Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, September 30, 2008

Salam 'Eid Al-Mubarak



Dewan Pemuda PAS Negeri mengucapkan Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam , para ahli dan pimpinan PAS serta sekalian pencinta keadilan...SALAM PERJUANGAN

Friday, September 26, 2008

Program edar juadah berbuka DPP Perlis

Dewan Pemuda PAS Perlis mengedarkan juadah berbuka puasa kepada penumpang bas ekspres yang akan pulang bercuti hari raya di stesen bas ekspres Kangar petang tadi.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Perlis.

Hamper mengandungi bubur lambuk, buah kurma, minuman dan kad raya PAS Perlis

Sdr Tarmizey (SUK Tarbiyah) menyiapkan bubur lambuk untuk diedarkan

Proses terakhir menyediakan hamper

Di stesen bas ekspres Kangar

AJK DPPPs, Pemuda Kawasan, ikhwan dari Darul Islah dan Unit Amal turut membantu
Ustaz Ya'akub mengedarkan hamper


Ketua DPP Arau, Zulmi Sabri turut serta

Kat Polis pun kita bagi....

Yang belum naik bas pun dapat sama....

Sumbangan Anak Yatim

JEJAWI - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din meluangkan masa menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan miskin di Balai Islam MADI semalam.

Upacara ringkas tersebut diadakan selepas majlis berbuka puasa Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis.

Sumbangan disampaikan kepada pelajar-pelajar yatim dan miskin Al-Madarasah Ad-Dinniah Islamiyah (MADI) serta anak-anak yatim sekitar perkampungan MADI dekat sini.

Turut menerima cenderahati ialah para imam terawih yang didatangkan khas dari luar Perlis.

Sumbangan ini adalah hasil derma yang dikutip dari jemaah solat terawih di Balai Islam MADI sepanjang Ramadhan tahun ini.

Program Ziarah Hospital PAS Perlis

Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, PAS Perlis telah menganjurkan program ziarah ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam (25 September).

Program tersebut adalah program tahunan yang diadakan khususnya sebahagian daripada usaha mendekatkan PAS denga masyarakat.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din selain Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Mat Rejab dan Ketua Dewan Ulama, Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman.

Rombongan tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat Rus'sele Eizan dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang pulang ke kampungnya di Perlis.

Turut serta mengiringi ialah pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri, serta Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama Negeri Perlis dan kawasan-kawasan.

Dr Haron Din meyerahkan hamper kepada seorang pesakit

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hashim Jasin bertanyakan khabar kepada pesakit yang kebetulan anak saudara beliau

"Sentuhan" Dr Haron - mendoakan pesakit buah pinggang ini

Tidak ketinggalan - Para doktor dan jururawat turut mendapat habuan masing-masing

Ketua Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Abdul Rashid Abdul Rahman melawat wad Kelas 2

Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat turut serta


Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan menyerahkan hamper kepada pesakit

Memperingati Al-Quds

Hari ini adalah hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan yang telah diisytiharkan oleh al-marhum Imam Khomeini sebagai 'Hari Al-Quds' iaitu hari pembebasan Palestine dan Masjid al-Aqsa.

Baca tentang al-Quds >>>
http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Quds_Day
http://bongkarsauh.blogspot.com/2008/09/hari-ini-hari-al-quds-sedunia.html
http://21-8.blogspot.com/feeds/posts/default

Thursday, September 25, 2008

Hormati Hari Raya - Mufti Perlis

Kenyataan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin seperti yg dipetik dari lamanwebnya : http://drmaza.com


“Adalah menjadi tanggungjawab media kerajaan dan swasta yang dipegang oleh mereka yang muslim untuk menghormati hari raya dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.

Islam bukanlah jumud sehingga menghalang umatnya bergembira dan berseronok suka. Namun, bukanlah dengan cara yang jelas dilarang oleh Islam seperti gelagat-gelagat artis dalam media atau filem yang melampaui batasan yang wajar. Tidak wajar disiarkan lakonan atau tarian yang tidak dapat diterima oleh penilaian syarak.

