Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, February 28, 2006

Surat Pembaca

Saya ingin merakamkan rasa kesal dan marah atastindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 30sen semalam.

Saya berharap agar semua kita dapat menggerakkan protes rakyat dalam isu ini kerana jika tidak, saya yakin di masa hadapan kerajaan akan bebas menaikkan lagi harga minyak mungkin sehingga 50 sen lagi atau seringgit.

Saya merasakan tindakan kerajaan ini amat tidak patut kerana kita mempunyai petronas untuk mengimbangi kenaikan harga. Di mana sumbangan petronas sebagai hak mutlak rakyat kepada rakyat?


Abu Amer Mujahed


Terima kasih kepada pengirim

Harga minyak naik lagi: Media jangan sembunyi rungutan rakyat
Oleh Saidatul Amani
Petikan : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS berharap pihak media terutama stesen televisyen tempatan memainkan peranan dengan menyiarkan komen serta pandangan berhubung kenaikan harga minyak oleh pakar ekonomi dan orang ramai yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik.

Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kesal dengan tindakan serta sikap pihak media yang kerap menyiarkan komen daripada orang ramai yang bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sedangkan rungutan penentang 'digelapkan'.

Menurut beliau, tindakan itu amat tidak adil dan pihak media itu juga tidak diberi kebebasan untuk melaporkan berita yang sebenar diperolehi daripada komen orang ramai.

Kerajaan telah memutuskan kenaikkan harga runcit petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen seliter dan sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Tuan Guru kesal dengan sikap kerajaan yang menaikkan harga bahan api itu dan kemudian membuat perbandingan kenaikkan itu masih dianggap murah berbanding kebanyakkan negara Asean kecuali Brunei.

"Kerajaan ini bukan sahaja membebankan rakyat tetapi menipu, seringkali menipu apabila menaikkan harga minyak mereka akan bandingkan dengan negara yang tidak ada minyak, cuba bandingkan dengan Brunei," katanya dalam sidang media selepas meraikan Majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, di Sri Petaling, malam tadi.

Menurutnya, sudah tentu kenaikan minyak itu bukan sahaja menjadi bebanan kepada pemilik kenderaan tetapi ia akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang-barangan.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa menaikkan harga petrol dan diesel kerana negara mempunyai hasil petroleum yang mendapat keuntungan yang besar.

Katanya, Petronas bukan sahaja mempunyai pelaburan dalam negara tetapi ia turut mempunyai pelaburan di seluruh dunia.

Sehubungan itu beliau berharap supaya rakyat sedar serta mengambil panduan daripada rakyat di luar negara yang akan melakukan bantahan terhadap kerajaan sekiranya kerajaan menaikkan apa sahaja barang keperluan mereka.

Malangnya, tambah beliau, rakyat di negara akan berdemonstrasi juga tetapi hanya dilakukan di stesen-stesen minyak untuk mendapatkan minyak dengan harga yang lama.

Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan mengambil sikap menyerah kalah sebaliknya perlu menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang sering menaikkan harga minyak.

Beliau juga berkata, ahli Parlimen PAS akan membangkitkan isu kenaikan minyak serta apa sahaja isu yang melibatkan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac nanti.

PAS demo besar-besaran bantah kenaikan harga minyak di KLCC Jumaat ini
Oleh Zulkifli Sulong
Petikan : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS dengan kerjasama pelbagai pihak akan mengadakan demonstrasi aman secara besar-besaran membantah kenaikan harga minyak yang melampau di perkarangan KLCC sebaik sahaja selesai Sembahyang Jumaat 3 Mac ini, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Demonstrasi ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan rakyat terhadap keputusan kerajaan yang tidak rasional dan membelakangi kepentingan rakyat banyak itu, katanya.

Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen untuk setiap liter minyak berkuatkuasa hari ini. Ini merupakan kenaikan paling besar yang dilakukan oleh kerajaan sehingga kini.

Ini adalah kenaikan 18 peratus dari harga minyak yang ada dan bagi PAS ia kenaikan yang melampau.
Kenaikan ini tidak dilihat rasional ketika Petronas, sebagai syarikat pengeluar minyak milik negara, mencatatkan keuntungan lebih RM50 bilion tahun lepas.

"PAS membantah keras kenaikan ini dan ingin menyatakan bantahan ini secara langsung di perkarangan bangunan Petronas yang terletak di KLCC," kata Nasharudin kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, kenaikan minyak ini melampau kerana kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan barangan keperluan lain dan sudah tentu ia akan memberikan bebanan besar kepada rakyat dan negara selepas ini.

"Apa salahnya kerajaan menggunakan keuntungan Petronas untuk mengekang kenaikan harga minyak? Dengan tindakan ini, harga barangan lain akan kekal dan tidak membebankan rakyat ramai," kata beliau.

Salahguna mandat

Bagi Nasharudin, langkah kerajaan ini adalah satu salah guna mandat besar yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan yang ada.

Sehubungan itu, Nasharudin menyeru semua pihak yang prihatin supaya turun ke KLCC Jumaat ini khasnya ahli PAS dari seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub menyeru semua Pemuda PAS seluruh negara agar turun ke KLCC Jumaat ini.

"Saya menyeru semua Pemuda turun ke KLCC kali ini. Kita kena tunjukkan kepada kerajaan Pemuda tidak akan diam dengan langkah yang tidak wajar ini," kata Salahudin kepada Harakah.

Isu tudung : Menteri Pelancongan tidak faham sensitiviti
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Kangar 28hb Feb : Isu Habsah Jaafar, pekerja yang diberhentikan oleh majikannya kerana enggan menanggalkan tudung ketika bekerja adalah satu isu yang hampir sama dengan isu menghina Rasulullah S.A.W.Demikian pendapat yang diluahkan oleh Ustaz Taib Azzamudin Mohd Taib di sini semalam.

Menurut beliau lagi, kalau isu karikatur itu menghina fizikal Rasulullah maka isu ini secara jelas telah menghina syariat yang telah ditinggalkan oleh baginda kepada ummat Islam.

Beliau yang ditemuramah selepas kuliah bulanannya di sini semalam turut merasa kesal dengan cara Menteri Pelancongan menyelesaikan isu terbabit iaitu hanya dengan menggunakan telefon sahaja melalui Ketua Setiausaha Kementeriannya Datuk Victor Wee tanpa memanggil Puan Habsah untuk memberikan keterangan.

“Adakah dia ( Menteri Pelancongan) dapat faham sensitiviti ini?,”soal beliau.

“Kalau faham adakah semudah itu ianya diselesaikan begitu sahaja?,”soal beliau lagi yang jelas kesal dengan apa yang berlaku.

Semalam akhbar arus perdana melaporkan bahawa Pemuda Umno melalui Biro Kebajikan dan Pembelaan Masyarakatnya merasa kecewa dengan cara Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengendalikan kes tersebut.

Pengerusinya Datuk Subahan Kamal dilaporkan sebagai berkata tindakan pihak kementerian yang hanya menelefon bagi mendapatkan kesahihan dakwaan Habsah dari pihak hotel sangat tidak bijak malah berat sebelah.

Ustaz Taib kemudiannya meminta supaya Menteri Pelancongan mendedahkan penjelasan pihak pengurusan hotel berkenaan kepada umum dan tidak hanya mengeluarkan kenyataan bahawa ianya telah selesai.

Penjelasan ini menurut beliau perlu kerana ianya melibatkan ummat Islam secara khusus dan perlembagaan negara secara umumnya kerana perlembagaan negara telah mengazetkan bahawa setiap individu boleh mengamalkan ajaran agama mereka tanpa halangan.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat turut meminta orang ramai untuk melihat sendiri apa yang kerajaan Islam Hadhari telah lakukan kepada Islam.

“Sebab itu anggota kabinet sewajarnya terdiri daripada orang-orang yang bertanggungjawab dan mempunyai keperibadian yang dihormati,”ujarnya.

“Apabila personaliti yang diragui keperibadiannya menduduki tempat seperti ini lebih-lebih lagi untuk bawa produk pelancongan, kita nampak bagaimana budaya dan keperibadian negara akan turut dipengaruhi oleh pelancong dan bangsa asing,”tambah beliau lagi.

Bagi beliau jika ini terjadi, maka pada masa hadapan, negara akan dibebani dengan gejala sosial yang telah jelas tidak dapat diatasi di negara luar sebelum ini.

“Inilah yang akan berlaku sekiranya sesuatu itu dibuat hanya diasaskan atas dasar kepentingan material semata-mata tanpa diambil kira kepentingan yang lebih utama iaitu kesan jangka panjang terhadap masyarakat,”kata beliau lagi.

“Usahlah disalahkan kepada rakyat kalau sebahagian besar rakyat yang terpelajar kurang yakin dengan kepimpinan yang ada hari ini,”kata beliau mengakhiri perbualan.

Monday, February 27, 2006

Balasungkawa kepada seluruh rakyat Malaysia
Oleh : Angkatan Muda Insaf ( Baru )
Kategori : Surat Pembaca
Malam Jumaat lepas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra terpaksa bertindak membubarkan Parlimen negara itu setelah beliau tidak tahan lagi dengan penentangan daripada rakyat akibat isu dakwaan berlakunya salah guna kuasa, terutama yang melibatkan penjualan saham dalam Shin Corporation milik keluarganya, kepada Temasek Holdings milik kerajaan Singapura bulan lepas.

Keputusan Thaksin itu dibuat dua hari sebelum satu perhimpunan besar-besaran yang dirancang diadakan di Bangkok untuk mendesak beliau meletak jawatan sebagai pertanggungjawaban beliau (accountability) ke atas isu Shin Corp tersebut.

Sehingga kini, ramai pihak di Thailand menyeru agar rakyat Thailand bertindak untuk memulaukan pilihanraya tergempar yang dijangka akan berlangsung pada 2 April ini. Ini kerana mereka mahukan Thaksin meletakkan jawatan bukannya membubarkan Parlimen.

Walauapapun tindakan Thaksin, yang pentingnya beliau menyerahkan kembali kuasa penentuan legitimasi politik kepada rakyat untuk mengabsahkan (melegitimasikan) kedudukan partinya melalui pilihanraya umum.

Apa yang menarik, isu dakwaan salah guna kuasa Thaksin dalam penjualan saham Shin Corporation kepunyaan keluarganya, kepada Temasek Holdings milik kerajaan Singapura telah membawa kepada pembubaran Parlimen lantaran kehebatan kuasa rakyat.

Berbanding dengan Malaysia, yang juga dalam masa yang terdekat ini, PM bersikap begitu lunak terhadap Singapura sehingga mampu menjejaskan kepentingan negara seperti isu Abdullah selaku Menteri Kewangan yang telah meluluskan dalam pembelian 31% saham Pantai Holdings oleh syarikat Singapura, Parkway Holdings.

Bahayanya ialah kesan secara langsung kepada rakyat kerana Pantai Holdings adalah merupakan operator hospital yang juga turut memiliki program penswastaan Malaysia melalui pemilikan Pantai Holdings ke atas Fomema dan Medivest yang mempunyai kepentingan dalam projek penswastaan bekalan ubat bagi seluruh hospital kerajaan kita.

Singapura juga buat pertama kalinya dalam sejarah negara kita akan memiliki bank pelaburan di Malaysia melalui pegangan Parkway Holdings ke atas Avenue Asset selepas berlaku penggabungan di antara Avenue dengan ECM Libra sebanyak 7.46% kerana Pantai Holdings memiliki 17% pegangan dalam Avenue.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia yang sepatutnya perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini terus terselamat daripada apa-apa protes dalam negara kerana beliau memiliki rakyat Malaysia yang paling bodoh, bebal dan penakut di atas muka bumi ini.

Bayangkan sekiranya apa yang berlaku di Malaysia yang berhubungkait dengan penjualan ekuiti strategik kepada Singapura ini berlaku di Thailand, sudah pastilah protes rakyat Thailand adalah dua kali ganda lebih besar daripada apa yang Thaksin alami sekarang.

