahan rakyat dan bukannya tempat untuk menonjolkan imej sesebuah parti," kata seorang pimpinan PAS Perlis.

Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) semasa berucap dalam Sidang DUN ada menyebut tentang pemasangan bendera ini.

"Kalau PAS nak lawan bubuh bendera pun boleh, kita lawan siapa banyak," katanya.

Monday, April 05, 2010

Setahun Prestasi PM Najib – “Ingin Menyantuni Semua?”

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat

Setelah berhempas pulas memujuk bosnya untuk berundur, akhirnya Najib berjaya. Kegagalan Umno/BN dalam PRU ke-12 banyak membantu menekan Presidennya untuk melepaskan jawatan. Tarikh 3 April genap setahun Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke enam Malaysia. Abjad keramat RAHMAN menyebelahinya.

Malangnya RAHMAN juga mengingatkan hati kecilnya bahawa beliau adalah Perdana Menteri terakhir kerajaan Umno/BN. Bezanya hanyalah samada seperti 23 tahun Mahathir ke atau hanya satu penggal seperti Pak Lah. Ini yang menjadi igauan yang menghantui jiwanya dan kerap menerjah pemikirannya.

Pun begitu yang jelasnya, laluan tahun pertamanya tidak mudah. Calang-calang orang tak boleh survive. Memanglah bagai dek kata. Hanya pemimpin yang memilikki ‘the extra-mile’ atau nafas panjang. Penulis sedia menerima bahawa Najib ada benda itu. Kalau tak banyak, sedikit.

Sewajarnya Najib lebih bersedia, sebab dia memang sangat berhajat untuk menjadi orang nombor satu negara. Isterinya lebih-lebih lagi. Dalam suasana negara yang terus-terusan berdepan dengan kebejatan dan krisis yang hampir sempurna dalam segala seginya, Najib semacam dilihat tidaklah berapa siapsiaga. Penulis akan huraikan.

Penulis terdahulu ini telah berbaik sangka dengan Najib untuk membuktikan kehebatannya. Betul. Sebabnya Najib telah menjadi PM, mahu atau kurang mahu diterima umum, segalanya berpusat dengan dirinya. Dalam mengemudi negara, dia wajar ‘in control’ atas semua perkara. Dia tidak punya lagi ‘boss’ kecuali ada yang kata YABhg itulah. Tapi itu lebih gurauan.

Najib bertuah kerana tidak seperti Pak Lah yang kerap dikritik dan dicemuh oleh bos lamanya, Tun. Najib pula hanya perlu mengatasi dirinya untuk terus mengungguli segalanya.

Nah kini setelah genap 365 hari berlalu, Najib terpaksa membuka buku rekodnya untuk dinilai dan dibaca oleh semua. Kita perlu jujur seperti juga kita perlu adil dalam melakukan penilaian ini. BACA SELANJUTNYA

Apa jadah namanya itu SPR, jika bukan kempen?

Pendikar Gunung
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang. Mana-mana pihak yang bertanding hendaklah mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.(Sumber: mStar)

PGK: SPR kata tak boleh kempen..tak boleh kempen....tak boleh kempen? Salah dengar kah saya, SPR kata tak boleh kempen hingga hari penamaan calon? Habis yang setiap kali berita di TV ada cerita mempromosikan Najib dan kerajaan BN itu apa ke jadah namanya jika bukan kempen?

Habis yang akhbar-akhbar arus perdana sudah mula memburuk-burukkan PR itu, apa ke jadah namanya jika bukan kempen? Dan agensi-agensi kerajaan sudah mula turun padang ke Hulu Selangor, apa namanya itu, jika bukan kempen?

Apakah makna kempen itu hanya terhad kepada ceramah yang diadakan kepada orang ramai? Apabila kerajaan mengadakan pelbagai kempen, misalnya kempen kesedaran H1N1, kempen mencegah denggi dan sebagainya mengapa semua aktiviti termasuk hiburan dan sukan juga dikategorikan sebagai kempen?

Dan satu lagi yang Najib kelmarin ronda hampir satu Hulu Selangor, rasmi majlis itu dan majlis ini dan berucap berdegar-dengar nak panggil apa tu, jika bukan kempen?

Kalau SPR benar-benar ikhlas, tolong beritahu RTM dan pengurusan TV swasta serta akhbar arus perdana supaya jangan berkempen untuk BN.

SPR juga tolong jaga mulut PM dan menteri-menterinya supaya jangan turun padang ke Hulu Selangor awal sangat, kerana penamaan calon belum bermula lagi. Tak acilah, ada yang boleh berkempen, ada yang tak boleh!

Sunday, April 04, 2010

Apco Worldwide dan 1 Malaysia

diambil daripada blog YB MAHFUZ OMAR (APCO SERLAHKAN UMNO TALI BARUT ISRAEL)

Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel.Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel. "Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco),"Tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.
"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan."Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,”Saya rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush)."Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih,""Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."