Hari Raya adalah manifestasi daripada ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan media asyik mencemarinya saban tahun. Sepatutnya, jika kerajaan benar-benar ada kesungguhan, banyak yang dapat diselamatkan dalam kehidupan muda-mudi hari ini. Namun, apabila kita cakap lain sementara tindakan kita lain, maka rosaklah generasi kita”.

Pemuda PAS Perlis rai guru Pasti

KANGAR - Jabatan Pasti Negeri Perlis meraikan guru-guru Pasti seluruh Perlis dengan menganjurkan majlis berbuka puasa dan sumbangan Aidilfitri baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis itu turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs), Ustaz Ya'akub Abu Seman serta para Exco DPPPs.

Selain majlis berbuka puasa, para hadirin turut menunaikan solat terawih dan mendengar tazkirah yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Ya'akub.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan duit raya untuk guru-guru Pasti.

Ustaz Ya'akub menyampaikan cenderahatidan duit raya

Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Ya'akub

Antara guru-guru Pasti yang hadir

Friday, September 19, 2008

Antara Kurang Cerdik Dan Cerdik

Dari blog Ustaz Zolkahrnain Abidin a-Hafiz

Seseorang akan marah bila dikata dia bodoh atau jahil. Tetapi darjah kemarahannya mungkin turun jika dikata kurang cerdik. Mungkin kerana kalimah cerdik masih ada walau pun sudah kurang. Kadang-kadang kekurangcerdikan tidak dapat disembunyikan. Ini boleh diketahui melalui kenyataan dan tindakan.

Kelulusan seseorang memang biasa digunakan untuk menentukan kecerdikan. Namun kadang-kadang disebabkan situasi tertentu terutamanya kerana terdesak, orang yang berijazah pun boleh bertindak dan bercakap kurang cerdik. Orang yang tidak berijazah pula nampak lebih cerdik bila kenyataannya dan tindakannya berasaskan kebenaran. Bukan untuk mengilat dan mengenakan orang lain.

Hoon Cheng dibebaskan selepas 18 jam dirantai dengan ISA. Sementara nasib Raja Petra dan Theresa Kok belum diketahui. Itulah ISA. Siapa saja yang jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, antara tugasnya ialah menahan orang yang tidak disukai oleh Umno di bawah ISA. Tapi alasan penahanan Hoon Cheng agak pelik, dia ditahan kerana ada ancaman bunuh terhadapnya.

Terus membaca --->> http://bongkarsauh.blogspot.com/2008/09/seseorang-akan-marah-bila-dikata-dia.html

Tuesday, September 16, 2008

Syukur dan terima kasih untuk semua - Ustaz Hashim

KANGAR, 16 Sept - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin mengucapakan syukur ke hadrat Allah swt selepas diisytiharkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai pemenang untuk kerusi Dun Sanglang dalam pilihan raya lalu.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak mahkamah yang telah memulangkan semula kerusi Dun Sanglang kepada yang berhak iaitu PAS.

"Dari awal lagi kita sudah berkeyakinan untuk memenangi petisyen ini, walau bagaimanapun ditolak oleh mahkamah pilihanraya di Kangar dulu.

"Apapun syukur kepada Allah dan terima kasih kerana mahkamah memulangkan semula hak kepada yang pihak berhak," ujarnya.

Selain itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, ahli-ahli dan penyokong PAS serta para sahabat yang tidak putus-putus menyatakan sokongan dan mendoakan kemenangan dalam petisyen pilihanraya tersebut.

"Tak lupa juga saya ucapakan terima kasih kepada barisan peguam kita yang diketuai saudara Hanipa Maidin. Mereka telah bertungkus-lumus sehingga berjaya.

"Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli PAS yag sentiasa bersedia di mana-mana jua untuk digerakkan sekiranya berlaku pilihanraya kecil di Dun Sanglang," katanya lagi.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa PAS Perlis akan mengadakan majlis kesyukuran sempenan kemenangan ini dan tarikhnya akan diumumkan kelak.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim hari ini tidak putus-putus menerima ucapan tahniah.

Dalam masa sejam sahaja selepas mendapat makluman berkenaan, telefon bimbitnya tida putus-putus berbunyi samada mendapat panggilan atau menerima SMS sehinggakan telefonnya terpaksa dicaj semula.