Rakyat Malaysia perlu mengkaji bagaimana sejarah perubahan yang berlaku di mana-mana negara yang memerlukan jalanraya bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan authoritarian. Lihat, di Iran, dinasti Shah Iran mampu dijatuhkan oleh kuasa rakyat pimpinan Imam Khomeini. Kajilah bagaimana diktator Soeharto di Indonesia boleh tumbang hanya apabila tiga orang Mahasiswa Universiti Trisakti mati ditembak polis sewaktu demonstrasi di Jakarta.

Adakah ada sinar perubahan di Malaysia? Bilakah akan wujud sebuah parti pembangkang yang kuat? Sampai bilakah baru akan muncul gerakan mahasiswa dan kesatuan sekerja yang digeruni penguasa yang korup? Bilakah rakyat Malaysia akan berani dan berubah menjadi bijak? Walauapapun jawapannya, tahniah kepada rakyat Thailand!

Angkatan Muda Insaf (Baru)
Terima kasih kepada pengirim
Pegawai kanan kerajaan menyatakan sokongan kepada PAS
Oleh : Nikon
Kategori : Berita

Jejawi 27hb Feb : Pegawai-pegawai kanan kerajaan sudah mula menyedari akan hakikat kelemahan kerajaan Umno dan telah menyatakan sokongan mereka kepada PAS.

Kenyataan ini disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam ceramah penutupan majlis Ulangtahun ke-30 PAS Kawasan Kangar yang diadakan selama tiga hari berakhir semalam.

Bagi beliau, pengakuan itu adalah perkhabaran gembira terbaru yang beliau perolehi dari beberapa pegawai kanan kerajaan sendiri.

Menurut beliau lagi pegawai kanan kerajaan sekarang sudah hilang keyakinan terhadap corak pemerintahan Pak Lah yang pada pandangan mereka sangat tidak bermaya.

Pak Lah kelihatan amat lemah apabila timbul isu tentang melayu dan juga Islam.

“Pegawai kanan kerajaan dah mula sedar dan nak bagi sokongan kepada PAS.Yang belum nak sedar, kita yang duduk di bendang.Yang kerja sawah.Dapat RM50 mabuk sampai empat tahun,”kata beliau disambut gelak para hadirin.

Ustaz Nasharudin kemudiannya mendedahkan cerita terbaru dari Selangor berkenaan sebuah surau di Puchong yang hendak dirobohkan oleh JAIS.

Cerita berkenaan perobohan surau sudah tidak menjadi pelik lagi di Selangor sekarang ini.

Beliau kemudiannya meminta agar Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan adakah benar kerajaan negeri telah memberikan peruntukan sebanyak lima juta untuk pembinaan berhala paling besar di Batu Caves.

“Saya nak minta penjelasan dari Kerajaan Negeri Selangor walaupun disini bukan negeri Selangor tetapi tape ni akan sampai juga ke Selangor.Kalau betul, kata betul kalau salah, sila buat penafian,”cabar beliau kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Apa yang dikesali beliau ialah kenapa agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka tetapi dalam masa yang sama agama Islam, iaitu agama mereka sendiri disekat sambil beliau kemudiannya membaca kandungan arahan pengosongan surau oleh JAIS itu.

Dalam surat itu, alasan yang diberikan JAIS ialah surau itu berada lebih kurang suku kilometer dari masjid terdekat.

Sedangkan menurut Ustaz Nasharudin ada tiga lagi surau lain yang berada dalam lingkungan suku kilometer dari masjid terdekat malah salah sebuah darinya berada kurang dari suku kilometer dari masjid tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Dan apabila diselidiki, alasan untuk merobohkan surau itu tidak lain tidak bukan ialah kerana surau itu aktif menjalankan aktiviti kuliah agama walaupun jemaah disitu bukan ahli PAS.

Inilah mentaliti Umno yang sebenarnya.Mereka menjadi sakit hati apabila ada surau yang mengadakan kuliah walaupun bukan kuliah politik.

Atas alasan itu beliau tidak merasa hairan apabila bukan Islam berani mengusik agama Islam.

Contoh yang beliau kemukan lagi ialah apabila seorang kakitangan hotel baru-baru ini Puan Habsah Jaafar, telah meletakkan jawatannya kerana telah diberi kata dua oleh majikannya samada membuka tudung atau melepaskan jawatannya.

Yang melucukan dalam hal ini menurut beliau, Puan Habsah tidak pula membuat pengaduan ini kepada Wanita Umno tetapi kepada Pemuda Umno.

“Pasal apa tak mengadu kat Wanita Umno? Pasal ¾ wanita Umno sendiripun tak pakai tudung,”sindir beliau.

Pengurusan hotel itu tidak merasa takut sedikitpun kerana mereka percaya yang kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Dan bukan Islam sebenarnya telah mengambil contoh dari perlakuan sembilan orang menteri yang menghantar memo kepada PM baru-baru ini yang mana menurutnya lagi kandungan memo itu yang khabarnya antara lain ialah meminta untuk menghapuskan majlis membaca doa waktu pagi di sekolah.

Tetapi kerajaan Maalysia tanpa segan silu telah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara arab sekarang ini sangat ingin belajar Islam Hadhari dari Malaysia.

Semua ini disifatkan oleh Ustaz Nasharudin sebagai lakonan unutk menunjukkan yang kerajaan sekarang ini kononnya Islamik.

Satu lagi pendedahan menarik beliau ialah tentang kandungan Free Trade Agreement (FTA) diantara Malaysia dengan Jepun yang telah ditandatangani oleh Datuk Paduka Rafidah Aziz baru-baru ini dan disaksikan oleh PM sendiri.

Kandungan itu menurut beliau mengatakan bahawa Jepun bebas membawa masuk barangan seperti kereta ataupun komponennya ke Malaysia dan tidak dikenakan cukai.

Dan sebagai balasannya Jepun turut tidak mengenakan cukai kepada sayur-sayuran dan buah-buahan dari Malaysia.

“Bila masa Malaysia tanam sayur nak buat eksport?,” soal beliau yang membuatkan hadirin tergelak.

Beliau akhirnya menuntut supaya semua ahli terus bergerak memberikan penerangan secara berterusan kepada rakyat bahawa tiada sebab kerajaan sekarang perlu dikekalkan setelah rakyat semua didedahkan dengan kepincangan demi kepincangan kerajaan sekarang.

Sekiranya kerajaan ini dikekalkan dikhuatiri kita akan merempat di negara sendiri.

“Kita kena lakukan perubahan kerana negara ini negara kita dan agama (Islam) ini adalah agama kita,”katanya sebagai mengakhiri ceramah.


Isyarat dari Umno cukup menakutkan
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Jejawi 27hb Feb : Isyarat-isyarat mutakhir yang diberikan oleh Umno kepada keadaan pemerintahan mereka cukup menakutkan rakyat.Demikian luahan Saudara Saifudin Nasution dalam ceramah penutup sempena Ulangtahun ke-30 PAS Kawasan Kangar malam tadi.

Beliau yang mempersoalkan tindakan PM yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas NST sedang dalam masa yang sama akhbar lain dikenakan hukuman.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai zalim beliau juga melahirkan ketidakyakinannya yang kerajaan akan berlaku adil kepada rakyat bawahan.

Begitu juga dengan kebenaran yang telah diberikan kepada pengikut Ayah Pin untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah Besut oleh tiga orang hakim baru-baru ini.

Bekas Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat itu juga mempersoalkan tindakan Najib yang kononnya melindungi pelajar yang digunting tudung mereka baru-baru ini sedangkan isterinya sendiri tidak memakai tudung.

“Kalau pasal agama tak boleh harap Umno nak pertahankan,”jelas beliau

Beliau juga menjelaskan kepada umum bahawa politik ini ialah soal pokok dan bukan perbalahan atau pertikaian mengenai perkara remeh-temeh.

“Kita tak bincang soal remeh seperti macamana nak kuatkan tenaga batin,”kata beliau merujuk kepada cadangan Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin menjalankan penyelidikan keatas pokok kucing galak baru-baru ini.

Beliau turut mendedahkan bagaimana kerajaan Umno melutut kepada Amerika kerana kesungguhan mereka untuk menemui Presiden negara itu George W.Bush.

Itulah rupa sebuah parti yang menyatakan perjuangan mereka untuk menegakkan agama dan bangsa tetapi sanggup membayar duit satu juta dollar Amerika semata-mata untuk bertemu penjenayah terbesar dunia itu.

Sedangkan apabila bekas Presiden PAS allahyarham Dato’Fadhil Noor berjumpa dengan Menteri Luar Australia, PAS terus dituduh pengganas.

Beliau yang sentiasa sarat dengan fakta-fakta semasa kemudiannya menempelak Pak Lah yang mengatakan Kem Tahanan Guantanamo sebagai zalim dan menggesa agar kem itu ditutup tetapi ISA di Malaysia tidak pula dikata zalim.

Begitu juga dalam siri lakonan Pak Lah yang lain yang mana dia sebenarnya terlibat sama dengan penjualan kepentingan negara kepada negara luar.

Beliau menyenaraikan kepentingan-kepentingan itu antara lainnya ialah Pantai Holding, Telekom dan juga cadangan penjualan Felda kepada syarikat Singapura.

Saifudin pada dasarnya telah berjaya mendedahkan wajah sebenar Umno yang menipu rakyat dengan mengatakan dialah juara membela agama, bangsa dan negara sedangkan sebaliknya ini semua sudah hampir tergadai ditangan Umno.

Dan inilah antara isyarat-isyarat dari Umno yang amat menggerunkan kita semua.
RMK9 dijangka lebih gelap berbanding RMK8
Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakahdaily

KANGAR, 27 Feb (Hrkh) - Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dijangka lebih gelap berbanding Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) sekiranya rasuah terus berleluasa di negara ini.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pertemuan Perdana Menteri (PM), Abdullah Ahmad Badawi dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad yang membincangkan isu ekonomi khususnya RMK9.

Baginya, pertemuan itu menunjukkan Pak Lah sendiri masih lagi dibayangi pengaruh Mahathir dalam pendtadbiran negara pada masa ini.Mohamad ditemui selepas merasmikan Sambutan 30 tahun PAS Kawasan Kangar di sini Jumaat lalu.

Menurutnya, angan-angan Pak Lah yang mahu membasmi rasuah adalah bohong kerana beliau terus mengekalkan menteri seperti Rafidah Aziz dan Samy Vellu dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

"Tambahan pula beliau melantik menteri yang terkenal terlibat dengan perjudian seperti Tengku Adnan. Mantan PM, Dr Mahathir Mohamad sendiri tentu kecewa bila Rafidah dilantik kerana isu Permit Import (AP) yangmasih belum selesai," katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang melihat cara Pak Lah mahu memerangi rasuah secara moral dan bukannya melalui undang-undang adalah satu omongan kosong.

"Sepatutnya tindakan yang perlu diambil ialah memberhentikan menteri yang rasuah dan kaya secara mendadak contohnya, tetapi dia tidak berani ambil tindakan sedemikian walaupun ternyata sudah ada"green light" seperti dalam kes Rafidah," tambahya.

Selain itu, Mohamad melihat RMK9 akan berakhir sama seperti RMK8 seperti di zaman Dr Mahathir bilamana hak-hak bumiputera hanya berkumpul di kalangan individu tertentu sahaja.

"Dulunya ada Halim Saad dan Daim tetapi sekarang menantunya Khairi Jamaluddin dan Kalimullah Hassan pula," katanya.

Malahan menurut Mohamad ianya akan mungkin jadi lebih teruk dan lebih bahaya bila di zaman Pak Lah ada individu seperti Khairi dan Kalimullah yang memainkan peranan menjual aset-aset negara kepada pegangan asing".