Begitu juga telefon di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis tidak putus-putus berdering kerana ramai yang mahu mengucapkan tanhiah ataupun ada juga yangbertanyakan kesahihan berita tersebut.

Antara yang turut menghubunginya mengucapkan tahniah ialah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, selai pimpinan PAS/Pakatan Rakyat yang lain.

Begitu juga khabar gembira ini turut mendapat perhatian masyarakat bukan Islam yang turut menghubungi beliau atau pimpinan PAS Perlis yang lain.

Shahidan dan Zahidi tak sebulu

Laporan Bernama memetik dua kenyataan pemimpin Umno seperti berikut:

UMNO Perlis Setuju Peralihan Kuasa Diputuskan Melalui Bahagian

KANGAR, 15 Sept (Bernama) -- Badan Perhubungan UMNO Perlis bersetuju pelan peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak ditentukan melalui bahagian UMNO bagi mencerminkan suara majoriti.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata peralihan kuasa itu tidak semestinya terikat dengan Majlis Tertinggi Umno.

Mengikut pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerah jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO kepada Najib pada Jun 2010.

Baca di sini >>> http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=359216

Hari ini, Pengerusi Perhubungan Umno Perlis pulak menafikan kenyataan di atas:

Shahidan Nafi UMNO Perlis Buat Keputusan Mengenai Pelan Peralihan

KANGAR, 16 Sept (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Perlis tidak pernah membuat sebarang keputusan berhubung pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun 2010.

Sehubungan itu pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh timbalannya, Datuk Zahidi Zainul Abidin semalam bahawa Umno Perlis bersetuju pelan peralihan itu perlu ditentukan melalui bahagian Umno kerana ia lebih mencerminkan suara majoriti.

Baca di sini >>> http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=359380

Pengerusi dengan Timbalan pun tak sebulu.... Alahai Umno Perlis...

Takbir!!! Ustaz Hashim sah bergelar YB

Berita terkini!! Peguam Zulmi Sabri menghubungi Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin kira-kira sejam yang lalu memberitahu bahawa kerusi DUN Sanglang sah milik PAS.

Rayuan petisyen DUN Sanglang didengar di Mahkamah Persekutuan di Palace of Justice, Putrajaya pagi tadi.

Dengan kemenangan yang sah ini, PAS kini mempunyai dua kerusi di Dewan Undangan Negeri Perlis selain Simpang Empat.

Monday, September 15, 2008

Rayuan Petisyen DUN Sanglang esok

KANGAR, 15 Sept - Rayuan kes melibatkan petisyen Dun N.15 Sanglang akan mula didengar di Mahkamah Persekutuan di Palace of Justice, Putrajaya esok.

Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12, 8 Mac lalu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang bertanding mempertahankan kerusi tersebut telah diisytiharkan kalah kepada calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Bagaimanapun berlaku kesilapan semasa mengisi nama calon pada borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) di mana Ustaz Hashim sepatutnya menang dengan majoriti 47 undi.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Ustaz Hashim akan diisytiharkan sebagai pemenang dan tidak diadakan pilihanraya semula.

Thursday, September 11, 2008

Bentuk kerajaan 16 September mustahil, PAS belum 'setuju' penuh

Petikan mSTAR Online
PETALING JAYA: PAS yakin tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada Selasa ini sebagaimana digariskan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak enam bulan yang lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, analisis beliau menunjukkan bahawa perubahan yang dirancang tidak akan berlaku disebabkan faktor teknikal dan politik.

"Sekarang, sepanjang Ramadan, Parlimen tidak bersidang. Dan apabila Parlimen tidak bersidang bagaimana kerajaan boleh bertukar?

"Kerana pertukaran kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang baru mesti melalui proses demokrasi. Kerajaan yang ada mesti digulingkan, barulah sebuah kerajaan baru didirikan," kata beliau yang Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam temu bual dengan Harakah.

Temu bual itu akan diterbitkan dalam edisi esok.