"Zaman Mahathir dulu lebih baik kerana dia dapat melahirkan ramai jutawan tempatan sama ada Melayu atau bukan Melayu seperti Ananda Krishnan, Halim Saad dan Vincent Tan," katanya.

Tambah beliau, Pak Lah nampak seperti tidak ada jalan untuk menyekat pengaruh orang-orang seperti Khairi dan Kalimullah dan peranan yang dimainkan oleh mereka itu akan memberikan kesan kepada RMK9kelak.

"Saya jangka RMK9 kelak akan lebih gelap berbanding RMK8," katanya ringkas.
Tengku Adnan kecewakan Pemuda UMNO
Petikan : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Biro Kebajikan dan Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO kecewa dengan cara Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengendalikan isu bekas Pengarah Akaun Hotel Renaissance Habsah Jaafar yang dilarang bertudung.

Pengerusinya, Datuk Subahan Kamal berkata, ini kerana kementerian itu hanya mendapatkan penjelasan daripada pihak hotel terbabit melalui telefon tanpa memanggil Habsah yang menjadi mangsa kepada masalah ini.
Beliau berkata, menteri berkenaan sepatutnya bertindak adil dengan memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar penjelasan mereka.

``Tindakan pihak kementerian yang hanya menelefon bagi mendapatkan kesahihan dakwaan Habsah dari pihak hotel sangat tidak bijak malah berat sebelah.

``Dengan menelefon, sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan cara yang betul, malah berupaya mewujudkan pelbagai masalah pada masa hadapan.

``Pihak kementerian patut turun padang dan memanggil kedua-dua pihak bagi mendengar penjelasan, saya berasa sungguh kecewa dengan tindakan beliau (Tengku Adnan),'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Tengku Adnan semalam bahawa Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Victor Wee telah menelefon pihak pengurusan hotel bagi mendapatkan kesahihan dakwaan tersebut.

Menurut Tengku Adnan, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh hotel tersebut.
Habsah Jaafar, 46, terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih 10 tahun lalu di hotel bertaraf lima bintang itu semata-mata kerana memakai tudung.

Modul PLKN: Minta maaf kepada Nik Adli secara terbuka
Oleh Ekmal Yusof
Petikan : Harakah

IPOH, 26 Feb (Hrkh) - PAS menuntut supaya kerajaan khasnya pihak pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Nik Adli Nik Abdul Aziz kerana memburuk-burukkan Nik Adli dengan menggunakan gambar beliau sebagai simbul keganasan dalam modul latihan PLKN.
"Macamana PLKN boleh memburukkan nama Nik Adli sedangkan beliau tidak pernah diadili di mana-mana mahkamah di negara ini dan disahkan sebagai pengganas sebagaimana yang digambarkan oleh PLJ itu," kata Ustaz Ahmad Awang, Ketua Penerangan PAS.
Ahmad Awang terkejut dengan pengesahan PLKN yang menggunakan gambar Nik Adli sebagai simbul pengganas di negara ini padahal beliau tidak pernah diadili.
Nik Adli, anak kepada Mursyidul Am PAS telah ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kemunting sejak lebih empat tahun lalu.Gambar beliau telah digunakan sebagai simbul keganasan dalam modul latihan PLKN.
Perkara ini disahkan oleh pihak pengurusan PLKN kepada Exco Pemuda PAS dalam lawatan mereka ke pejabat PLKN sebelum ini.
Bagi Ahmad Awang, langkah ini bertujuan untuk menanamkan kebencian Tuan Guru Nik Aziz, PAS dan Islam di kalangan pelatih PLKN.
"PAS menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz macamana boleh dikatakan anaknya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang telah mengenakan hukuman sedemikian," Ahmad Awang kepada Harakahdaily.
Perkara ini, katanya, tidak pernah di bawa ke mana-mana mahkamah dan hanya agenda Umno sahaja untuk memburukkan PAS.
Jika benar, pemimpin Umno hadhari, maka berdepanlah dengan PAS secara profesional dan jangan membuli pihak yang terkurung dan tidak boleh membela diri, katanya.

Sunday, February 26, 2006


Demokrasi hilang undang keganasan
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Jejawi : Apabila demokrasi dibuka walaupun sedikit, maka peluang untuk Islam menang akan terbuka luas.Inilah antara intipati ceramah pembukaan Naib Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu disini Jumaat lalu.

Sambil mengambil FIS di Algeria,Hizbullah di Lubnan,Ikhwan di Mesir dan Hamas di Palestin sebagai contoh beliau juga menegaskan bahawa kejayaan itu bukan datang dengan bergolek tanpa usaha yang kuat.

“Hosni Mubarak tidak benarkan orang mengundi selepas dapat tahu Ikhwan mendapat sokongan yang besar dan muslimat di Mesir dengan beraninya telah memanjat tingkap-tingkap untuk masuk mengundi juga,”katanya.

“Omar Syarif pelakon dari Mesir yang bukan Islam turut menyokong Ikhwan melalui kenyataannya kepada media dan ini mengejutkan orang ramai dan sekaligus menunjukkan apabila demokrasi dibuka maka Islam akan menonjol,” tambah beliau lagi.

Begitu juga Hamas yang menurutnya telah dihalang dari menerima bantuan kewangan oleh Amerika dan Hamas juga pernah memboikot pilihanraya satu ketika dahulu kerana tidak yakin dengan demokrasi yang ada pada waktu itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga membongkar sandiwara oleh Pak Lah kerana marahkan barat yang menyekat bantuan kewangan kepada Palestin sedangkan perkara itu telah dia lakukan kepada Terengganu ketika dia sendiri menjadi Ketua Perhubungan Umno Terengganu satu masa dahulu.

Pak Lah juga katanya lagi boleh juga bersandiwara dengan menghebohkan kepada dunia bahawa dia telah menang piliharaya dengan jayanya iaitu lebih 90% kerusi di parlimen.Bahkan Pak Lah boleh menyapu bersih kerusi parlimen dengan syarat dia mesti menekan semua anggota kerajaan, anggota polis, tentera, pelajar dan rakyat seluruhnya seperti yang dilakukan oleh Saddam ketika memerintah Iraq.

“Dr.Azahari, Noordin Mat Top adalah antara segelintir anak muda yang sudah tidak mempercayai demokrasi lagi.Sebab itulah mereka memilih keganasan kerana menyatakan kemarahan mereka,” terang beliau.

Sokongan orang muda kepada mereka dapat dilihat apabila ribuan anak muda telah mengiringi jenazah Dr.Azahari ke kubur.Ini menurut Haji Mohamad Sabu lagi akan membahayakan keadaan apabila ianya tidak dapat dikawal lagi.

Alasan utama kepada semua ini ialah tiadanya demokrasi yang tulen.Demokrasi telah mati dan mereka merasakan itu menjadi tanggungjawab mereka untuk menghidupkannya kembali walau dengan cara yang tidak disukai.

Beliau juga menyentuh tentang kegagalan ummat Islam untuk duduk bersatu dalam mempertahankan agama Islam.Yahudi dan kristian katanya tidak peduli samada syiah ataupun sunni ataupun perbezaan lain yang berbagai bentuk didalam Islam tetapi yang mereka tahu hanya satu iaitu Islam mesti dihapuskan.Atas alasan itu maka beliau mengajak seluruh ummat Islam untuk meminggirkan perbezaan ideologi tetapi menumpukan kepada agenda penyatuan Islam bagi menghadapi musuh Islam yang semakin rakus.
Sekitar Majlis Perasmian Sambutan Ulangtahun Ke-30 PAS Kawasan Kangar

Naib Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu sedang memeriksa barisan


Naib Presiden PAS diiringi ke pentas utama


Antara veteran PAS yang sedang menunggu ketibaan Naib Presiden


Saf pimpinan PAS Kawasan Kangar menunggu ketibaan Haji Mohamad Sabu


Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin dan Timbalannya Tuan Haji Karim Mat Rejab sedang beramah mesra dengan veteran PAS


Umno tidak mampu mendaulatkan Islam
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Bohor Mali : Ummat Islam mesti bangkit untuk berjuang dan berjihad bermula dari sekarang kerana Islam sekarang sedang dicabar dan dihina diseluruh tempat.Seru AJK PAS Pusat Haji Mahfuz Omar dalam ceramah politiknya di sini Khamis lalu.

Beliau juga menyeru supaya ummat Islam tidak berpecah kerana perbezaan aliran pemikiran tetapi sebaliknya menjadikan perbezaan itu sebagai kekuatan kepada Islam.

Beliau kemudiannya memberitahu hadirin supaya lebih pantas daripada musuh supaya Islam akan dapat dipertahankan.

“Kita mesti bermuhasabah sesama kita (Islam) untuk mencari jalan,”tegas beliau.

Antara saranan beliau ialah memantapkan dakwah dan tarbiyyah dikalangan ahli.

“Kita mesti mempertahankan kedaulatan Islam.Tanpa kedaulatan kita akan dicincang oleh musuh,” ujar beliau.

“Kita diberi kata dua oleh musuh sedang kita tak mampu nak buat begitu kepada musuh. OIC tak mampu nak beri pertolongan kepada ummat Islam,”katanya lagi.

Contoh ketidakmampuan OIC menurut beliau ialah bagaimana Pengerusi OIC tidak sanggup memboikot barangan dari Denmark sedang dalam masa yang sama Denmark telah menghina nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga perkara yang sama berlaku didalam negara kita apabila News Strait Times (NST) turut menghina Rasulullah dan Perdana Menteri menerima alasan NST tanpa ada tindakan.

Ini kata Saudara Mahfuz lagi menunjukkan kelemahan kerajaan yang berslogankan Islam Hadhari dalam menangani perkara berkaitan dengan Islam.

Beliau juga mendedahkan perkara ini berlaku kerana seorang rakyat Singapura telah menjadi seorang dari sidang pengarang di NST dan dia adalah sahabat baik kepada menantu PM.

“Hal ini tidak boleh ditangani oleh Umno,”kata beliau.

Beliau juga mengajak ummat Islam agar keluar dari budaya selesa supaya menjadikan diri masing-masing mempunyai ketahanan diri untuk Islam dan ini menurutnya lagi akan menimbulkan ketakutan kepada musuh.

“Jangan jadi seperti Pengerusi OIC yang dilihat semakin tidak bermaya dan berdaya lagi,”tambah beliau lagi sambil mengemukakan contoh kekalutan akta 121(1A) yang menyerlahkan kelemahan PM.

Beliau juga mendedahkan bahawa di Singapura juga ada akta seperti akta 121 (1A).Akta ini menurut beliau tiada masalah tetapi ianya menjadi bermasalah kerana ada orang yang mementingkan diri.

“Orang Islam tidak pernah mempersoalkan hal berkaitan dengan orang bukan Islam tetapi kenapa bukan Islam begitu sibuk untuk mencampuri urusan orang Islam,”Tanya beliau.

Dan lebih malang lagi apabila menteri-menteri yang menghantar memo kepada PM tempohari masih dikekalkan dalam barisan kabinetnya.

“Bagi saya kabinet baru ini ibarat toyu (kicap) lama yang disalin dengan botol baru. Hitamnya sama pekat tapi dah expired.Siapa yang makan akan sakit perut,”kata beliau secara berseloroh.

Akhirnya beliau mengingatkan rakyat supaya sedar dan mengembalikan kedaulatan kepada Islam agar Islam dihormati.
Al-Quran hanya untuk keuntungan dunia
Oleh : Nikon
Kategori : Berita

Bohor Mali : Al-Quran sekarang hanya digunakan untuk mencari keuntungan dunia sahaja sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk menjadi petunjuk kepada manusia seluruhnya.Demikian yang dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis Ustaz Yussainee Yahya pada ceramahnya disini Khamis lalu.

Beliau kemudiannya menjelaskan lagi bagaimana al-Quran telah diketepikan dengan memberikan contoh undang-undang Malaysia tidak mendaulatkan al-Quran sebagai rujukan utama akan tetapi apabila bercakap berkenaan zakat yang mana ia boleh memberikan keuntungan kepada kerajaan, maka al-Quranpun digunakan secara meluas.

“Itupun baca ayat tak habis.Aki mussolah tidak disebut tapi yang disebut-sebut waatuzzakah pasal zakat tu bagi depa duit,”sindir beliau.

Beliau yang juga Timbalan DPP Kawasan Kangar turut memberitahu kepada hadirin yang tiada terdapatpun ayat-ayat al-Quran yang mengajak rakyat membentuk ketaqwaan diri yang ditekankan oleh kerajaan.

Ini menurut beliau lagi kerana pemerintah tidak merasakan ayat-ayat sebegitu memberikan manafaat kepada mereka dari segi material.

Begitu juga dalam Islam Hadhari, tiada roh al-Quran yang diterapkan didalam perlaksanaannya yang jauh bezanya dari kerajaan rasulullah yang menjadikan al-Quran, as-sunnah dan keikhlasan kepada Allah sebagai asas pembentukkannya.

“Hebatnya sahabat kerana mereka ikut al-Quran dengan sepenuh jiwa dan hinanya kita kerana meninggalkan al-Quran,”tegas beliau lagi.

Dan inilah menurut beliau yang PAS pertahankan dengan menjadikan pendidikan yang berteraskan al-Quran dan as-sunnah sebagai antara agenda utama dalam sistem pendidikan supaya aqidah ummat Islam dapat dipertahankan.

Hasil dari kegagalan kerajaan inilah maka lahirnya Black Metal, Punk, gejala gay dan akhir sekali petaka yang paling malang bagi ummat Islam ialah tiada rasa sensitif langsung apabila rasul kita sendiri dihina.

Akhir sekali beliau mengingatkan kepada semua hadirin tentang tanggungjawab semua untuk menegakkan Islam walau dimana kita berada sehinggalah sampai ketentuan Allah untuk memenangkan kita atau sebaliknya.

Pemuda Perlis bantu mangsa kebakaran
Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakahdaily

SIMPANG EMPAT, 25 Feb (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) semalam telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Permatang Pauh dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, sebuah rumah hangus dijilat api dalam keadaan angin timur yang bertiup kencang baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.00 petang itu hampir-hampir melibatkan beberapa buah rumah.
Mangsa yang terlibat, Kamal Azian Abdullah tidak berada di rumahnya pada masa kejadian. Menurut jiran-jirannya apabila pasukan bomba tiba rumah tersebut sudah hangus dijilat api.

"Mereka membuat laporan kira-kira pukul 4.12 petang, namun angin yang bertiup kencang memarakkan lagi api dan pihak bomba hanya dapat menyelamatkan rumah sebelah daripada terbakar teruk," katanya.

Rumah jiran yang berdekatan juga sempat disambar api tetapi hanya sedikit bahagian hadapan rumah yang terbakar. Namun begitu, mereka terputus bekalan elektrik akibat wayarnya disambar api.

Punca kejadian masih disiasat tetapi menurut jiran mangsa yang ditemui mengatakan kebakaran bermula dari bilik tidur.

"Mungkin berlaku litar pintas kerana kami lihat api bermula dari bilik itu," kata seorang dari mereka.

DPPPs yang diwakili oleh ketuanya, Ustaz Ahmad Fadzil turut meninjau keadaan sekeliling tempat kejadian di samping menyampaikan sumbangan kepada Kamal.

Turut menemani beliau ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Arau, Zulmi Sabri serta Exco DPPPs.

Sebahagian dari sumbangan telah dikutip di dalam majlis ceramah yang diadakan baru-baru ini di Markas PAS UPU Behor Mali tidak jauh dari tempat kejadian.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin bersama rombongannya telah melawat tempat kejadian pagi semalam.

Kamal yang bekerja sebagai buruh binaan bersama isterinya kini terpaksa menumpang di rumah saudaranya.
Beliau yang memerlukan sumbangan orang ramai untuk membaiki rumahnya boleh dihubungi di alamat 323Kampung Permatang Pauh, 02700 Simpang Empat, Perlis atau di talian 012-4669230 (Farid, anak saudaranya).


Maksiat di Perlis, kerajaan negeri digesa bertindak
Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakahdaily

KANGAR, 25 Feb (Hrkh) - PAS Perlis memandang serius gejala sosial dan maksiat yang berleluasa di negeri ini dan kerajaan negeri Perlis perlu lebih tegas dalam menangani gejala ini.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman membuat gesaan demikian berikutan pendedahan sebuah akhbar bahawa Taman Rekreasi Sungai Kechor yang kini menjadi tempat maksiat.

Laporan tersebut mendedahkan taman tersebut kini menjadi mangsa vandalisme dan dijadikan tempat melakukan perbuatan tidak senonoh.

Selain adanya “adegan panas” di kalangan remaja Islam, ada juga yang menjadikan tempat tersebut untuk berpeleseran serta meminum arak. Ustaz Yaakub melihat gejala ini sebagai kegagalan kerajaan Islam Hadhari melahirkan remaja yang benar-benar menghayati Islam.

“Sistem pendidikan negara gagal membentuk pelajar yang berkeperibadian mulia kerana tidak ditumpukan pembangunan insan tetapi sebaliknya lebih ditumpukan kepada material atau ekonomi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kangar menyarankan agar kerajaan melalui Jabatan Pelajaran dan Jabatan Agama mewujudkan kelas bimbingan kaunseling khas kepada pelajar berkaitan hukum-hakam Islam.

“Selain itu, ibu bapa juga harus memberikan perhatian penuh tentang aktiviti pergaulan anak-anak mereka.Kebanyakan kes yang berlaku adalah apabila ibu bapa tidak ambil kisah tentang anak-anak,” tambahnya.

Laporan tentang maksiat ini amat memalukan dan ianya tidak selari dengan kehendak Tuanku Pemangku Raja Perlis yang dalam titah ucapan baginda ketika perasmian Taman Rekreasi berkenaan tidak lama dahulu.
Dalam titah ucapannya, baginda meminta agar taman-taman rekreasi di negeri ini tidak dijadikan sebagai tempat maksiat oleh sesiapapun.
Sementara itu, Ketua Lajnah Tarbiyah PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya menegaskan bahawa punca perkara ini terjadi adalah kerana solat telah ditinggalkan oleh orang-orang Islam.

Menurutnya, tiada lagi pertahanan diri selepas solat diputuskan dari ikatan diri seseorang manusia itu.

“Tiada perkara yang dirasakan mungkar kerana mungkar itu telah menguasai diri mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, solat ditinggalkan setelah hidup manusia kini dikelilingi oleh hiburan yang melalaikan.

“Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor adalah sebahagian daripada contoh rancangan hiburan yangboleh merosakkan akhlak khususnya muda-mudi zaman ini,” katanya.

Baginya apabila seseorang itu menjaga solatnya, perkara-perkata maksiat sedemikian boleh dibendung.

“Ibu bapa wajib memberi penekanan tentang solat kepada anak-anak supaya mereka insan yang bertakwa,”tambahnya lagi.

Friday, February 24, 2006

Saudara Hairy Hashim

Sambutan 30 Tahun PAS Kangar : Jasa veteran PAS dikenang
Kategori : Berita
Oleh : Nikon
Kangar 23hb Feb : Ulangtahun ke 30 PAS akan menjadi pentas untuk mengenang jasa dan bakti yang telah ditabur oleh veteran PAS. Ianya akan menghimpunkan semula golongan ini yang ada sesetengahnya telah berjuang lebih daripada 30 tahun.Demikianlah antara penjelasan yang diberikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar Saudara Hairy Hashim ketika diminta untuk mengulas perihal sambutan Ke 30 tahun PAS Kangar.

Beliau menjelaskan lagi tujuan PAS kawasan berbuat demikian ialah untuk menunjukkan kepada amilin-amilin didalam PAS tentang bagaimana pengorbanan veteran-veteran PAS ini yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam memperjuangkan agama Islam.

“Gerakan baru akan mengambil alih perjuangan ini dan mereka (para veteran) akan membantu sekadar yang mampu,” jelas beliau.

“Kebanyakkan mereka telah merasai pahit maung, duri dan ranjau perjuangan.Tetapi bagi mereka itu adalah kemanisan perjuangan sehingga tidak merasa jemu dalam perjuangan,” tambah beliau lagi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perlis juga merasa kagum dengan kesanggupan sesetengah mereka yang sanggup untuk mengusung speaker dan membuat pentas ceramah di tengah-tengah bendang pada zaman dahulu.

Semangat inilah yang perlu ada didalam jiwa setiap pendukung perjuangan PAS dan beliau amat berharap dengan pendedahan semangat perjuangan para veteran akan memberikan motivasi kepada ahli-ahli PAS terutamanya Pemuda bagi menghadapi pilihanraya yang dijangka diadakn pada tahun hadapan.

Disamping itu juga beliau juga akan memastikan program ini akan menjadi medan bagi PAS untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Beliau juga melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa faktor kemenangan HAMAS dan IKHWAN baru-baru ini akan menjadi pendorong kepada ahli-ahli PAS untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya akan datang.

“Saya dengan rasa penuh rendah diri menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir ke majlis Sambutan ke 30 PAS Kawasan Kangar di MADI pada 24,25 dan 26hb Februari ini.

Thursday, February 23, 2006

Di bawah teraju Umno Islam makin tidak bermaya
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Petikan : Harakahdaily

SAYA masih teringat saranan TPM dalam Majlis Penutup Seminar “Who speaks for the West. Who speaks for Islam” yang telah diadakan pada 11 dan 12 Februari 2006 di Kuala Lumpur.

Beliau menekankan golongan Islam majoriti yang senyap perlu berani berdialog dan menyuarakan pendapat dengan masyarakat Barat.

Jika Dato’ Seri Najib Razak maksudkan golongan majoriti yang senyap dan perlu bersuara itu adalah dari majoriti orang Islam dalam Umno maka betul-betul Najib sedang ketuk besi sejuk. Kalau mahu melentur besi untuk dijadikan pisau parang yang dalam konteks ini ialah melentur Islam, Najib hendak harapkan Umno, maka betul-betullah Najib nak ketuk besi sejuk.

Sebagaimana besi sejuk akan pecah, maka jika dipaksa orang Umno bercakap mengenai Islam, maka sekali lagi akan porak perandalah Umno. Bagaimana orang Umno mahu bercakap mengenai Islam sedangkan fahaman dan perjuangan mereka adalah kebangsaan. Justeru pernah cuba mahu membawa Islam ke dalam Umnolah, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ditumbuk, ditendang, dibuang dan dicederakan.

Paling tinggi, apa yang akan Umno suarakan ialah Islam dari jenis Hadhari yakni satu klon Islam “modify” yang sangat disetujui oleh Amerika dan sekutu-sekutunya.

Sepanjang hampir 50 tahun, Umno membisu mengenai Islam. Kemudian tiba-tiba dalam setahun dua ini sahaja Umno baru isytihar Malaysia negara Islam. Itu pun dengan tidak mengubah dasar parti Umno yang kebangsaan kepada Al-Quran. Kalau nak pakai Islam pun, pakai Islam dari benih Hadhari.

Saya selalu syak yang Islam Hadhari versi Umno ini adalah dari daya cipta Yahudi yang direstui oleh Amerika. Jika orang Umno bercakap mengenai Islam Hadhari erti dia mengambil model Islam yang direstui AS.
Sebarang untung untuk melunturkan Islam original akan dibahagi dua labanya. Berpawahlah. Mungkin 50 peratus untuk Umno dan 50 peratus lagi untuk dinikmati oleh musuh-musuh di luar Islam.

Hujah saya cukup mudah. Bagaimana Umno nak bercakap Islam sebenar apabila dasar Umno dari awal-awal lagi tidak berpaksikan Al-Quran dan Hadis. Umno parti kebangsaan dan dia sepenuhnya berteraskan kebangsaan. Jika ada pun Islam di sana sini, ia cuma bersifat ritual dan kosmetik.