Terus membaca >>> http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4ca786fc-c0a85062-158d9550-f646f868

Wednesday, September 10, 2008

Iftar DPP Perlis

Majlis Iftar Jamaie Dewan Pemuda PAS Perlis diadakan semalam bertempat di Pasti Bestari Taman Seri Guar, Kangar. Majlis ini dihadiri Ahli Jawatankuasa Kerja DPP Perlis.

Selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, mesyuarat AJK kali ke-3 sesi 2008-2009 diadakan.

Mesyuarat berakhir pada jam 10.40 malam. Selepas itu barulah AJK menunaikan solat Isyak dan diikuti solat terawih dengan diimamkan oleh Naib Ketua, Ustaz Yussaine Yahya.

Bedal cukup-cukup

Tu dia Pak Syeikh sampai licin pinggan....

Kali ni mesyuarat sambil bersila dan santai.... Tak pa janji kerja jalan....

Monday, September 08, 2008

Umno Perlis guna masjid .... Jabatan Agama tak kata apa-apa ka???

Umno Perlis di bawah Pengerusi Perhubungan mereka, Dato' Seri Shahidan Kassim kini giat menggunakan masjid-masjid di negeri ini untuk menyampaikan sumbangan sempena Ramadhan.

Di samping itu, Shahidan sendiri dilaporkan turut giat menyampaikan tazkirah di setiap masjid yang dikunjungi untuk program tersebut.

Sehingga kini beberapa buah masjid seperti di Sungai Baru, Padang Besar Selatan, Bongor Kudung dan Batu Pahat telah dikunjungi.
Khabarnya, puak-puak Umno sahaja yang dapat sumbangan tu... Duit RM50, "Toto" sorang sebiji.... Shahidan nak teruskan usaha murninya yang dilakukan setiap tahn sebelum ini.... Almaklumlah nak guna Dewan Warisan orang tak bagi...

PAS Perlis edar bubur lambuk sepanjang Ramadhan

Setiausaha Kerja Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda gigih mengacau bubur

Bubur ni memang best!!

Kakitangan kerajaan dan swasta akan berbondong-bondong datang mengambilnya

Sampai licin........ 2 bungkus saja no... Ingat orang belakang sama

KANGAR – Tradisi penyediaan bubur lambuk sempena bulan Ramadan diteruskan pada tahun ini oleh Badan Perhubungan PAS Perlis.

Sebuah hadis yang bermaksud "Barangsiapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya seumpama orang yang berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun" dijadikan iktibar untuk mejayakan program ini.

Justeru, Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) PAS Perlis dengan kerjasama kakitangan pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis menyediakan bubur lambuk untuk orang ramai sebagai juadah berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menurut PengarahJKM PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab, program tahunan ini telah berlangsung selama tujuh tahun dan kira-kira 600 bungkus bubur lambuk diedarkan setiap hari.
"Kita mengambil fadhilat Ramadan untuk sama-sama menyediakan makanan untuk umat Islam berbuka puasa," katanya.

Bubur lambuk dengan resepi "Kampung Baru" ini dimasak setiap hari bermula jam 10.30 pagi di perkarangan pejabat perhubungan negeri menggunakan tiga buah periuk besar.

Ianya mula diedarkan kepada orang ramai mulai jam 2.00 petang.

"Sambutan orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta amat memberangsangkan. Setiap hari bubur yang disediakan habis dalam masa yang singkat," katanya lagi.

Thursday, September 04, 2008

XPDC Berbasikal "Kayuhan Medeka" 2008

Bermula di Pekan Kuala Sanglang: Dilepasakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin

Penuh semangat

Dari kiri: Ketua DPP Arau, YB Simpang Empat dan Ketua DPP Perlis turut serta dalam XPDC ini....


Tamat di Pekan Simpang Empat
Ustaz Ya'akub berucap selepas tamat berkayuh

Sesi bergambar..Merdeka!!!







Monday, September 01, 2008

Selamat Berpuasa

Salam Perjuanngan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam khususnya kepada pengunjung blog PeghelihLa ini.

Mudah-mudahan ibadah puasa yang diajalani pada tahun ini lebih menjadikan kita seorang Muslim yang betaqwa dan mempunyai semangat juang yang lebih tinggi demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.