Islam ini bukan jenis falsafah, isme atau jalan pemikiran. Ia adalah himpunan wahyu yang terkumpul dalam sebuah Al-Quran. Penterjemah atau Attorney General ialah seorang Nabi maksum terakhir bernama Muhammad S.A.W. Jika Umno sudah awal-awal lagi menolak Al-Quran dan mengambil kebangsaan, maka bagaimana Umno mahu mendakwa bahawa mereka pejuang Islam?

Mampukah parti dan ahli parti yang menolak Islam menjadi golongan yang kononnya mahu mewakili suara majoriti umat Islam dan berdialog dengan masyarakat Barat? Bukti pertama Umno menolak Islam boleh dilihat seawal-awal melalui sikap mereka semasa menggubal Perlembagaan. Bukti kedua ialah semua orang tahu yang Perkara 4(1) membelakangi Islam.

Sudah 50 tahun begitu dan Umno tidak nampak apa-apa tanda pun untuk memindanya. Bukti ketiga ialah di tahun 60-an, Umno tangkap tok-tok guru pondok dan ulama’ dengan terus menggunakan ISA untuk menutup proses pengadilan melalui mahkamah. Keempat, tiap-tiap kali pilihan raya, Umno lawan sebuah parti yang dasarnya Islam. Kelima, Umno tolak Hudud.

Dengan lima bukti ini, saya menjadi amat hairan apabila Najib mengharapkan orang Islam dari majoriti orang Umno untuk mempromosi dan membela Islam. Saya amat yakin yang beliau sendiri pun tidak yakin dengan kata-katanya.

Sebenarnya, terdapat dua ajaran penting dalam Islam yang tidak terdapat dalam ajaran Umno iaitu ikhlas dan beriman kepada hari pembalasan di akhirat. Dalam soal ikhlas, Allah S.W.T. ada berfirman dengan maksud:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh ikhlas ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. - (Surah Al Bayyinah: Sebahagian Ayat 5).

Ikhlas secara ringkasnya bermakna menapis segala sampah sarap dunia seperti kepentingan diri, keluarga, rumah tangga dan apa sahaja yang boleh menghalang penyempurnaan amal berniatkan “lillahi taala”.

Ini dizahirkan dalam ikrar doa Iftitah kita setiap kali sembahyang yang menyimpulkan segala gerak diam dan seluruh akiviti hidup mati manusia wajib didasarkan kepada niat “kerana Allah robbul ‘alamin.”

Tanpa ikhlas, amal akan ditolak. Di sini, manakah ruang dalam Umno yang menyediakan ahli-ahlinya untuk berfikir dalam fikrah sebegini. Umno cuma sibuk dengan pembangunan, subsidi, AP dan habis tinggi membina masjid.

Saya tidak tahu bagaimana Umno boleh sangkut perjuangannya yang menolak Al-Quran dan hadis bahkan mengambil kebangsaan boleh menyesuaikan diri dengan ikrar doa iftitah ini. Jika mahu pastikan Umno ini betul atau tidak, mudah sahaja. Cuba kita tanya golongan Yahudi dan AS sama ada mereka restui gerakan Islam yang dibawa oleh PAS atau Islam Hadhari yang dibawa oleh Umno.

Mereka pasti akan bersetuju dengan Umno kerana Islam Hadhari Umno ini tidak ke mana-mana. Ia tidak mampu menambah apapun makruf dan tidak pula dapat mencegah apa-apa kemungkaran yang ditinggalkan oleh penjajah. Dengan berselindung di sebalik semangat kebangsaan, dia meneruskan atau menyiapkan kerja rumah yang ditinggalkan oleh penjajah.

Lantaran itu, kita melihat di bawah kepimpinan Umno, Islam kita semakin sehari semakin tidak bermaya. Rakyat telah disempitkan minda melalui proses “brain washing” yang panjang untuk melihat Umno dari perspektif Islam sederhana. Islam dalam bentuk yang lain di luar dari kerangka yang dijerat oleh Umno semua dikira melampau.
Dari tadika lagi minda rakyat diumpan dengan sekularisme hinggalah ke peringkat KBSR dan KBSM. Dari situ, belia dan remaja kita disogok pula dengan faham kebangsaan lanjutan melalui program PLKN.

Proses indoktrinasi seterusnya bersambung dengan kem-kem Bina Negara dan berakhir dengan akujanji bagi setiap anggota penjawat awam. Lalu dari atas loteng kuasa, satu jala besar OSA, ISA, Akta Polis, Akta Mesin Cetak, dan lain-lain telah dicampakkan turun untuk memberkas kebebasan rakyat keseluruhannya.

Di setiap lompang waktu pula, minda rakyat terus diasuh dan diasak dengan pelbagai propaganda media.
Ringkasnya, di tangan sekumpulan pemimpin nasionalis, Malaysia lalu dipandu oleh ‘drebar-drebar’ yang tidak berlesen. Di atas muka bumi Allah S.W.T. yang penuh dengan isyarat dan peraturan syariat tinggalan Nabi Muhammad S.A.W., Umno berlagak pandai mentadbir negara dengan pelbagai skim perundangan dan peraturan baru.

Lantaran tidak memiliki ‘road tax’ dan memandu secara songsang ini, Malaysia sentiasa diburu kecemasan dan mala petaka demi mala petaka. Umno tinggalkan roh dan cuma mementingkan jasad. Sepatutnya Islam diterima dengan iman, roh dan badannya. Iman untuk roh manakala syariat Islam untuk mengatur tubuh badan dan kehidupan.

Sebarang pembangunan wajib mengandungi komponen ini. Malangnya Malaysia dipimpin oleh orang-orang yang keliru dan mengelirukan orang. Kemudian Umno dianjur oleh pemimpinnya untuk bercakap mengenai Islam dalam keadaan yang dia sendiri tidak faham.

Kekeliruan terkini ialah bagaimana kita boleh terfikir Pengerusi OIC kita boleh tidak bersetuju dengan langkah pemboikotan barangan Denmark sedangkan hampir seluruh anggota OIC bangkit menyatakan protes terhadap penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Semakin terkejutlah kita apabila Datuk Mufti Perak sendiri mendedahkan yang telah terdapat seramai 250,000 umat Islam yang murtad di seluruh negara. Perdana Menteri boleh berserulah dengan harapan peri pentingnya remaja dengan “moral upright”nya (NST 22 Februari 2006) tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Inilah bencananya apabila Malaysia dipimpin oleh sebuah parti kebangsaan yang meninggalkan Islam.

Wednesday, February 22, 2006


Enggan boikot barangan Denmark: Pengerusi OIC tidak peka
Oleh Wajdi Mayusoh
Petikan : Harakahdaily

KOTA BHARU, 22 Feb (Hrkh) – Pengerusi negara-negara persidangan Islam (OIC) dianggap tidak peka terhadap kebiadaban akhbar di Denmark kerana enggan mengajak rakyat memboikot barangan negara terbabit.
Anggota Exco kerajaan negeri, Haji Husam Musa berkata, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak sensitif terhadap tuntutan umat Islam di seluruh dunia bagi memboikot produk dari negara tersebut.

“Sedangkan umat Islam dari pelbagai bangsa di seluruh dunia sepakat untuk memboikot barangan keluaran Denmark sebagai tindak balas atas kebiadaban dan penghinaan terhadap Rasululah saw melalui karikatur sebuah akhbarnya,” kata beliau pada persidangan DUN petang semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demkian pada sesi penggulungan bagi pindaan Rang Undang-Undang Enakmen Tabung Amanah Tok Kenali. Sebelum itu, Abdul Aziz Derashid (BN – Kuala Balah) mempersoalkan kenapa DUN Kelantan tidak mengeluarkan usul mengutuk terhadap kebiadaban akhbar Denmark.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri menjelaskan di peringkat parti PAS telah mengadakan bantahan terbuka dengan mengadakan demontrasi aman di Wisma Denmark di Kuala Lumpur 10 Febuari lalu.

“Di peringkat negeri juga PAS telah mengadakan bantahan umum di Kota Bharu 17 Febuari lalu yang dihadiri ribuan rakyat. Tapi pada program tersebut saya tidak nampak pula Adun Kuala Balah hadir,” katanya sambil disambut gelak ketawa pemerhati yang hadir.

Oleh itu, katanya, sebagai menyatakan bantahan secara berterusan rakyat diminta memboikot barangan keluaran Denmark terutamanya produk tenusu. Sebelum ini Perdana Menteri memberitahu beliau tidak berhasrat meminta rakyat negara ini memboikot barangan Denmark.

Sebelum itu semasa membentangkan rang undang-undang terbabit Husam berkata, pindaan perlu dilakukan supaya ia boleh menerima sumbangan sama ada dalam bentuk harta alih atau tidak alih.

“Melalui pindaan ini Tabung Tok Kenali boleh menerima sumbangan walau dalam apa bentuk sama ada harta tidak alih seperti tanah, ladang atau harta boleh alih seperti wang, zakat dan sebagainya”.

“Selain itu pindaan juga membolehkan harta yang terkumpul dalam tabung ini boleh diuruskan. Sedangkan sekiranya tidak dibuat pindaan harta-harta yang terkumpul dalam tabung ini tidak dapat diuruskan,” katanya.

Tabung Amanah Tok kenali ditubuhkan pada tahun 1992 dan sehingga sekarang berjaya mengumpulkan sebanyak RM5 juta hasil daripada wang pampasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi projek empangan Pergau.

Hina Nabi, NST disyaki ada agenda tersembunyi?
Petikan : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Akhbar New Straits Times Press (NSTP) dilihat semakin jelas mempunyai satu agenda kerana disyaki dengan sengaja berniat menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w, tegas Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Dakwaan itu berasaskan kepada tindakan akhbar itu berulang kali menyiarkan karikatur membabitkan sensitiviti umat Islam.

Pertamanya, pada 20 Februari lalu menyiarkan karikatur Nabi Muhammad s.a.w dan pada 21 Februari pula menyiarkan karikatur bahtera Nabi Noh (a.s).

Sikap tidak bertangungjawab dan biadap akhbar berkenaan tidak boleh dibiarkan khasnya oleh umat Islam, tegasnya.

"Mereka perlu meminta maaf secara terbuka.Semalam kami telah membuat laporan polis mengenai karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan hari ini mengenai lakaran kartun bahtera nabi Noh pula," katanya ketika mengadakan sidang media di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.

Sidang media tersebut turut dihadiri Timbalannya, Ustaz Idris Ahmad; Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman dan Setiausaha Pemuda PAS, Ahmad Sabki Yusuf.

Pada pukul 11.00 pagi tadi (22 Februari) satu surat desakan difakskan kepada Ketua Pengarang Kumpulan NST, Dato' Hishamuddin Aun supaya pengurusan NSTP meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam dalam tempoh 24 jam, katanya.

Beliau memberi amaran, jika akhbar tersebut tidak meminta maaf, Dewan Pemuda PAS Pusat akan terus mengerahkan seramai mungkin orang termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat di hadapan bangunan NSTP pada 24 Februari ini.

"Saya amat kesal dengan kenyataan yang dibuat pihak NSTP dalam jawapannya hari ini yang secara nyata meletakkan kesalahan itu dengan mengaitkan kesalahan tersebut sebagaimana dilakukan akhbar Sarawak Tribune dan akhbar Guang Ming Daily daily.

"Sepatutnya NSTP belajar dari kesilapan ini dan dalam laporan polis semalam saya menyatakan bahawa semua akhbar di negara ini perlu belajar dengan apa yang berlaku di Denmark yang mencetuskan satu siri kemarahan umat Islam sehingga hari ini dan saya apa yang dikesal lagi, perkara tersebut berlaku di negara kita dan terus diulangi oleh NSTP," katanya.

Isu ini juga akan dilanjutkan kepada kerajaan iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan beliau berharap Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menangani isu ini dengan tegas, katanya lagi.

Sementara itu Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar pula mendesak KKDN segera menggantung permit penerbitan dan cetak NST.

"Bagi saya kebiadapan NST ini perlu diajar, bukan hanya gantung dua bulan seperti yang dikenakan ke atas Guan Ming Daily, tetapi seharusnya enam bulan bagi mengajar kebiadaban mereka ini,"katanya ketika dihubungi selepas pulang dari Australia hari ini.

Beliau juga mengesyaki ada satu agenda tersembunyi di sebalik penyiaran karikatur itu yang didakwa sebagai agenda 'rakan kongsi NST' dari negara seberang, katanya.

Akhbar berbahasa Inggeris itu didakwa dengan sengaja menyiarkan karikatur yang menghina Islam di mana dihasilkan oleh pelukis yang sama iaitu Wiley Miller.
Wang siapa bayar Abramoff, Dr Mahathir?
PDF

Oleh ABR

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Kalau wang kerajaan tidak digunakan untuk membayar pelobi Jack Abramoff bagi membolehkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu Presiden George Bush Mei 2002 lalu, wang siapa?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan sebanyak AS$1.2 juta (kira-kira RM4.6 juta) telah dibayar untuk melobi pertemuannya dengan Bush tetapi menafikan wang itu adalah wang kerajaan.

Lim juga mempersoalkan, jika wang kerajaan tidak digunakan, bagaimanakah mereka dari "sektor swasta" dibayar balik atau mendapat ganti rugi bagi aktiviti-aktiviti melobi mereka dan siapakah mereka?

Dr Mahathir, katanya, mestilah bercakap benar kerana tidak ada siapa yang percaya beliau tidak tahu mengenai operasi sulit menggunakan Abramoff untuk mengatur pertemuan itu dan sumber wang RM4.6 juta untuk membayar pelobi Yahudi itu.

Bahkan beliau juga meminta dijelaskan, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu Bush pada 19 Julai 2004, berapa banyak wang yang telah dibayar untuk melobi pertemuan itu dan adakah dibayar secara langsung oleh kerajaan atau secara tidak langsung oleh sumber-sumber bukan kerajaan serta siapakah pelobi yang ditugaskan untuk melaksanakannya?

Lim juga mendedahkan anak didik Dr Mahathir, iaitu bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob dinamakan oleh media-media antarabangsa sebagai tokoh utama yang mengetuai usaha-usaha sulit untuk mengatur pertemuan dengan Bush melalui bantuan Abramoff yang kini menghadapi tuduhan rasuah dan menipu.

Beliau juga menggesa Megat Junid yang juga bekas Ketua Penerangan Umno supaya tampil untuk menjelaskan peranannya dalam pembayaran RM4.6 juta bagi mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Bush itu.


Pemuda PAS tolak penjelasan NST, tuntut permohonan maaf terbuka
Petikan : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Pemuda PAS menolak penjelasan akhbar New Straits Times hari ini dengan menyifatkannya sebagai satu yang tidak meyakinkan.

Sehubungan itu, Ketuanya, Salahudin Ayub menuntut supaya Pengarang akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat di negara ini atas penyiaran kartun yang tidak bertanggungjawab itu.

Satu surat menuntut perkara berkenaan telah ditunjukkan oleh Salahudin kepada media dalam sidang akhbarnya hari ini.

"Jika tidak ada permohonan maaf terbuka, kami akan berdemo di depan pejabat NST Jumaat ini," kata Salahudin.

Semalam akhbar NST menyiarkan kartun yang disifatkan sebagai menyindir usaha membela penghinaan terhadap Nabi dan bagi Pemuda PAS kartun itu menghina Nabi.

Beberapa pertubuhan termasuk Pemuda PAS membuat laporan polis mengenainya.

Laporan polis

ABR melaporkan, Salahudin menyifatkan akhbar New Straits Times (NST) mengancam keselamatan negara dan berniat jahat apabila menyiarkan kartun berkaitan karikatur kontroversial mengenai Nabi Muhammad s.aw.

"Perbuatan menyiarkan kartun itu juga boleh mengancam keselamatan negara kerana ia berunsur hasutan dan akan memecah belahkan perpaduan di negara ini," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

Akhbar itu menyiarkan kartun yang dilukis Willie Miller di muka surat lapan dalam ruangan "coffee break". Kartun itu menggambarkan seorang pelukis karikatur sedang duduk menunggu pelanggan sambil melukis sesuatu di atas kertas.

Salahuddin mengganggap kartun yang disiarkan oleh akhbar berkenaan sengaja mempersendakan isu yang dianggap sensitif dan merupakan satu penghinaan terhadap masyarakat Islam seluruh dunia.

Pengarah Latihan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Izham Nayan berkata penyiaran kartun itu menunjukkan akhbar itu berniat jahat untuk menghina agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, menghina umat Islam, tidak menghormati perlembagaan negara dan biadab.

"Kita mahu editor akhbar ini diambil tindakan sewajarnya," tegas beliau.

Selain Pemuda PAS dan PPIM, turut membuat laporan polis ke atas NST ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang bergabung di bawah Majlis Angkatan Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (Mapan).

Bendahari Agung GPMS Azan Ismail berkata akhbar berkenaan cuba menguji sensitiviti orang Islam di negara ini dengan menyiarkan kartun itu malah mencabar arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, agar tidak menyiarkan karikatur yang menghina Nabi.
NGO, PAS buat laporan polis akhbar siar kartun kontroversi
Petikan : Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) dan PAS hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar utama tempatan berbahasa Inggeris kerana menyiarkan kartun berkaitan karikatur kontroversi mengenai Nabi Muhammad s.a.w., semalam.

Akhbar itu menyiarkan kartun yang dilukis Willie Miller di muka surat lapan dalam ruangan coffee break. Kartun itu menggambarkan seorang pelukis karikatur sedang duduk menunggu pelanggan sambil melukis sesuatu di atas kertas.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), yang bergabung di bawah Majlis Angkatan Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (Mapan), membuat laporan polis masing-masing di Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, pukul 3.30 petang.

Satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub di Balai Polis Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang

Sebelum ini, permit penerbitan akhbar tertua di Sarawak, Sarawak Tribune, ditarik balik serta merta pada 9 Februari lepas dan penerbitan akhbar Guang Ming Daily, edisi petang, digantung selama dua minggu mulai 16 Februari kerana menyiarkan semula karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Kedua-dua harian itu dikenakan tindakan berkenaan mengikut Subseksyen 6 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta 301.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian ketika ditemui pemberita berkata pihaknya menganggap kartun yang disiarkan oleh akhbar berkenaan sengaja mempersendakan isu yang dianggap sensitif dan merupakan satu penghinaan terhadap masyarakat Islam seluruh dunia.

Mempersendakan:

``Ketika kita menentang akhbar Eropah yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad dan selepas kejadian Sarawak Tribune, kita kesal kerana akhbar ini pula menyiarkan kartun yang mempersendakan isu ini.

``Perbuatan menyiarkan kartun itu juga boleh mengancam keselamatan negara kerana ia berunsur hasutan dan mampu memecah belahkan perpaduan di negara ini,'' kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Latihan PPIM, Izham Nayan berkata penyiaran kartun itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak menghormati perlembagaan negara dan beliau menganggapnya sebagai biadap.

``Kita merasakan ini adalah niat jahat untuk menghina agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan menghina umat Islam. Kita mahu editor akhbar ini diambil tindakan sewajarnya,'' katanya.

Bendahari Agung GPMS, Azan Ismail berkata akhbar berkenaan cuba menguji sensitiviti orang Islam di negara ini dengan menyiarkan kartun itu.

``Malahan mereka dilihat mencabar arahan Perdana Menteri agar tidak menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan Perdana Menteri juga telah menjelaskan secara terperinci mengenai isu menyentuh sensitiviti umat Islam,'' katanya.

Sehubungan itu, jurucakap Pas dan Mapan berkata mereka mahu akhbar terbabit dikenakan tindakan sewajarnya bagi membendung sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pihak pengurusan harian itu tidak dapat dihubungi petang ini untuk mengulas laporan polis yang dibuat terhadap akhbar berkenaan.

Tuesday, February 21, 2006

Pejabat MB Perlis Dikenali Sebagai Jabatan MB Perlis Mulai Hari Isnin
Petikan : Bernama

KANGAR, 20 Feb (Bernama) -- Pejabat Menteri Besar Perlis dikenali sebagai Jabatan Menteri Besar Perlis mulai hari Isnin selaras dengan perkembangan unit-unit yang terdapat di bawahnya, kata Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya perubahan itu perlu dilakukan memandangkan kewujudannya semakin besar dengan memiliki pelbagai unit seperti Unit Pegawai Khas, Unit Keselamatan dan Dakwah (UKD) serta Unit Pejabat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada majlis angkat sumpah 10 Pegawai Khas dan tujuh kakitangan UKD, serta Setiausaha Akhbar Menteri Besar di pejabatnya di sini Isnin.Syed Omar Syed Muhamad, 32, dilantik sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang baru berkuatkuasa 16 Feb lalu menggantikan Kassim Md Isa.

Shahidan berkata semua pegawai kerajaan harus memastikan mereka sentiasa menyimpan segala rahsia rasmi kerajaan sebagaimana termaktub dalam sumpah ketika dilantik memegang sesuatu jawatan.

"Sama ada seseorang kakitangan kerajaan itu bersetuju ataupun tidak, mereka harus memberi sokongan kepada pemimpin dan kerajaan yang memerintah serta menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas," katanya.

Monday, February 20, 2006

HEBAHAN AKTIVITI
PENGUMUMAN PENTING
Program 30 tahun PAS Kangar tukar lokasi


Program Sambutan 30 tahun PAS Kawasan Kangar yang akan berlangsung pada 24 Februari hingga 26 Februari akan datang bakal berpindah lokasinya.

Sambutan yang pada awalnya dirancangkan untuk diadakan di Markas Tarbiyah PAS Cawangan Bintong Barat, Jalan Wang Ulu terpaksa berpindah tempat berikutan beberapa masalah teknikal dan faktor cuaca.Sehubungan dengan itu, pihak penganjur telah memindahkan lokasinya ke Pusat Tarbiyah PAS Perlis, diMADI, Jejawi Dalam dekat sini.

Majlis sambutan ini akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pada malam 24 Februari. Beliau akan berceramah bersama-sama dengan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Program ceramah pada malam 25 Februari pula akan diisi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Salahudin Ayob bersama dengan Adun Anak Bukit, YB Ir Amiruddin Hamzah.

Majlis penutup pada 26 Februari akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau dijangka akan berceramah bersama dengan Saifuddin Nasution Ismail.

Pelbagai lain juga telah diatur bagi memenuhi program sambutan tersebut seperti Sukaneka Pasti, SukanPemuda, taman selera, pertandingan teh tarik serta gerai jualan.Untuk tempahan gerai, hubungi Jamil Khamis (019-4579967).
Warga emas tinggal di pondok usang
Petikan : Berita Harian

KANGAR: Seorang warga emas dekat Bintong di sini, yang pernah bertugas sebagai pengawal kese­lamatan hidup dalam keadaan amat daif selepas berhenti kerja dua tahun lalu kerana faktor usia dan kesihatannya sering terganggu.

Ahmad Saad, 68, tinggal berseorangan di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Bintong, tanpa bekalan elektrik dan air berikutan kemudahan itu dipotong selepas beliau tidak mampu membayar bilnya.Bekas pengawal keselamatan Dewan Warisan dekat sini, mempunyai dua orang anak yang sudah berkahwin dan tinggal bersama suami masing-masing.

“Saya tinggal berseorangan di rumah ini sejak sekian lama dan terpaksa berhenti kerja dua tahun lalu kerana sering tidak sihat.“Setiap malam saya hanya bertemankan pelita minyak tanah atau lilin. Itu pun kalau mempunyai wang untuk membeli barang terbabit. Jika tak mempunyai wang, saya akan bergelap sepanjang malam,” katanya ketika ditemui Berita Harian, baru-baru ini.

Ahmad berkata, beliau tidak mahu menyusahkan dua anaknya yang sudah berkahwin kerana mereka juga hidup dalam serba kekurangan dan hanya bergantung kepada suami yang bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak sampai RM400 sebulan.

“Kadang-kadang ada juga menantu saya berikan wang untuk perbelanjaan harian. Tapi saya faham mereka juga susah kerana hanya bekerja sebagai buruh binaan, pendapatannya pun tak seberapa,” katanya.Ahmad berkata, beliau pernah memohon bantuan perumahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta bantuan lain kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang jawapan.
Taman Rekreasi Sungai Kechor tempat maksiat
Oleh Basri Basir
Petikan : Berita Harian

KANGAR: Taman Rekreasi Sungai Kechor, cabang Sungai Perlis, di sini yang menjadi tumpuan orang ramai membawa keluarga untuk bersantai dan menghabiskan masa bersama kini dicemari dengan perbuatan vandalisme.

Perbuatan merosak kemudahan awam, termasuk permainan kanak-kanak, kerusi, hiasan landskap dan papan tanda yang dibina di kawasan itu dipercayai dilakukan kumpulan remaja pada waktu malam.

Sungai yang terletak bersebelahan stadium lama dan Kediaman Rasmi Menteri Besar itu, asalnya sungai kotor yang dipenuhi sampah-sarap, kini ditutupi dengan batu landskap sepanjang 500 meter.

Setiap malam, kawasan itu bergemer­lapan dengan kerdipan pelbagai jenis lampu sekali gus menarik penduduk tempatan untuk beriadah dan menenangkan fikiran bersama keluarga terutama pada sebelah malam.

Malangnya, kemudahan yang disedia­kan kerajaan negeri itu tidak dihargai segelintir penduduk, sebaliknya mereka merosak dan menconteng kemudahan yang ada di situ.

Seorang pengunjung, Abdullah Ahmad, 56, berkata pusat rekreasi itu kini menjadi tumpuan remaja melakukan maksiat. Ada kalanya perbuatan itu dilakukan secara terbuka hingga menimbulkan rasa malu di kalangan ibu bapa yang membawa anak.

Tinjauan Berita Harian menda­pati papan tanda diconteng, sampah dibuang di merata tempat dan paling menyedihkan botol minuman keras dan ubat batuk turut berselerak di celah bangku.

Kaca botol turut bertaburan di situ. Kawasan itu juga menjadi tumpuan pemancing dan sebahagiannya pula mengambil kesempatan untuk menyaksikan ‘adegan panas’ pasangan remaja.

Difahamkan, taman rekreasi itu adalah antara kawasan tumpuan remaja Islam bermadu kasih dan melakukan perbuatan tidak senonoh termasuk minum minuman keras.

Memandangkan lampu berwarna warni di taman rekreasi itu ditutup selepas jam 11 malam, ia memberi peluang kepada remaja, sebahagian besarnya Melayu, untuk melepak dan melakukan adegan memalukan itu.

Saturday, February 18, 2006

HEBAHAN AKTIVITI


23HB FEB : CERAMAH POLITIK OLEH SAUDARA MAHFUZ OMAR DAN USTAZ YUSSAINEE YAHYA DI MARKAS BOHOR MALI PADA PUKUL 9.00 MALAM

24HB-25HB FEB : SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-30 PAS KAWASAN KANGAR DI KAMPUNG BEHOR JANGGUS BINTONG BARAT, JALAN WANG ULU.PELBAGAI ACARA MENARIK YANG AKAN DISEDIAKAN TERMASUKLAH SUKAN RAKYAT MUSIM KEMARAU (BOLASEPAK BENDANG, PERTANDINGAN WAU DAN JUGA TARIK TALI.) PADA SEBELAH SIANG.UNTUK PENDAFTARAN SUKAN RAKYAT SILA HUBUNGI HISHAM (019-5713638) DAN UNTUK TEMPAHAN GERAI JUALAN SILA HUBUNGI USTAZ YAAKOB (012-5534652).PADA SEBELAH MALAM NYA PULA CERAMAH-CERAMAH OLEH PIMPINAN PAS SEPERTI USTAZ NASHARUDIN MAT ISA, SAUDARA MOHD. SABU DAN RAMAI LAGI.DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-30 PAS KAWASAN KANGAR.

25HB FEB : KULIAH MAGHRIB BULANAN BERSIRI OLEH DATUK DR.HARON DIN DI MADI.TAJUK KULIAH IALAH PERBEZAAN AGAMA.


27HB FEB : KULIAH MAGHRIB BULANAN BERSIRI OLEH USTAZ TAIB AZZAMUDIN DI SURAU TAMAN JALI.KITAB YANG DIGUNAKAN IALAH TAFSIR JUZ-AMMA.

Jadikan mesyuarat agung medan kukuhkan cawangan
PM Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakah

KANGAR, 18 Feb (Hrkh) - Mesyuarat agung cawangan pada tahun ini perlu dijadikan sebagai medan untuk memperkukuhkan cawangan bagi menghadapi pilhan raya umum akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab berkata demikian dalam amanatnya sempena musim mesyuarat agung cawangan yang sedang berlangsung di Perlis sekarang.

Menurutnya, semua Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) cawangan perlulah memberikan tumpuan penuh terhadap mesyuarat agung dan dapat memastikan semua ahli mengambil berat tentang kehadiran mereka.

“AJK cawangan perlu memberikan contoh kepada ahli di cawangan tentang komitmen mereka terhadap kerja-kerja di cawangan,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) menyeru agar semua ahli PAS di negeri ini mengambil tanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat agung cawangan mahu pun di peringkat kawasan walaupun tiada pemilihan jawatan dibuat pada tahun ini.

“Kerja jemaah adalah wajib dan berdosa jika kita tinggalkannya tanpa sebarang keuzuran syarie. Jangan pula ada yang pergi ke majlis lain seperti mendengar ceramah atau sebagainya kerana mesyuarat agung adalah yang terlebih utama,” tambahnya.

Selain itu, beliau meminta agar ukhuwah di kalangan AJK dan ahli di cawangan terus diperkukuhkan dengan meninggalkan elemen-elemen yang boleh merencatkan gerak kerja parti.

"Kekuatan parti kita duduknya di cawangan. Perkara-perkara kecil janganlah dipanjangkan sehingga boleh membantutkan perjalanan cawangan," katanya lagi.

Ahli PAS diseru jadi jentera penerangan dan dakwah
Oleh Bashir Ishak
Petikan : Harakah

PADANG BESAR ,18 Feb (Hrkh) - Semua ahli PAS diminta menjadi jentera penerangan dan dakwah parti untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mhd Shariff Mohd Haniffah membuat seruan demikian ketika menyampaikan ucapannya di taklimat khas menjelang musim mesyuarat agung cawangan PAS di kawasan Padang Besar yang akan bermula 26 Februari ini.

Beliau menyeru semua ahli terutamanya jawatankuasa cawangan agar mempersiapkan diri dengan ilmu yang mencukupi bagi memenuhi tujuan tersebut.

"PAS mengadakan banyak majlis ilmu terutamanya kuliah dan ceramah dan ini adalah medan terbaik bagi ahli menimba ilmu yang akan disampaikan kepada masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, semua tempat dan situasi boleh digunakan sebagai medan untuk menyampaikan maklumat serta berdakwah.

"Di kampung, kedai kopi, masjid mahupun di rumah kenduri kita boleh sampaikannya asalkan ada kemahuan dan menggunakan teknik yang betul," tambahnya.

Semua Ahli Jawatankuasa Harian PAS Padang Besar termasuk Yang DiPertuanya telah turun ke semua Majlis Tindakan DUN (MTD) di kawasan ini selama lima malam berturut-turut untuk berjumpa dengan ahli jawatankuasacawangan-cawangan.

Kawasan Padang Besar mempunyai lima MTD iaitu Titi Tinggi, Beseri, Chuping, Mata Ayer dan Santan.

Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan perjalanan mesyuarat agung cawangan, tanah wakaf, projek ekonomi, program pemuda dan juga persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Friday, February 17, 2006

Tulisan Jawi : Umno pura-pura prihatin
Oleh : Nikon
Kategori : Berita

Kangar 17hb Feb : Umno berpura-pura menunjuk kepada masyarakat bahawa mereka sedang memperjuangkan nasib tulisan jawi yang kini sudah hampir pupus sedang masyarakat menyedari yang Umnolah penyebab utama kearah kepupusan tulisan itu demikian ulasan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin semalam.

Dalam akhbar Utusan Malaysia 11hb Februari baru-baru ini Datuk Rais Yatim menyatakan tulisan jawi adalah warisan Melayu yang mesti dipertahankan dan semalam pula berita dari Terengganu melaporkan Menteri Besarnya Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan kesanggupan kerajaan negeri untuk memberikan potongan sebanyak 50% kepada papan tanda yang ditulis dengan tulisan jawi.

Hal ini secara tidak langsung telah menampakkan kebimbangan Umno terhadap tulisan jawi yang mungkin pada suatu masa nanti akan pupus begitu sahaja.Tambah memburukkan lagi keadaan, satu-satunya akhbar yang diterbitkan dalam tulisan jawi iaitu Utusan Melayu Mingguan telahpun dihentikan penerbitannya baru-baru ini.

Kerajaan Umno pada tahun 60-an melalui Menteri Pelajarannya iaitu Tan Sri Khir Johari telah membuat perubahan kepada mata pelajaran jawi yang mana ianya dibuat semata-mata untuk meletakkan martabat mata pelajaran jawi diperingkat yang rendah dan tidak penting untuk dipelajari.

Ustaz Hashim juga menjelaskan bahawa PAS telah mengingatkan kerajaan Umno pada masa itu akan akibat kepada perbuatan mereka itu tetapi ia ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Mereka tetap dengan agenda mereka itu.

“Dan hasilnya telah kelihatan setelah 40 tahun.Saya bimbang yang pelajaran sains dan matematik dari segi istilah penggunaanya dalam Bahasa Melayu akan menjadi seperti tulisan jawi juga untuk 40 tahun akan datang,” ujarnya melahirkan kebimbangannya.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat mencadangkan kepada Umno supaya meminta maaf dan mengakui kesilapan mereka kepada rakyat apabila ditanya tentang cadangan beliau kepada Umno diatas perkara ini.

“Umno mesti minta maaf kepada rakyat dan mengatur balik strategi dan langkah-langkah untuk menghidupkan balik tulisan ini agar tidak terus pupus,” tambah beliau lagi.

Antara cadangan beliau lagi kepada Umno untuk melihat agar tulisan jawi terus hidup, ialah mewajibkan mata pelajaran jawi di sekolah-sekolah sambil beliau juga menyatakan kesanggupan PAS untuk membantu.
Pulaukan juga pembuat maksiat yang lain
Oleh : Nikon
Kategori : Berita

Jejawi 16hb Feb : Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPP) menyarankan kepada kerajaan negeri hari ini supaya tidak hanya menumpukan untuk menghukum orang yang tidak bersembahyang Jumaat sahaja tetapi mesti juga memberikan tumpuan dan mencari jalan tentang bagaimana untuk mencegah maksiat lain dari berleluasa.

Kenyataan DPPP ini adalah respon kepada cadangan Exco Agama Perlis Datuk Abu Bakar Ismail yang mana beliau dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan negeri mungkin akan melaksanakan sistem pemulauan kepada orang yang tidak mengerjakan sembahyang Jumaat seperti yang telah dilakukan oleh penduduk di Perlis satu ketika dahulu.

DPPP melalui ketuanya Ustaz Ahmad Adnan Fadhil juga mencadangkan agar kerajaan negeri membuat gerakan menghapuskan maksiat secara menyeluruh di semua tempat terutamanya kawasan-kawasan rekreasi yang diketahui umum bahawa ianya menjadi tempat tumpuan utama untuk melakukan maksiat.

Sambil menyatakan sokongan terhadap cadangan Datuk Abu Bakar itu, beliau juga berharap Jabatan Agama Perlis akan lebih menekankan kepada khutbah yang lebih bermutu yang menurut beliau lagi, salah satu faktor penarik kepada sembahyang Jumaat itu sendiri ialah khutbahnya.

“Kalau setakat khutbah yang sentuh tentang “Cintailah Sungai Kita” atau “Makanlah Buah-buahan Tempatan”, payahlah sikit,” komen beliau terhadap tajuk-tajuk khutbah yang dianggap oleh beliau tidak kena dengan masa yang pernah dibaca oleh khatib sebelum ini.

Khatib juga menjadi faktor penting bagi menarik minat orang ramai untuk mengerjakan sembahyang Jumaat.

“Khatib pula janganlah ‘membaca’ khutbah tetapi ‘menyampaikan’ khutbah,” tambah beliau sambil menyatakan perbezaan antara menyampaikan dengan membaca ialah semangat khatib itu sendiri.Kalau menyampaikan khutbah, khatib akan bersemangat tetapi jika sebaliknya khatib akan kelihatan lembik dan makmum juga akan menjadi lembik sama.

Beliau juga menyarankan agar pintu masuk stadium tidak dibuka terlalu awal ketika adanya perlawanan bola sepak kerana bimbang orang akan meninggalkan solat maghrib.

“Ini juga perlu dititik beratkan oleh Jabatan Agama” kata beliau.

Anwar sifatkan Kabinet Abdullah "kerajaan rasuah"
Oleh ABR
Petikan : Harakah

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - "Kerajaan yang rasuah," itulah label yang diberikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kabinet baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah, beliau menjangkakan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Selasa lalu akan memburukkan lagi masalah ekonomi negara kerana "pelabur asing akan menjauhkan diri dari kerajaan yang rasuah".

Beliau menyifatkan usaha memerangi rasuah yang dijanjikan Abdullah tidak akan terlaksana, terus di takuk lama dan "perkara ini sesungguhnya sangat mencemaskan".

"Rasuah semakin menjadi-jadi, kebebasan media semakin ditekan. Semakin banyak suruhanjaya bebas yang ditubuhkan, semakin ramai rakyat yang ditindas dan dibogelkan. Dan sekarang kita mempunyai kabinet ini," keluh Anwar.

Beliau juga menyifatkan keadaan demokrasi di negara ini "semakin buruk".

Beliau juga hairan mengapa Abdullah memilih untuk mengikat dirinya sendiri dengan menteri-menteri yang bermasalah dan terjejas nama mereka.

"Apa perlunya anda mengikat diri sendiri? Anda adalah Perdana Menteri. Anda adalah Presiden parti yang mendapat mandat yang mengkagumkan," tanya beliau.

Apa yang begitu ketara, katanya, kabinet baru Abdullah itu mengecewakan ramai rakyat Malaysia yang begitu mengharap-harapkan perubahan positif yang dijanjikannya berkali-kali.
Beliau juga menyifatkan Abdullah melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan ketulusan janjinya untuk melakukan perubahan.

"Dia mengewakan rakyat Malaysia sekali lagi ... Kita terus mendengar tokoh kontroversial yang sama dikaitkan dengan skandal dan rasuah.

"Perkembangan sedemikian tidak akan memberikan gambaran yang baik kepada negara atau meningkatkan keyakinan umum," kata Anwar.

Beliau berkata, pengumuman tersebut benar-benar mengecewakan terutama apabila mengambilkira Abdullah mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pertimbangan mengenai kabinet baru.

"Kita menjangkakan beliau akan tampil dengan barisan kepimpinan yang lebih meyakinkan setelah mengambil masa yang begitu lama ... terlalu lama masa yang diambil untuk membuat pertimbangan mengenai perkara ini, beliau mahukan masa untuk mendapat ilham daripada langit ... sama seperti kerajaan langit..." kata beliau, menyebabkan para pemberita yang hadir tertawa.

Anwar juga hairan mengapa Perdana Menteri enggan melantik muka-muka baru di dalam Barisan Nasional dan Umno.

"Sebaliknya beliau memilih untuk mengekalkan kabinet yang bersepah-sepah dengan angota-angota yang rasuah dan mencurigakan," tambah beliau.
Mustapa Mohamed dicabar tunai janji bina universiti di Kelantan
Oleh Harakahdaily

TUMPAT, 17 Feb (Hrkh) - Umno Kelantan dicabar mengotakan janji untuk membina sebuah universiti awam di negeri ini, sebagaimana dilafaz pemimpinnya pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir awal Disember lalu.

Malah, peluang itu lebih terbuka lagi selepas Ketua Umno Bahagian Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi pada rombakan kabinet oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Selasa lalu.

Mustapa sebelum ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai ekonomi negara. Beliau sekarang menggantikan tempat Dato’ Dr Shafei Mohd Salleh yang digugurkan sebagai anggota kabinet.

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencabar Menteri Pengajian Tinggi yang baru mengotakan janji Umno untuk mewujudkan sebuah universiti di negeri ini.

“Saya mencabar Dato’ Mustapa untuk membina universiti terbabit. Kalau hendak buat di Jeli pun tak ada masalah, asalkan universiti tersebut diwujudkan di negeri ini,” katanya pada forum rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat dan PAS di Pantai Sri Tujuh, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kedah, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua PKR Tumpat, Haji Saupi Daud serta bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato’ Paduka Ibrahim Ali.

Pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir pada 6 Disember lalu, pemimpin Umno menjanjikan mahu mewujudkan sebuah universiti di Kelantan sekiranya parti itu menang pada pilihan raya berkenaan.

Janji itu sedikit sebanyak dikatakan berjaya mempengaruhi pengundi apabila calon BN, Haji Hanafi Mamat menang dengan majoriti 134 undi mengatasi calon PAS, Haji Hanifa Ahmad dan calon Bebas, Ibrahim Ali.

Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa juga berharap Umno benar-benar mengotakan janjikan bagi membina sebuah universiti di Kelantan, setelah Mustapa dilantik menjadi Menteri Pengajian Tinggi.

“Kita berharap Kelantan mendapat sebuah universiti kerana Menteri Pengajian Tinggi berasal dari negeri ini,” katanya.

PLKN : Lee Lam Thye sambut baik aduan Pemuda PAS
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Petikan : Harakah

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye menyambut baik aduan-aduan yang dikemuka Dewan Pemuda PAS berhubung masalah yang timbul dalam perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam pertemuan muhibbah kedua-dua pihak di pejabatnya di Menara TH Selborne dekat sini hari ini.

Menurut Lee, pihaknya sanggup menerima apa sahaj bentuk aduan melibatkan PLKN jika aduan itu mempunyai asas yang kukuh dan bertujuan memperbetul kelemahan PLKN, katanya.

"Maklum balas dari peserta, pihak ibubapa, parti politik, ngo dan orang ramai amat penting dan diutamakan sebagai proses penambahbaikan PLKN," katanya ketika mengulas memorandum dan aduan yang dikemuka Pemuda PAS melalui Naib Ketua Pemuda PAS, Mazlan Aliman dalam pertemuan sebentar tadi.

Rombongan Pemuda PAS turut disertai Exco Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan, Pegawai Khas Pemuda PAS dan Safrizal Ahmad, sementara PLKN diwakili, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Saudagar Singh, Pengarah Penyelidikan, Mohd Yusof Ahmad dan beberapa pegawai kanan JLKN.

Terdahulu Mazlan dalam sesi perbincangan dengan Lee menyatakan bahawa Pemuda PAS telah mengadakan satu pasukan khas bagi memantau dan menerima aduan dari peserta PLKN dan ibubapa.

Daripada pelbagai aduan itu Pemuda PAS mendapati beberapa aspek terutamanya dari segi keagamaan dan pergaulan amatlah membimbangkan, katanya.

Menurut Mazlan, terdapat aduan mengenai pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan yang mana dakwanya sehingga menimbulkan kebimbangan kepada ibubapa, katanya.

Bagi Pemuda PAS, kebimbangan itu berasas kerana pergaulan bebas akan menjurus kepada percambahan maksiat, katanya.

Selain itu berdasarkan kepada aduan peserta dan ibubapa, sesetengah kem yang menjalankan PLKN didakwa tidak mementingkan aspek keagamaan kerana program penghayatan dilihat tidak memberi kesan kepada peserta, katanya.

Ini kerana ada ibubapa mengadu bahawa anak-anak mereka tidak prihatin kepada soal menjalankan solat selepas menjalani latihan berbanding sebelum, katanya.

Menjawab kepada aduan dari pemuda PAS itu, Mohd Yusof yang bertanggungjawab ke atas modul dan pengisian berkata, pihaknya telah mengatur program yang mampu membina peribadi peserta.

Bagaimanapun kelemahannya mungkin kepada perlaksanaanya kerana berdasar aduan dari Pemuda PAS itu dibimbangi mungkin ada kem-kem yang tidak menjalankan arahan yang dikeluarkan pihak MLKN dan JLKN, katanya.

Beliau juga berjani akan mengkaji aduan itu dan meminta Pemuda PAS mengemukakan sebarang aduan dengan bukti kepadanya untuk tindakan susulan, katanya.

Monday, February 13, 2006


Muktamar PAS tahun ini di Kedah
Oleh : Ekmal Yusof
Petikan : Harakahdaily

IPOH, 13 Feb (Hrkh) - Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan Muktamar Tahunan PAS tahun ini akan diadakan di Kedah pada 7, 8 dan 9 Jun ini.

Keputusan ini dimaklumkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mesyuarat JK PAS Pusat di sebuah hotel dekat sini semalam.

Ini adalah amalam biasa PAS apabila mengadakan muktamarnya di luar Kuala Lumpur untuk tahun yang tidak ada pemilihan kecuali tahun lepas apabila muktamar yang ada pemilihan diadakan di Kota Bharu. Itupun kerana masalah teknikal yang berlaku di Markas Tarbiyah PAS Kuala Lumpur.

Harakahdaily difahamkan muktamar ini akan diadakan di Kompleks PAS Kedah yang sedang aktif dipersiapkan sekarang.

Media tidak siar bantahan PAS:

Sementara itu, Presiden PAS turut melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan kebanyakan media Malaysia yang tidak menyiarkan demontrasi yang dianjurkan PAS bagi membantah penyiaran kartun yang menghina Nabi.

"Kerana tindakan ini maklumat tidak sampai secara sempurna kepada rakyat," katanya.

PAS bersama NGO Islam yang lain menganjurkan demo dan perarakan membantah langkah penyiaran kartun yang menghina Nabi oleh sebuah akhbar Denmark pada 10 Februari lalu.

Hampir 10,000 menyertai demontrasi itu tetapi tidak mendapat liputan media negara ini.

"Sedangkan media luar negara termasuk CNN, BBC dan lain-lain membuat liputan,tetapi media di negara ini menutup perkara ini," katanya.

"Kita meminta kerajaan negara ini yang Perdana Menterinya Pengerusi OIC agar menekan Denmark dan negara-negara lain agar jangan sekali-kali mengulangi perkara ini," katanya.

Kes MRR2:

Dalam sidang media itu, Abdul Hadi juga mengingatkan kerajaan agar jangan mengambil ringan kerosakan dan boleh jadi penyelewengan yang berlaku kepada MRR2 sekarang.

"Kita bimbang kemungkinan ada penyelewengan yang bersifat mega di sebaliknya dan lenyap begitu saja sebagaimana kes-kes penyelewengan mega yang lain," kata beliau.